Kisah minah kilang belum berakhir. Ada satu semester lagi aku bekerja kilang sebelum aku dah tak tau nak jawab apa bila ditanya, sebelum ni keje kat mana? Kenapa berenti? Kenapa lama sangat tak keje? Buat apa sepanjang tak keje tu? Dah, takkan tiap kali asik cakap, jaga anak sedara jek?
Kilang ini aku kerja pada cuti semester keempat. Kenapa bukan ketiga? Sebab pada semester ketiga, ina kawen, dan aku sibuk menyibuk membantu persiapan kawen dia. Selain turut menjadi guardian kepada adik aku yang mengikuti rombongan sekolah tadikanya. Serta membawa dia juga mencabut gigi di kliniik gigi rakyat. Aik? Ada gak naluri kekakakan dalam diri ku ini eh? Terpaksa ok. Sebab masa tu mak sibuk menangani konflik dalam nak mengawenkan adik ku itu. Macam2 drama.
Kali ini aku keje di pasir gudang pulak. Merata aku dah keje ek. Pergi interview satu bas. Tiba kat kota, ambik orang lagi. Aik? Tiba2 kakak encik hairul pon masuk dalam ini pelem. Dia pon sama2 interview. Nama kilang ni g0k0 kemre. Kilang buat kemre. Ingat kilang ni mesti nak nyanyi 'hamlo goko, samasakoto, hamlo goko samasakoto samje mer barjane' dari filem gosh. Rasanya ni first time aku keje kilang jepon. Konsepnya, disiplin ketat, 5s. Setiap pagi kena bersenam dulu. Nak balik kena raba ngan mak guard. Mula2 tu geli, lama2 dah biasa. Bukan lah luar 'biasa' hakhak. Eh, tapi kakak encik hairul tak keje sini. Tah, dia takmo kot.
Lepas berenti keje, aku terpaksa datang balik sebab tertinggal telekung kat locker. Pergi dengan yayu yang nak mengangkut kain bajunya selepas berenti keje kat poliklinik. Seksa betul nak pegi pasir gudang. Berapa bas tah baru sampai. Tak ingat pulak aku ca alip bot ker resign. Satu yang aku tak tahan keje kat sini ialah jammed. Time pergi tak berapa. Tapi time balik. Pulak tu bas ni isi minyak kat kaltex sebelah tun habab. Selalu la aku sampai rumah lambat. Buang masa dalam bas. Dari segi keje, ok lah, tak la susah sangat. Keje aku pasang skru ngan pusing2 je. Pasang skru tu pon pakai screwdriver letrik. Tapi part pusing2 tu perit sikit. Alaaa kemre manual kan ada bahagian yang guna untuk gulung filem tu kan. Haaa aku kena pusing benda tu sampai abis, pastu try snap. Pedih hujung jari aku.
Selepas itu, aku pon dah tak keje time cuti semester lagi dah.
Tapi, selepas grad diploma aku terus keje. Sebelum tu aku register la jobstr33t ngan j0bsdb. Mintak je apa2 keje yang sesuai dengan kelayakan. Belum pon aku abis final exam, satu kilang ni dah panggil interview. Jadi, balik2 je kampung, terus aku pegi interview.
Ingat lagi, nama interviewer tu mr dar3n. Dia engineer rupanya. Dia lah yang call aku suh datang interview tuh. Eh, cemana dia call aku pulak? Mana pulak datang nya henfon? Jap jap. Tak laaaaaa. Dia call rumah dan aku call abah dan aku call dia balik. Kot? Eh, lupa lah. Tak kisah lah.
Aku pergi interview tu naik bas. Turun kat kilang grandc3ll dan menapak ke situ. Antara yang aku ingat, dia tanya, aku boleh baca schematic diagram ke tak. Dan boleh tak keje shift? Tak lama kemudian, derang call dan offer keje di situ. Masa tu jugak aku dapat hadiah ermmm ada laaa. Jadi, aku pergi dulu ke 'hadiah' dan selepas tu terus masuk keje. Pergi keje naik van. Ermmm aku tak suka betul naik van. Driver macam hantu. Dalam van tu aku asyik mengucap je.
Mula2 keje, aku tak masuk shift. Aku keje normal. Masuk kul 8, balik kul 6. Tapi, oleh kerana aku ikut van orang lama yang keje shift, jadi aku ikut la masuk kul 7, balik kul 7. Cuma sebelum kul 8 dan selepas kul 6 tu aku duk surau. Lepas seminggu training, aku kena pegi branch kulaifornia pulak. Training soldering pulak. Susah sayyy. Asik kena ketuk je tangan aku ngan k3ling tu. Tau la dia dah expert kan?
Abis training soldering 2 minggu, aku keje kat bahagian debugging. Nama pon debug technician. Mula2 dengar, macam pepijat je? Rupanya bukan. Lorrr keje ni ker??? Macam repairer pon iyer jugak. Tak lama aku keje (actually tak sampai sebulan. tak sempat dapat gaji pon), aku dapat offer sambung degree. Masa ni serba salah jugak nak berenti ke nak terus je. Aku tak dapat jumpa mr dar3n sebab dia gi us masa tu. Last2, dah tak sempat nak tunggu notis sebulan, aku ca alip bot je. Lantak la. Gaji pon aku tak ambik, kira cover la bayaran gaji sebulan tu. Sibbaik tak kena dakwa dek akta kerja I955 hehe.
Di situ lah berakhirnya dunia ku sebagai minah kilang aka minah karan. Lepas degree pun aku terus jadi lecturer. Memang la aku takde pengalaman kerja yang hebat2. Kat resume pon aku tak taruk apa2. Yang penting, aku tau siapa diriku. Sekian.
Ini pula kilang terakhir aku bekerja
0 komen:
Post a Comment