Wednesday, 2 June 2010

P.U.N.B.


Sindrom kering idea datang lagi. Tapi kali ni aku dah siap tulis beberapa title entry. Cuma nak menggorengnya tu yang tak leh lagi. Mungkin juga faktor kesibukan kot.

Perasan tak iklan punb* kat radio cnar? Ada 2 versi. Yang pertama, bapak ngan anak lelaki. Bapak dia suh anak dia join skim perantis s1swazah. Anak dia cuma ada sk*m tahap 2 jek, tapi masih layak apply. Yang kedua pulak, 2 orang ahkak. Sorang ni bergegas2 nak pergi punb* sebab nak dengar taklimat ari isnin. Yang kedua ni lebih general. Yang first tu khas untuk s1swazah jek.

Aku ada 'first hand' experience dengan skim ini. Cuma tak menjadi jek hihi. Ok lah. Mari aku ceritakan bagaimana ianya terjadi. Rasanya aku pernah tulis gak kat blog ni, cuma time tu aku buat lebih kurang jek.

Aku diperkenalkan dengan punb* ni oleh abang ipar ku. Masa tu aku tengah menanam anggur. Kalau dulu ada fb agaknya, mesti aku dah kaya dengan hasil anggur kat famvil ek? Anggur mahal ooo. Masa tu juga, aku belum ada apa2 bisnes. Zaman2 saham apa tu? Yang kat internet tu. Swiskesh kot. Mujur lah aku tak sempat terperangkap ke dalam bisnes itu. Nyaris dah. Belum sempat nak join, dia dah bunuh diri dulu huhuhu.

Punb* ni ada beberapa skim iaitu prosper s1swazah, prosper borong dan prosper runcit. Dulu la. Sekarang dah ada skim perantisan s1swazah pulak. (Psssttt website punb* ni dari dulu sampai sekarang, samaaa je templatenya hihihi). Yang aku tau prosper s1swazah je. Yang lelain tu buat2 tak dengar jek.

Kalau skim lain, derang leh offer >50k up to 200k. Tapi untuk skim siswazah, derang cuma kasik maksimum 50k sahaja. Itu pun dah cukup banyak untuk memulakan perniagaan kecil2, kan? Kenalah mula dari kecil. Tak guna kalau mula besar, lama kelamaan semakin kecil kan.

Mula2 sekali, langkah pertama untuk segalanya, kiter kena lah pergi mendengar taklimat setiap hari isnin itu. Bukan kena pergi tiap2 ari isnin pon. Pergi sekali jek. Masa aku pergi dulu tempatnya masih kat jalan pinang off jalan apa tah, dekat2 klsisi (convention center, bukan city centre) tu, belakang parking aquaria. Bangunan uoa2 ke haper tah. Sekarang dia dah pindah kat klsentral.

Bila kiter pergi ke sana, ada ramai la lagi orang2 yang nak dengar taklimat nih jugak. Ramai okehhh. Bila dah dengar bla bla bla (dia terangkan lebih kurang jek), akan ada exam. Wahhh susahnyaaa. Tak suka, kan? Actually bukan la exam nak menguji kepandaian ke haper. Takde kena mengena dengan taklimat yang disampaikan. Lebih kepada kajian sikap kita la kot. Macam soalan exam mtest yang last tu. Contohnya, kalau ko ditimpa masalah, apa yang korang buat? A. menjerit, B. menangis, C. bunuh orang. Gitu lah lebih kurang soalannya hehehe. Tah pape. Dia nak tau kita ni layak ke menjadi usahawan. Jawab pun boleh tipu2. Macam mtest jugak hahahahahahahahaha. Agaknya, ada tak orang yang jawab soalan cenggitu dengan jujur dan ikhlas ek? Sebab, tujuannya kan untuk mendapatkan sesuatu kan? Macam mtest tu, kalau ko jawab hentam je yang buruk2, agak2 lulus tak? Mesti lah kita akan jawab yang baik2 ajer, kan? Tapi, susah lah kot nak konsisten sebab soalannya banyak dan ada kaitan. Kalau tipu memang nampak la kan hehe. Kena bijak di situ.

Oleh kerana yang konon2 nak berniaga tu ialah aku, maka, aku sensorang je yang ambik exam tu. Kena bayo seploh hengget tau untuk exam. Kalau tak ambik exam, you are free to go hehe. Selesai tu, boleh la balik.

Tidak lama kemudian, datang lah surat yang menyatakan, tahniah, anda layak untuk mengikuti kursus bla bla bla. Maknanya ko dah lulus la exam tadi. Tah2 semua pun layak ek? Sebab aku yang macam tak layak ni pun boleh layak hehe. Jadi, dia pun offer kita untuk gi kursus tu. Macam aku, kursusnya mula ari ahad, balik ari khamis ke jumaat tah, kena tengok arkib la kalau nak tau. Kursus aku dibuat di wisma mai5 belakang mekdi seksyen 3 shahalam. Bayar rm50 jek, makan minum tempat tinggal semua ditanggung. Masa tu lah. Katanya selepas tu derang nak kenakan bayaran sebab kebanyakan pesertanya membisu seribu bahasa selepas habis kursus. Derang target semua akan hantar proposal. Duit derang banyak, tapi takde saper yang mintak. Camno?

