Masa study dulu, aku pernah mengalami 2 saat yang mendebarkan berkaitan dengan ujian. Masa tu, kalau lah lecturer tu jenis tak bertimbang rasa, memang la aku kena re-sit subjek tu kot. Rentetan dari itu, aku kini cuba sedaya upaya untuk bertimbang rasa juga terhadap students ku. Cuba bayangkan kalau aku berada di dalam kasut mereka. Pernah, aku kata, lepas saya keluar je dari kelas ni, saya tak terima lagi tugasan awak. Bila aku sampai di bilik, datang sorang budak ni, baru nak hantar. Dengan tangan menggigil! Alahai...
Kisah pertama berlaku semasa aku part 1 degree. Masa tu ujian 1 subjek matematik. Lecturer nya ermmm lupa lak namanya. Pompuan. Rasanya aku boleh jawab soalan test tu dengan yakin sekali. Ujian tu dibuat waktu petang. Malam tu, aku buka beg yang aku bawa ke test tadi. Dan, alangkah terkezzzut nya aku bila mendapati, kertas jawapan aku elok je duduk dalam beg itu! Mak! Macamana ni??? Nak nangis rasa. Ye lah, bukan lah aku sengaja bawak balik sebab nak buat balik, tiru buku ke hape kan. Lagi pon matematik. Nak tiru apa nya? Tambahan pulak aku rasa macam aku boleh dapat fullmark kot. Takde sebab untuk segala kemungkinan itu. Tapi kalau student kat sini, komfem aku takkan percaya!
Pastu aku terus bagitau kat classmate cum housemate aku tentang perkara itu. Mulanya aku tak tau nak buat apa. Tapi selepas reda saspen tu, aku pon mintak kawan aku ni menjadi saksi bahawa aku tak de buat apa2 pada kertas jawapan itu. Besok pagi2 aku akan serbu bilik lecturer tu.
Besok nya, pagi2 tu memang aku serbu, tapi takde lah aku gelabah ke hape. Aku pasrah atas apa yang bakal berlaku. Dan, syukur Alhamdulillah, lecturer tu terima kertas jawapan aku tu, tanpa syarat. Lega sayyy. Dah lah baru part 1 kan. Kalau pointer part 1 je pon dah teruk, memang susah ler nak naikkan selepas tu. Kiranya pointer part 1 ni umpama piling sebuah rumah la. Eh, ada kaitan tak?
Kes kedua pulak berlaku pada part 3. Jap, ye ke? Tak kisah lah part berapa pon. Yang penting subjeknya microprocessor. Kalau nak tau, masa belajar dulu, aku takde henfon. Sampai lah final semester, baru aku beli seketul. Tapi, rumah sewa aku ada telefon tetap. Dalam rumah tu memang ada 2/3 bijik telefon pon. Oleh sebab itu, komunikasi aku dengan classmates hanya terbatas semasa di kelas, atau pun di rumah. Itu pun macam tak pernah umur la derang call aku. Tapi, derang ada nombor telefon encik hairul. Uh? Peliknya? Ye lah, dia je yang jumpa aku tetiap ari. Takyah telefon pon, tekan je loceng kat rumah tu, muncul lah.
Jadi, pada ketika itu, lecturer aku ada ura2 nak buat ujian terakhir sebelum final exam. Tapi dia lum bagi tarikh yang tetap. Katanya, dia akan beritahu kemudian. Tah, aku ke yang ketinggalan, atau dia ada cakap tapi aku tak dengar. Maka, pada hari kejadian, sedang aku tido (takde kelas, tido la kan. dah, stay up sampai ke pagi). kedengaran sayup2 bunyi telefon. Tah, aku rasa macam mimpi jek. Subconcious mind eh? Eh, bukan, separuh sedar kot. Jadi, bila bangun tu, aku lupa la yang ada bunyi telefon tu tadi. Lagi pon, telefon tetap mana la ada kuar nombor yang missed call kan.
Petang nya, aku pergi kelas cam biasa. Tiba2 kawan aku tanya, kenapa ko tak datang test pagi tadi? Hah? Terkezzzut sekali lagi. Dia kata, dia ada call encik hairul untuk suh bagitau aku. Dan2 terus aku salahkan enck hairul sebab tak bagitau hehehe. Rupa2nya, yang pagi2 bunyi telefon sayup2 dalam separuh sedar tu, encik hairul lah yang call nak menyampaikan berita tersebut. Isy, pelik la pulak. Kenapa aku tak kasi nombor telefon rumah aku tu kat kawan2 ek? Musykil di situ.
Yang lega sikitnya, ada sorang lagi mamat ni yang tak datang test jugak. Fuh! Ada geng. Jadi, lepas kelas tu, kami terus pecut (bukan aku naik motor dia ke haper. dari intekma kami pergi asing2 ke induk) ke bilik lecturer. Dengan muka 'temek' meraih simpatinya, aku pun mintak lecturer tu kasi chance aku ambik test tu esok. Ngeee tak sia2 aku baca doa pelembut hati. Agaknya betul lah kata penginterview kerja (kerja sekarang ni lah) aku dulu, bila tengok muka aku ni, boleh jatuh kasih. Awww... Ke dia nak cakap yang aku ni muka welfare ha? Ok, jadi, kami berdua pun dapat buat test tu esoknya. Lega sekali lagi. Walau pun aku tak score huuuu...
Dah, itu je 2 kali aku 'terpaksa' mengipas lecturer. Lebih dari tu, memang takde. Takde maknanya aku nak mengendeng markah ke haper. Tak macam budak kat sini. Huh! Semua kaki payung. Meluat!
Thursday, 3 June 2010
Tak Sengaja
Hasil karya AyunasiA pada 1:47 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment