Sambungan hari ahad lepas. Dari tangkak, kami terus balik. Petang ahad masih di dalam kereta adalah tak best. Sepatutnya pada waktu ini aku sedang berehat di rumah. Dah lah baju tak gosok lagi. Ya, 'baju tak gosok lagi' adalah perkara yang berada di dalam kepala aku setiap hari ahad. Obses sungguh terhadap penggosokan baju.
Sampai di bp, teringat nak tengok 'sale' langsir 'beli 1 meter, percuma 1 meter' kat pr1ma m0da. Mana lah tau kot2 semua langsir yang ada di kedai tu diberi tawaran sedemikian kan. Terus bangkrupt hahaha. Sampai di situ, aku pun terus naik ke tingkat atas. Lorrr yang dimaksudkan tu sebenarnya hanya untuk satu jenis langsir je. Dan tak cantik pon huahuahua. Berani lah dia offer cenggitu kan. Selain tu, kain lebih2 pun diberi tawaran yang sama. Hek elehhh. Berapa lah sangat kain lebih yang ada kan. Paling kuat pon 3-4 meter kot. Satu panel tingkap pon takleh cover. Isy, cemana aku boleh terjebak masuk pr1ma m0da tu ek? Dah tentu2 sale dia memang tak boleh dipercayai. Isy isy isy.
Masa aku jalan tengok2 langsir tu, orang memang tak ramai. Jadi, SA dia pun asik pandang2 jek. Dalam ati aku, nampak sengkek sangat ke aku nih? Tak lama, aku pun turun. Kot2 derang ingat kot aku dah 3-4 kali tengok kain langsir tu tapi tak beli2. Terus aku masuk nag0ya pulak. Tengok2 kain pulak. Tengah aku melilau, tiba2, ada sorang budak kecik ni, tengok kaki aku. Dan dia tengok 2 kali! Aku pon, e'eh, kenapa pulak budak ni? Bila aku tengok je kaki aku, aku rasa macam nak menyorok! Aku pakai kasut sebelah lain sebelah lain! Kalau ada mask memang aku dah pakai dah. Malunyaaa!!! Dah lah satu kaler krim, satu kaler coklat gelap. Memang obvious sangattt. Dah macam orang gilak dah! Patut lah orang kat pr1ma m0da tadi asik pandang2 jek. Cepat2 aku call encik hairul, "cepat!!! jom balik!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Aku rasa, jauh nyaaaaaa lah jalan nak keluar dari situ. Dah sampai kat kereta, tiba2 dah tak malu pulak. Ada hati nak jalan2 lagi tu. Alah, orang dah lupa kot. Kami pun masuk ke kedai menara optometris. Aku rasa, seumur hidup aku, ini yang pertama kali aku masuk kedai cermin mata. Eh, pernah kot buat pemeriksaan mata percuma tapi kat luar kedai (ruang legar mall). Kira tak pernah masuk la tu kan.
Tujuannya ialah nak membeli sunglass. Jakun betul. Kononnya teringin nak pakai yang original, yang melindungi mata dari sinaran ultra ungu. Yang aku ada selama ini ialah sunglass cap 'CHANEL' ayam yang berharga seploh hengget hehehe. Asal boleh je. Dah lah cap 'CHANEL' ayam, dah terkopek2 pulak coating nya. Kadang2, bila aku pakai, terlekat plastik coating tu kat muka. Huh! Memalukan jek.
Bajet nya tidak lah seberapa. Jadi, beli pon yang up sikit je dari cap ayam. Kedekut sebenarnya huhuhu. Tapi, susahnya nak pilihhh! Yang menjadikannya susah, sekali lagi. Cerewet!
Macamana lah aku tak cerewet. Yang aku suka, less 20% jek. Yang aku tak berapa suka, less 40%. Mana boleh benda yang best itu mahal? Errr sebenarnya yang less 40% tu pun bila dah ditolak, sama je ngan rege yang less 20% selepas ditolak hehehe. Tapi, perasaan membeli benda yang mahal berdiskaun 40% dengan benda yang murah berdiskaun 20% adalah berbeza. Dengan kata lain, harga asal yang aku suka tu lebih murah dari harga asal yang aku tak berapa suka. Apa kes nak beli benda murah2 nih? Uhuksss kompius.
