Dulu2, kalau keje kilang, orang akan panggil minah karan atau minah kilang. Pastu kalo orang tanya, ko jadi apa kat sana? Biasa yang kita dengar operator, qc, checker, leader, technician, supervisor, engineer. Tapi kalau dah engineer tu idak ler orang panggil minah kilang kot. Kalau jadi qc tu kira up sikit la. Kalau keje admin/hr lagi la up huhu. Aku ada pengalaman bekerja di beberapa buah kilang. Jadi, hari ini aku akan bercerita mengenainya.
Sebelum abis spm, aku dah pesan kat yayu, yu nanti cakap ngan mas, orang nak keje ngan dia. Mas keje kilang kat senai. Dia pergi naik bas. Kenapa aku tak keje ngan yayu? Sebab yayu naik van. Masa tu, kemalangan van kilang kerap berlaku. Dan pemandu van ni memang aku peratikan memandu dengan tergesa2, lebih2 lagi kalau dah lambat. Sebab dia kena hantar tepat pada masanya. Sebab keje sebagai minah kilang ni, kalau punch card lewat, alamat gaji dipotong la. Potong sikit takpe. Takut2 elaun kedatangan langsung tak dapat. Jadi, apa yang penting, kerjasama. Yang menjadikan aku takut tu, kalau eksiden naik van, sikit je orang. Kalau naik bas, eksiden ramai2. Isy isy isy tah apa2 tahap pemikiran aku dulu ek. Dan bas biasanya memandu agak berhemah berbanding van. Ye lah, besar kan. Susah sikit nak merempit.
Jadi, sebaik sahaja abis spm, kalau tak salah aku hari khamis ke jumaat gitu, aku pun balik ke rumah. Dan hari isnin berikutnya, terus aku pergi mintak keje kat kilang pertama ni. Kiranya ni pengalaman pertama aku bekerja la.
Aku mintak kerja tu bersama2 dengan kawan ku ijah. Tah, lupa pulak cemana aku boleh berjanji pulak dengan ijah ni. Tau2 je kami dah bersepakat untuk bekerja bersama2.
Bekerja di senai bermakna ko kena bangun pagi2. Jauh ok senai tu. 2 jam perjalanan termasuk ambik orang keliling kampung. Bas pulak tu, ramai la kan. Pada hari kejadian, sebelum pukul 6 pagi lagi aku dah keluar menunggu bas. Satu yang aku rasa agak kelakar ialah, oleh kerana perjalanan yang jauh dan lama pula, kebanyakan minah2 kilang ni naik bas dalam keadaan sedanya sahaja. Mandi, pakai baju, dah. Nanti dah sampai kula! baru lah masing kuarkan mekap, perfume bagai dan sementara bas tu jammed kat simpang kula! tu lah derang berdandan. Masa tu lah segala bau2an dapat dihidu. Maklum lah, ramai yang berpacaran juga di kilang. Mesti lah nak wangi2 kan.
Selepas mengambil kami, bas pon meneruskan perjalanan. Bukannya terus ke kilang, tetapi singgah seround di at2 pula untuk mengambil minah kilang di sana. Tengok lah tu, macamana lah kami tak lambat sampai ek? Tu tak masuk lagi awek2 yang lambat keluar rumah, kena hon baru terkedek nak kuar.
Abis sahaja mengambil pekerja di sana, lampu pun dipadamkan. Dan masa ini lah yang aku tunggu2 ngehngehngeh, Sebab apa? Time ni lah aku boleh sambung tido hehehe. Ehhh bukan aku sorang ek. Semua pon sama. Tapi, lama kelamaan, tak tunggu at2, kuar je simpang at5 aku dah berlayar dulu. Aku kan memang mahir dalam bidang tidur ni kan. Almaklum, zaman sekolah aku memang ratu tido dalam kelas hehe. Patut lah student aku sekarang pun suka tido ek. Ehhh tapi tido2 aku, pencapaian akademik adalah cemerlang ok. Mana boleh samakan ngan derang nih.
Dan seperti yang aku maklumkan, bila bas mula menyelow atau traffic jammed, masing2 pun celik dan mengunyah chewing gum sambil berdandan. Masa ni dada pon berdebar sebab seperti yang aku katakan tadi, kalau sampai selepas pukul 8, tau2 je lah akibatnya. Sebab tu, biasanya turun2 bas je, kami terus berlari2 anak ke mesin punch card. Oh, lupa, kilang ni tak pakai punch card. Dia pakai magnetic. Swipe aje.
Jadi, kali pertama pergi untuk interview, seperti biasa, driver akan bawak kami kepada pihak hr. Kalau tak salah aku, masa tu ada promosi, saper2 yang bawak pekerja baru akan diberi ganjaran. Ikut kan aku pakai nama kawan aku si mas, tapi tak tau lah dia dapat ke tidak ganjaran tersebut. Dah la dia bawak 2 orang, kan?
