Petang jumaat, tekak aku dah teringin nak makan ckt. Sebelum balik aku ajak encik hairul terus ke sana. Tapi, dia tak abis kerja lagi. Alamakkk. Lupa pulak yang dia ada keje kat sekolah vokay. Kalau aku tu, mesti dah rasa sebak2 sebab dapat kembali ke sekolah vokay, walau pun bukan sekolah sendiri, tapi dah nama sekolah vokay, kira lebih kurang je lah kan.
Bercakap pasal sekolah vokay ni, perasan tak korang yang banyak sekolah teknik yang dah bertukar menjadi vokay? Tak perasan? Atau tak ambik tau? Masa zaman aku dulu, 1995-1996, sekolah vokay ni ialah sekolah yang menawarkan latihan kemahiran, selain pelajaran biasa. Dan sijil spm mereka dipanggil spmv (eh, ke spvm?). Itu pun, derang takde belajo subjek pure science macam sekolah teknik. Fizik kimia memang takde. Setakat sains biasa jek. Sejarah pun tak belajo. Kalau add maths tu, dalam sekolah encik hairul, dia sorang je yang ambik. Wah! Sayang bangga dengan abang awww (tu gelaran masa sekolah. gedik!).
Selain tu, ada juga sekolah vokay yang offer latihan kemahiran semata2 kepada student yang tak pass pmr (takleh naik form 4). Errr tapi aku dah lupa la pulak, sejak bila yang pmr dah takde tak pass tak naik form 4 tuh. Masa aku form 3 masih ada lagi. Maybe time aku dah takde kot. Semua yang tak lulus pun boleh naik form 4. Haaaaaaaaaaaaaaaaaa a'ah la. Betul lah. Sebab ada kawan aku yang tak pass tapi dapat meneruskan persekolahan ke form 4, tapi dia dah tak nak sekolah, so dia berenti. Macam2 la sistem pendidikan sekolah kat mesia ni kan? Dulu memang biasa jumpa remaja 16 tahun yang dah tak sekolah. Nasib baik sikit dapat masuk vokay, ambik skm*. Boleh keje bengkel motor atau kereta (kalu ambik automotif la). Selepas 1996/1997 kot, sekolah mereka ditukar kepada sekolah teknik. Nak naik taraf kononnya. Ini lah salah satu kesilapan yang sedar tak sedar dilakukan oleh kepimpinan kita. Sebab apa? Dengan penutupan sekolah vokay ini, telah menutup peluang mereka yang agak kurang dalam akademik untuk mempelajari bidang kemahiran, sekaligus menyumbang ke arah kekurangan tenaga mahir dan separuh mahir di negara ini, yang secara langsung meningkatkan kemasukan pekerja asing mahir dan separuh mahir yang berduyun2 tiba ke negara kita! Kenapa dengan sekolah teknik? Sekolah teknik tu sebenarnya nak meramaikan mereka masuk uni dan uni bukan lah pusat latihan kemahiran! Ah, hanya mereka yang sezaman dengan aku yang faham kot. Mungkinlah, peluang masuk uni memang tipis sedikit bila sekolah vokay. Seperti yang aku katakan tadi, derang tak ambik kimia, fizik, add maths. Setakat diploma memang lah masih lepas, tapi, matrik memang tak lepas kot. Ek? Jadi, bila semua dah jadi teknik, memang terbukti, ramai yang berjaya masuk uni atau dengan erti kata lain, kurang yang masuk dunia kemahiran. Tu yang masuk aielpi ni semua budak sekolah biasa yang takde basic skill langsung tu.
Tetapi kini, tukar pemimpin, tukarlah dasar. Dah berjuta bang la, myanma, laos segala pekerja luar datang, baru lah sekarang mereka sedar bahawa tak guna mengeluarkan beribu2 profesional sedangkan kita ketandusan pekerja mahir dan separuh mahir. Lagi pun kan bilangan exec sikit je berbanding pekerja di bawah kan. Sekarang, sekolah teknik yang asal sekolah vokay sila tukar balik jadi vokay. Bukannya downgrade, tetapi dah tentu2 visi mereka berbeza.