Ok ok, aku saje je membesar2kan. Sebenarnya yang menjadikan aku cerewet tu sebenarnya bukan pasal hargannya. Cewahhh banyak no duit ko? Tapi, yang aku telitikan ialah tentang keselesaan ketika memakai sunglass itu. Ada yang aku suka designnya, polarized, tetapi tak selesa dipakai. Rasa sakit di tepi tengkorak dan tak melekap pada muka. Boleh bergerak2 pulak. Leceh la kan kalau asik nak jatuh2 jek. Dah le hidung tak berapa nak mancung kan. Mungkin cangkuk (ke haper orang panggil tah) tu tak menyangkuk di telinga kot.
Satu lagi pulak, selesa, tapi kecik sikit. Aku nak yang besarrr punya. Dia kata, "Ni macam fasha sandha pakai". Errr bila masa pulak dia tengok fasha sandha pakai sunglass tu? Dia bff FS ker? Ke fasha sandha jadi duta sunglass itu?
Yang satu lagi, cantik, melekap pada muka, tak kembang sangat, besar, tapi sakit kat tengkorak.
Ada tu pulak, cantik, melekap, besar, tapi, macam goggle rupa eh.
Akhirnya, yang aku beli tu, selesa (as in, tak sakit dan sekali pakai je, dia terus tak bergerak), besar (memang macam lalat), melekap (kerling kiri kanan pon tak nampak nur cahaya), lain dari yang lain (frame nya ada corak tekstur kayu), dualtone (dah macam bunyi tone telefon dtmf pulak - glassnya atas gelap, bawah cerah). Cuma ada satu masalah. Bila aku pakai dalam seminit gitu, tiba2 pandanganku kabur.
Bukan, bukan aku pitam. Dia kata, kalau ada migrain memang tak boleh pakai yang kaler coklat. Nanti pening. Tapi aku takde migrain dan glass tu pon bukan kaler coklat. Yang mengaburi pandangan ku itu sebenarnya ialah wap dari pernafasan mataku. Oh? Mata pun bernafas ek? Tapi, kenapa sunglasses yang lain takde kuar wap pon? Alerrr cenggitu lah kan. Kalau kita dah suka tu, ada je. Kalau beli kasut pon cenggitu. Yang kita suka tu lah yang takde saiz.
Selepas dicuba berkali2 oleh beberapa orang (SA dan encik hairul), aku sorang je pon yang berwap. Pelik? Tapi, selepas dipikir2, ditimbang2, dah tentu2 aku nak pakai benda alah tu ketika panas terik matahari memancar kan. Mana ada wap dalam keadaan sebegitu. Bukannya aku nak pergi obersi ke haper kan. Kalau pergi pon, beli je lah yang lain. Ewahhh. Tak kosser aku. Rasanya ini sekali je lah kot aku beli benda alah nih. Bukannya compulsory pon.
Cumanya, dia tak polarized. Apa bezanya? Yang polarized ni, bila kita pakai, kita boleh nampak benda yang orang lain tak nampak dengan mata kasar. Takut, kan? Hihihihihihihihihihi. Aku bayangkan boleh nampak hantu huhuhu. Ok, sebenarnya benda2 tu pun bukan lah perlu ditengok sangat pon. Macam contoh yang dia beri, ada satu plet ni, kita tengok kosong je, tapi bila pakai polarized punya sunglass, ada gambar pemandangan di situ. Huh! Tak penting langsung kan? Lain lah kalau boleh nampak jawapan teka silangkata cepu emas ke kan? Tapi, kot lah betul boleh nampak sesuatu dari pandangan sudut ke-5, nak lah jugak aku. Walau bagaimana pun, aku punya takde polarized. So, boleh diam. Tapi nak suh encik hairul beli yang polarized la hihi.
Maka, jawapan kepada teka kacang bulan ini ialah...
Besttt!!! Pakai malam2 pun best. Tak gelap dan tak silau. Tapi, ada ke orang pakai malam2? Cukup lah sekali aku terasa 'gila'.
Keluar dari kedai, baru lah aku teringat balik kes kasut lain2 tadi. Kalau ada yang ingat dan nampak aku, agaknya dalam hati dia akan berkata,
"Orang gila tu beli sunglass!"
p/s sila berhenti membayangkan bagaimana rupanya aku tika memakainya.
4 komen:
Wow very the Vazssss la shades dik non....Channel gitu.
wellll...
amboi2....shopping sakan nampak....perabihkan duit claim ker....aku baru jek beli mesin jahit brothers..kih3x....lps nih nak pi kelas menjahit lak....
shue: wahhh gigih nyer nak menjahit. bagus! bagus!
Post a Comment