Thursday, 17 June 2010

Kain Ela, Kain Pasang, Kain Bunga, (whatever we call it)


Orang lain tengah 'in' kain cotton; english cotton, japanese cotton, cotton jacquard, xxx cotton, aku masih lagi dengan status quo (tak agak2 punya vocab nih) ku, chiffon georgette (CG) yeyay! Entah lah. Aku rasa macam jatuh cinta pandang pertama plak ngan kain CG nih.

Tahun lepas, sumer orang giler dengan china silk. Mula2 kuar tu, nampak la macam original silk sebab harga pon seratus lebih. Lama2, eh eh, makin banyak pulak dan murah pula. Terus tak macam ori. Sekali pandang dah macam satin biasa je. Pastu, pegi kl, kota, bp, sumer corak yang sama. Kain2 lain pon ada yang sama, tapi tak lah ketara sangat.


Sebenarnya, aku rasa, trend kain2 ni ditentukan oleh pengeluar. Kemudian, bila ada demand dari pengguna, barulah dia merebak2. Kadang2, corak sama, material yang berbeza. Sekarang ni pun tengah musim baju matching; corak sama, tapi material baju jenis chiffon, material kain jenis satin atau lain2. Biasanya yang aku faham, kalo sebut 'matching', mesti baju bunga, kain plain. Sekarang dah berubah dan bervariasi.

Jenis2 fabrik ni ada pelbagai. Masa sekolah dulu, yang aku tau cuma kain klabmen (clubmen?) ngan sb line. Klabmen tu kain yang buat baju sekolah tu lah. Sb line pulak kain untuk tudung. Dulu2, tudung ni pakai kain yang nipis dan jarang macam chiffon tu. Tah, tak tau pulak apa nama kain tu. Kain sb line ni kira rating tinggi sikit la sebab dia tak jarang dan sedap pakai. Akak2 sekolah menengah (yang dah pandai bergaya aka anak dara) jek yang pakai nih. Kain sb line ni ada tekstur sikit. Susah aku nak terangkan (macam lah orang tak tau hehe).

Masuk sekolah menengah belajo kh, ada belajar pasal fabrik nylon, poliester dan kapas. Nylon tu asalnya dari new york dan london, tu yang nama jadik nylon. Poliester pulak erkkk dah lupa. Cikgu... apa ek? Yang pasti dia fabrik sintetik la. Kapas tu pulak, dari pokok kapas, asal kapas jadi benang, dari benang dibuat baju, barang lepas jangan kenang, sudah jadi orang baru, mengapa dirindu lalala.

Oleh kerana aku tak belajar teknologi tekstil (kat uitm ada course nih), aku pon tidak la tahu jenis2 fabrik secara spesifik. Setakat dengar2 je. Contoh2 lain seperti, satin, lace, silk, chiffon, jacquard, rayon, opel, kasa rubia dan lain2. Itu baru basic. Belum lagi yang dah dikacuk. Satin silk, chiffon jacquard dan macam2 lagi. Pastu, bila dah ada kain, printed, dibubuh pulak batu2 la, lilin la, labuci la, prada la. Dahhh kuar pulak macam2 nama. Angkasawan la, siang malam la, hujan batu la, bintang malam la (erkkk aku reka2 je hihihi). Kadang2 dia kasi nama ikut musim telenovela atau drama tv. Rosalinda la antara yang paling glemer dulu. Kalo rosalinda tu mesti jenis bunga besar2 sempena rosalinda suka pakai bunga besar kat telinga hihi.

Masa raya tahun 2006, musim kain jalur2. Nampak macam sama, tapi sebenarnya lain. Ada yang jenis nipis, mudah pecah, murah. Kalau tebal sikit, tahan lasak dan mahal sikit. Masa ni pulak aku tak keje. Adoiii kena jahit baju femli yang kebanyakannya jenis jalur2 ni. Pulak tu, derang beli 4 meter je. Kalau kecik molek comel macam aku takpe la. 3 meter setengah pun cukup. Ni, nak kena ikut ira jalur2 tu. Kain pun nak kena selari. Mana nak cukup. Sampai kena sambung2 kat montot (dah macam pembedahan plastik ambik kulit peha letak kat pipi plak). Stress gue. Aku takde beli kain jalur2 tu masa musim raya tersebut sebab aku tak suka beli kain ikut musim. Nak selamat, beli jenis fabrik yang standard, boleh pakai sampai bila2.

Raya 2007 pulak musim baju benang hitam. Memang la sedap pakai, tapi tukang jahit ni yang tak sedap menjahit. Pulak tu ada versi stone pulak. Rasa nak mengamuk je kalau jarum patah terlanggar stone. Masalah kain benang hitam ni ialah sewaktu memotong. Dia licin dan menggelembung bila dilipat. Jadi, kadang2 bila dah siap potong, ukuran dah lari. Kalau tebuk leher tu, elok2 bulat macam epal, boleh jadi buah pear pulak. Sekarang ni pun ada kain jenis tu jugak, tapi dia dah tak pakai benang hitam, tapi kaler biasa. Bengkek betul aku dengan kain tu.

