BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 1 June 2010

Kolej Swasta & MQA Certified

Zaman sekarang ni, kolej swasta melacak2 macam jambu air belakang rumah tinggal kekdahnya. Yang paling hot sekali, kolej berkaitan nursing. Memang la ramai orang nak jadik nurse sekarang ni kan. Sebab, kalau ikutkan dulu2, kursus nursing ni kira komfem dapat keje di hospital2/klinik2 akhirnya. Macam kursus perguruan. Cumanya, kursus perguruan belum lagi di swastakan. Besok kalau dah diswastakan, melacak2 la jugak kolej perguruan ni tumbuh kot. Tapi, moe belum ada perancangan lagi ke arah tu kot.

Bila melihatkan situasi sekarang, kolej mana pon yang buat kursus nih, apa yang penting pastikan ianya mendapat pengiktirafan jpa. Walau pon tak keje ngan hospital gomen, tapi mesti lah jpa ada standard tertentu yang dikehendaki oleh moh kan. Atau pendek kata, selagi ko keje kat malaysia ni, ikut la peraturan negara ini.

Kisahnya, adik aku kan lepas spm kan. Macam biasa, sekarang ni, macam2 kolej swasta menawarkan tempat. Pulak tu, hantar surat macam, tahniah! anda terpilih! gitu. Tak ke budak tu rasa teruja, kan? Aku pon pernah dapat surat dari jpa yang berbunyi tahniah! anda ditawarkan jawatan blablabla. Padahal surat tu nak panggil temuduga je. Tapi dalam kes adik aku ni lain sikit. Dia tak kasik surat, sebaliknya membuat temuduga terbuka.

Cuba bayangkan, kolej tu terletak di kuala lumpur dan mereka sanggup turun ke kampung untuk mencari student. Pulak tu, siap bawak 'doktor' lagi sebagai penemuduga. Mesti lah mak2 pon kompiden giler kan? Ye lah, doktor. Pastu, asal ada A je, terus kira layak.

Menurut satu kolej ni, ptptpu boleh diuruskan sebanyak RM60k. What? Banyak gilers. Katakan lah dia lepaskan 6k untuk duit poket setahun, 18k je yang dapat kat budak2 ni. Selebihnya? 42k untuk yuran2 tot tet tot tet yang lain. Makcik kayo!!! Siapa yang kaya tu kalau bukan tokei kolej? Lecturernya gaji ciput jugak ngengehngeh. Tu baru sorang budak. Budak budak budak yang lain? Katanya lagi, sebelum dapat ptptpu tu, derang akan kasik elaun rm300. Aku rasa, tempoh nak dapat ptptpu tu pon tak sampai 6 bulan. Sebenarnya dia dah kira dah untung dia tu. Takat +-2k tu nak dibanding dengan 42k tu, celah gigi je.

Bukan lah aku kata kolej swasta ni tak bagus. Ada yang bagus2. Cuma melampau sangat la. Pulak tu, bukannya ada bond dengan mana2 hospital pon. Lain la macam kolej yang buat kursus di bawah kpj ke, pantai ke, kompiden la sikit nak ambik loan tuh sebab kebarangkalian ditawarkan kerja di hospital2 berkenaan adalah tinggi.

Ok, mungkinlah besok2 dia keje kat abu dhabi ke, dubai ke, yang dikatakan ramai yang keje sebagai nurse di sana. Mungkinlah gajinya banyak. Takde masalah nak bayar loan tu balik. tu pun kalau masih ingat kat negara yang terchenta nih. Ye lah. Kalau tak bayo kang, pasport kena gantung lak.

Itu kalau kejenya kat obersi. Katakan kejenya kat malaysia. Berapakah gaji maksimum yang boleh ditawarkan oleh hospital2 di sini? Ok, kita abaikan bab gaji lah. Kita berbalik kepada akar umbinya tadi. Tentang yuran 60k tu. Patut ker seorang anak orang biasa2, pergi masuk kolej swasta yang yurannya 60k tanpa pembiayaan dari luar? Kalau aku tengok kat website kolej tu, katanya ptptpu leh offer loan sebanyak 24k jek? Dari manakah datangnya lagi 34k itu? Jeng jeng jeng...

Sebelum aku lebih mengungkit, baik lah kiter stop sekarang.



2 komen:

Luna said...

kalo adik ko nak jugak,check testimoni kolej tu, betul ke mostly dpt keje.. mcm adik aku,mujur2 je kolej perubatan diraja tu separuh kerajaan negeri..jd ada 'bond' sket di situ..tp still jugak ada cabaran pd mula nya..adik aku x lulus exam gomen, kene amik kali kedua..pastu skrg dia dh keje kat pantai ipoh, tp still x memuaskan...ko tau lah, swasta, tetap ada ragam swasta nya, bkn boleh bersenang lenang mcm keje hosp kerajaan....tekanan di swasta lebih berat..maklumlah,matlamat company adalah keuntungan..

AyunasiA said...

ye, begitu juga dgn kolej swasta. mereka pentingkan keuntungaan. walau bagaimana pun, adik ku itu sudah pun 'selamat' masuk ke sana. aku takut dia takleh bawak jek. tentang pembiayaan tu, ermmm no comment.