Kandungan kursus tu ada macam2. Memula ada motivasi, pastu marketing la, accounting la, buat proposal la, macam2 la. Siap ada lawatan sambil belajar lagi. Seronok la jugak. Seronok la bagi aku yang dah lama duk rumah tak bercampur orang kan. Jumpa ramai kawan2 baru. Ada yang masih contact sampai sekarang.

Abis kursus, derang bagi masa sebulan untuk hantar proposal. Kalau nak wat loan tu la. Kalau ko pergi kursus tu sebab nak isi masa lapang buang2 duit gomen (oh, punb* ni ialah 'badan' gomen yea), diam2 je lah. Siap kena warning lagi, saper yang tak hantar, derang akan tuntut bayaran kos kursus tu tadi. Tapi sebenarnya peraturan tu belum dikuatkuasakan lagi. Derang baru nak kuatkuasakan kot. Tak tau lah sekarang dah ada ke tidak cenggitu. Sekarang punya dah lain kot. Masa tu katanya kos kursus tu untuk seorang ialah rm700/900 gitu. Tapi aku rasa kalau untuk prosper s1swazah ni dia suh bayo rm700, seketul dua je lah kot yang pergi. RM700 untuk layak pinjam rm50k? Baru layak mohon, belum tentu dapat lagi. Aku katakan layak mohon sebab bila memohon tu kena sertakan salinan sijil kursus tersebut.

Semasa dalam kursus ni, ada satu sesi emmm apa nak sebut ek? Ala2 consultation la gitu. Kita dapat face to face ngan pegawai punb* ni untuk diskas pasal rancangan bisnes apa yang kita nak buka nih. Tak semestinya nak buka bisnes baru. Nak besarkan bisnes pun boleh. Ada kawan tu, mak dia ada bisnes kraftangan pengantin. Dia datang tu untuk besarkan bisnes tu. Kiranya, dengan tiket siswazah tu, dia dapat membantu bisnes keluarga. Ada yang memang dah ada bisnes trading, siap dah beli lori 3 tan, pon datang untuk nak kembangkan bisnes. Yang paling aku ingat, penghulu kami, memang bisnes minded punya orang. Lepas grad terus buat bisnes trading (kat sini baru aku faham makna trading tu huhuhu). Antara kata2nya yang aku ingat,

"Cuba tengok sebatang pen. Pen yang biasa2 je yang beli kat kedai 50 sen tu. Tetapi, bagi orang yang otak bisnes, dia tambah je sikit kat badan bas tu, 'universiti sekian sekian malaysia', berapa boleh jual? Paling kurang rm1.50."

Banyak lagi perkara yang menaikkan semangat yang aku dapati dari kursus tu. Yo yo o gitu. Oh, berbalik pada sesi consultation tu tadi. Masa giliran aku tiba, aku pun bagitau lah orang tu tentang bisnes plan aku. Tetapi, siang2 direject nya. Ces! Bukan lah dia reject jenis bisnes tu, tetapi cara atau pendekatan aku melakukannya. Dia nak, kalau boleh, untuk permulaan, jangan ada premis. Kiranya takyah sewa kedai la. Sebab sewa kedai ni antara modal yang hangus. Apa ke istilahnya tah, lupa dah. Overhead cost ker? Tiap2 bulan kena bayar dan tinggi pula nilainya. Jual tak jual, tetap kena bayar kan? Jadi, dia kata, apa kata aku mulakan dari rumah? Katanya lagi, bisnes aku ni bukan macam kedai makan, yang orang akan datang cari kiter. Tetapi bisnes aku boleh dilakukan dengan cara aku cari orang, selain orang pon boleh cari aku hehe. Berbelit2. Orang di sini bermaksud customer la. Dengan kata lain, dia menggalakkan home-based bisnes.

Aku ada cakap jugak pasal online bisnes, tapi dia kata, boleh, tapi tak cukup. Memang pun. Kita tak boleh bergantung 100% pada online bisnes. Kena ada offline juga. Bila aku pertimbangkan, memang patut pun dia cakap cenggitu. Sebab dengan maksimum rm50k yang dia boleh kasi, banyak lah juga yang akan habis di peringkat 'premis'. Ye lah, nak renovate segala bagai. Alatan dalam kedai lagi. Last, nak beli stok pun tak cukup.

Maka, selesai je kursus tersebut, aku pun terus pulun buat bisnes plan. Masa ni lah dapat aku aplikasikan ilmu2 etr300 yang aku pelajari masa diploma dulu ehehe. Cumanya, masa diploma tu aku buat bisnes ternak ayam daging. Income dari taik ayam lagi banyak dari income jual daging ayam hihihi. Yang best nya tentang bisnes plan kali ni, derang dah siap kasi templete untuk bahagian akaun. Tinggal masukkan jek.