Selepas mengisi borang, kami pun diinterview serba sedikit. Antara soalan yang aku ingat ialah, boleh kerja berdiri? Dah tentu lah kami jawab boleh kan. Pastu dia tanya, ni kerja lama ker, tunggu spm jer? Tak ingat pulak kami jawab apa. Rasanya kami cakap 3 bulan je kot. Certain kilang memang tak kisah kalau kiter kerja sementara aje. Memang biasa.
Selepas itu, kami terus diterima bekerja, hari itu jugak. Memang biasanya akan start keje dan2 tu jugak. Kalau tak, cemana nak balik pulak? Bas dah balik dah. Jadi, kami pun dibuat kad pekerja, kad kwsp, kad bank (bank apa tah nama ciner) dan lain2 la urusan hr. Kami mengikut aje. First time kan. Pastu kami pun dibawak ke department. Tah, lupa apa nama department tu, tapi tingkat atas sekali la. Kena naik lif. Kalau nak tau, itu lah first time juga aku naik lif. Sebelum tu aku dah dengar2 cerita, naik lif ni agak mendebarkan. Kita akan rasa menyirap je bila lif tu bergerak. Ada yang cakap, sampai pening2 naik lif. Bila aku naik mula2, ceh! Exxagerate lebih ar derang nih. Takde lah debar mana.
Kemudian aku dan ijah ditempatkan di line. Supervisor kami cantik, baru kawen. Lupa lak namanya. Leader pulak, banyak mulut. Pok pek pok pek je kejenya. Ijah ditugaskan memasang dan menyolder (pateri-solder) terminal bateri. Alaaa yang kat tempat masukkan bateri tu, macam spring gulung2 tu. Oh, lupa lak. Kami buat remote controller tv kot. Aku pulak, ditugaskan sebagai checker. Dok hujung sekali dan check fizikal. Orang sebelum aku ialah tester. Dia test functionality remote tu menggunakan jig dan komputer. Di situ lah aku kenal satu istilah baru iaitu, GOOD dan NO GOOD. Hihihi. Tah, aku rasa macam tak sesuai pulak no good tu. Maknanya, kalau no good, dia akan terus reject dan kalau good, baru lah aku akan check. Aku rasa kritikal la jugak tugas aku ni sebab selepas aku, barang akan masuk qc/qa. Kalau derang test dan reject, samada salah tester atau salah aku la huhuhu. Mencik2! Aku rasa juga, tugas aku ni macam melukut di tepi gantang gitu. Walau pun tugas tu penting, tapi tak mencabar dan takde skill langsung! Sebaliknya, ijah dapat mengasah skillnya, terutama dalam soldering. Jeles aku.
Ada masanya, aku dipindahkan ke stesyen lain, iaitu di bahagian hadapan iaitu menenyehkan 'bond'. Bond ni macam gam la. Guna untuk melekatkan komponen yang bakal di solder. Ada la satu komponen tu yang memerlukan ia di lekatkan. Tah, aku pun dah lupa.
Actually, kilang ni ada 3 cawangan yang berhampiran. Tempat mas keje tu cawangan plastik kot. Aku pulak buat electronics. Satu cabaran bekerja kilang ni ialah masa atau jadual yang ketat. Lebih2 lagi orang paling bawah seperti operator la kan. Rehat pukul 10.30-10.45, tak sempat nak buat apa2. Kencing je sempat. Oleh kerana kerja kami ni ada conveyor, nak gi toilet pun kena tunggu ada pengganti. Biasanya leader la. Kalau tak, jammed la jawabnya. Rehat tengahari pulak, 45 minit kot. Biasa kami makan roti aje. Mana nak sempat makan nasi. Nak solat lagi. Dah la umat punya la ramai. Kebanyakannya ind0n la. Lelaki ramai bang la. Kalau pegi kantin tu, derang je la yang berebut beli makanan. Dah buang masa la kan. Sebab tu aku rasa masa kerja kat sana, pipi aku memang tembam macam roti terlebih yis. Dah la aku memang tembam lepas sekolah.
Masa aku mula keje tu, dekat2 nak puasa. Jadi, aku bertemu hari raya di sana. Masa bulan puasa, uhuk uhuk sedih aku. Jangankan terawih, maghrib pon sosak dado den. Ni lah satu perkara yang aku kesalkan dalam hidup. Kami abis keje kul 5.30 ke 6 kot dan tiap2 ari, bas akan singgah di bazar kota. Jadi, kami berbuka dalam bas. Hantar orang at2 lagi, orang kampung aku lagi, sampai rumah dah pukul berapa? Siot betul la. Dekat2 nak raya, orang lain ambik cuti tahun, kami yang baru2 ni terpaksa ambik unpaid leave. Tapi, itu lah pertama kali aku sambut raya dengan memegang duit sendiri. Syiok giler.
Ok, bersambung lagik.
Inilah kilang pertama ku
0 komen:
Post a Comment