Dan, tak semestinya bila sekolah vokay, kita tak boleh berjaya. Tak semestinya yang belajar fizik, kimia, bio dan add maths tu akan masuk uni dan jadi profesional. Sebaliknya, yang sekolah vokay juga boleh. Aku pernah disindir oleh kawan sekolah dulu. Masa tu kami terdengar lagu 'kekasihku di menara'. Lalu kawan ini berkata,
"Lagu ni sesuai lah untuk sesiapa yang boyfriend sekolah luar."
Ehhh sesedap mulut je ek.
Ok, abis dah. Kesimpulannya, petang itu, encik hairul yang bekas pelajar sekolah vokay bertugas di sekolah vokay bp sebagai pengadil (projek rekacipta kot) kejohanan antara sekolah2 teknik dan vokay peringkat nasional. Eh, tengok gambar kat bawah ni baru teringat yang aku nak cerita pasal makan2 ek?
Oleh kerana petang pun dah larut, kami keluar makan pada waktu malam. Konon keluar lepas maghrib sempat balik sebelum pukul 9 sebab nak tengok imam muda. Sekali, nana pulak datang. E'eh asik datang je lah pulak. Terpaksa gi jemput dia kat bus stand. Iya lah tu. Aku tak percaya sangat dia datang naik bas sebab pagi besok nya dia keluar ngan boyfriend naik motor. Pastu, balik pun kitorang hantar ke bus stand jugak. Ye lah tu...
Sampai kat kedai pak tam ni dah pukul 9. Tv pulak takde. Sibbaik lah masak ckt ni sekejap je kan?
Kali ni baru gambar sebenar
Sekali lagi, kurang masin. Tapi masih acceptable
Cili jeruk pun ada
Esok nya, aku ada jemputan di 3 tempat. 2 dekat2 sini, 1 lagi kat kluang. Tapi, tunggu punya tunggu punya tunggu, tak balik2 la pulak. Dah pukul 2, bayang pon tak nampak lagi. Bila aku call, pukul 3 baru siap katanya. Huuuuuu pukul 3 apa yang tinggal? Kalau ayam masak merah dah tinggal tulang je. Kalau kambing dah tinggal kuah je la. Last2, pukul 4 baru muncul orang yang ditunggu.
Jadi, kami keluar je lah macam biasa. Pergi makan kat benteng.
Pastu balik rumah dulu. Lepas zohor baru bergerak ke muar pulak. Lambat giler. Sah2 sampai sana dah bungkus2. Rumah kawan ni kat pekan rawang. Ada kenangan aku dengan tempat ni sebab dulu aku amik lesen kan kat tangkak. Dan rumah kakak aku kat pekan rawang tu. Ada la sikit2 kenangan dengan masjid 2 tingkat tu. Rumah member ni dekat dengan masjid tu. Memula kami dah berenti kat satu rumah. Puas ku intai2 dari jauh, tak macam rumah dia jek? Kad dia kaler merah, mesti lah konsep dia kaler merah ek? Yang tu kaler pepel. Sekali jumpa makcik pakcik ni pegang kad yang sama. Ooo kita dah salah rumah ni. Depan sikit lagi.
Sampai2, betul pun. Orang dah tak ramai. Lauk puak pun dah tinggal sikit. Alah! Kecik je mesia ni. Jumpa pulak kawan encik hairul kat sana. Wife dia sedara pengantin.
Dah terlanjur sampai ke tangkak (sekarang tangkak dah tukar nama kepada ledang. dia dah pecah daerah dari muar), kami terus ke pekan tangkak. Kot lah jumpa kain yang cantik. Isy, aku ni, pantang jumpa kain, mesti nak beli. Kata aritu dah potong semua kain untuk hari raya kan? Ni dah bertambah2 lagi.
Ermmm kan aku buat baju2 tu untuk hari raya kan. Mil ada cakap, buat baju awal2 ni memang la bagus. Nanti nak raya dah takyah sibuk2 lagi. Tapi, ada keburukannya juga sebab, bila dah siap tu, gatal je nak pakai sekarang. Memang betul pun. Sebab tu walau pun aku dah siap cantum semua, part leher aku biarkan dulu. Nanti dah puasa baru aku nak jahit. Ye lah tu...
Best ke shopping kat tangkak? Dulu mungkin lah kot. Tak jumpa nilai, tak jumpa jalan tar. Sekarang, biasa2 jer. Plus, kain dia macam lambat jek?
Abis?
0 komen:
Post a Comment