Lebih kurang sebulan kemudian, aku pun submit. Giler bersemangat! Percaya tak? Macam tak percaya je kan? Itu lah aku dulu hehe. Tiba2. Macam lah sekarang dah lain. Tak lama selepas aku poskan RP itu, aku mendapat call dari derang yang meminta aku datang untuk sesi presentation & interview. Mak aihhh. Part ni lah yang aku paling lemah sekali. Temuduga.

Jadi, pada tarikh yang ditetapkan, aku pun pergi. Siap buat powerpoint segala ni. Dengan bawak contoh produk lagi. Macam mimpi pulak aku rasa. Betul ker aku pernah melaluinya? Tiba di sana, aku sensorang je lah kan. Ya, ini perjuangan individu. Pandai2 ko lah. Bersama2 aku, ada sorang lagi pempuan nak interview jugak. Kenapa aku je yang beriya2 bawak laptop bagai?

Masuk je tempat interview, ada 2 orang panel. Bilik tu bilik meeting kot. Ada meja bentuk oval. Dia suh aku duduk. Kemudian dia suh aku ceritakan secara ringkas tentang bisnes plan ku itu. Ringkas ya. Takde powerpoint mak nenek presentation watsoever. Macam interview jek. Mesti dia dah study e'awal dah RP aku tu kan? Tak lama pon, pastu dia suh aku perbaiki lagi RP yang aku hantar tu. Ada la benda2 yang aku dah lupa dah. Alahaiii, itu jek?

Balik tu, aku pon baiki2, email2, calling2 ngan salah seorang pegawai. Pung pang pung pang ada lah yang aku tak puas ati dan rasa macam give up sikit. Dan tiba lah bulan puasa. Apa kena mengenanya bulan puasa dalam ini pelem? Rasanya bulan puasa ni lah yang telah memutuskan hubungan aku dengan punb* ni kot. Sebab selepas tu, aku terus mendiamkan diri dari mereka.

Kenapa? Semuanya gara2 aku kononnya ditawarkan kerja ini. Ya, kerja sekarang ni. yang sebenarnya adalah palsu belaka. Nak tau lebih lanjut, sila KLIK DI SINI, DI SINI, DI SINUN, , DI SIAK (bahse banjar kot hehe), HERE dan akhirnya DI SANA.



2 komen:

Luna said...

eh aku pun cam x caya ko terjebak dlm industri PUNB nih...aku pun penah baca ttg program2 tu smua. ye la zaman kita start tanam anggur secara berjemaah,kan? kalo x tanam anggur pun,keje tapi sekadar mengalas perut..cam aku...huhu..

tp kes SPA tu smua aku baca balik sana sini sinun sampai ke siak2 pun! bravo la ko asia, sampai tulis kat paper bagai. print screen tu buktinya, ko sbnrnya ada hak utk saman! tp, menulis dlm ruangan pembaca sudah cukup mengesankan. mmg perkhidmatan x cekap,sampai skrg pun...kata result 17hb pastu tangguh 31hb last2 31,petang baru terhegeh2 nak uplod. aku lulus 2 jawatan,tp adakah aku gembira?tak langsung coz x de keyakinan pd SPA. aritu aku lulus pegawai kebajikan msykt sampai ke sudah x penah panggil intw pdhl saban bulan aku ada jek ternampak senarai nama utk temuduga jawatan tu. ironisnya, jwtn kastam aku gagal exam,dipanggil pulak!

apa yg boleh aku katakan,harapan aku dgn SPA sudah menjadi nadir, cuma sbg jawapan kpd mertua aku yg desperate sgt nak tgk anak menantu nya keje gomen coz pd pkran dia GOMEN = BAHAGIA DONIA AKHIRAT, 'mintak SPA tak?exam lulus ka?dpt intw ka?' jadi aku renew je lah tiap tahun.

amik exam bagai acara tahunan..saban tahun juga lulus..tp apa yg dpt?cuma berputih mata

AyunasiA said...

spa dan jpa ni agaknya adik beradik tiri kot. dan pelik jugak. macam kerja aku sekarang, kami dipanggil selepas jadi senarai simpanan. cam aku, ada la dalam 6 bulan selepas interview. ada tu, dah 2 tahun lepas interview, tiba2 je dipanggil. jabatan pon pelik sebab derang kata, dah lama derang mintak staf baru (dari jpa), tiba2 sekali dtg, selepuk ramai sampai tak tau nak letak kat deparment mana. tu yang aku kena hantar gi attachment merata2 tu, sebab takde opis nak taruk. aku terfikir jugak, mungkin ini semua ada kaitan dengan kes aku tu kot. dah terbukak kot mata derang. don't play2!