2008 aku dah lupa sebab dah berenti menjahit secara komersial. Dan baju aku sendiri memang takkan ikut musim. Eh, bukan musim kain songket seciput2 ker? Alaaa kain yang macam songket tapi dia anyam kat tempat bunga tu jek. Saing2 dengan tu, ada songket vietnam la, india la, thailand la. Kelakar je dengar cerita kawan aku. Dia beli kain songket tu suh mak dia jahit. Sekali mak dia ingat benang (yang disulam jadi corak tampuk manggis segala tu) kaler gold tu ialah benang yang terlebih2 or terlekat kat kain tu. So, dia cabut la selai2, sampai la berlubang baju kawan tu hikhikhik. Selain tu, time tu jugak musim batik print. Merudum abis bisnes batik sutera gara2 batik nih.

Setelah aku perhatikan, rupanya ada beberapa jenis perniagaan kain. Ah sudah! Ni nak tulis entry versi analisis kah? Sabo je la ek. Aku tengah takde idea segar. Ni pon terpaksa edit draf2 lama hahaha.

1. Kedai kain berkayu2

Ni biasanya perniagaan besar macam jak3l, kamdar, nag0ya, gulati5. Cara derang display ialah dengan menyusun kain2 itu dengan kayu asalnya. Maknanya kalau nak beli lebih dari 4 meter pon boleh. Dia kira harga permeter. Untuk memilih, kita biasanya akan tengok satu persatu pada kayu dan cuba memadankannya ke badan. 'Oh, cantik'. Atau, 'nampak cantik, tapi bila dah lekat kat badan, macam tak cantik pulak'. Itu kita yang cakap. Kalau budak SA tu, dah komfem dia akan cakap, 'dah siap baju ni cantik kak. Kulit akak putih, kaler apa pun cantik'. Kadang2, SA tu sendiri melilit kain tu ke badan mereka. Saper nak beli nih? Eh, tapi kalau beli batik, memang tokei kedai yang lilit ke badan sendiri. Abis tu, takkan nak belit2 kat badan kastemer tu pulak kan? Melainkan kastemer tu sendiri yang mintak. Sebab biasanya dia akan ikat bahagian kain kat pinggang, kemudian belit kat badan sekali. Dah macam patung cendana dah. Itu pun dia akan pikir sejenak, kang tercalit lipstik ke maskara kastemer tu ke, boleh kasi pantun pecah kaca pecah gelas tak? (once broken considered sold).

2. Kedai kain kayu + pasang

Ini kedai jenis sederhana besar. Kalau kat bp ni, macam bintang emas, kahbee (dah tutup kot). Kalau kat kota banyak ar contoh. Tangkak, nilai 3 pun banyak jenis ni. Selalunya bila memilih, kita akan mendongak untuk tengok kain pasang yang dah siap dipotong sepasang sepasang. Pastu kalau macam menarik, boleh la suh dia turunkan. Tapi kalau jenis kedai begini, dia ada kain kat kayu, so, instead of dia turunkan, dia akan ajak kita masuk ke dalam dan tengok kat kayu. Dan di sini, umpama jerat sudah mengena. Mata ko akan rambang dan...

3. Kedai kain pasang

Ini versi kedai kemboja kalau kat kota. Dan jenis aked2 jalan tar dan masjid india nun. Kalau kat bp ni, jenis2 yang kat belah2 pasar sana tu. Kain yang didisplay tu dah siap2 potong sepasang sepasang tinggal pilih dan bayar jek. Kalau nak beli lebih dari 4 meter? Entah, tak pernah pulak aku. Kena beli 2 pasang la kot. Biasanya derang beli dengan pemborong sekodi2.

Antara banyak2 kedai, aku takde fevret tertentu. Ikut mood. Tak kira la kedai mana pon, probability untuk pakai boria dengan jiran tetangga adalah sama. In fact, aku pernah sama corak baju dengan sil dan biras ku. Sebelum aku kawen lagi. Dan kalau dengan biras tu, memang ada 2 pasang yang aku temui. Tu kebetulan dia pakai time aku ada. Yang aku tak tau tu, tah2 lagi banyak. Jenis fabrik je lain. Bukan songket. Kalau songket memang la komfem ramai yang sama. Cuma aku nak bagi tips membeli kain pasang. Tah betul ke tidak, tak tau la.

1. Jangan pandang rupa semata. Pegang dan uji kain tu sebelum beli. Senang je, try tarik2 atau gonyoh2 dengan 2 tangan kat hujung kain tu. Buat dengan kasar yea. Kalau pecah, sila la lupakan. Nanti, belum sempat pakai lagi dah tetas siap2 (semasa jahit). Aku terkagum minggu lepas bila SA satu kedai kat nilai 3 tu tarik2 kain dengan ganas dan sangat kuat demi membuktikan kepada ku bahawa kain tu tahan lasak. Erkkk tapi aku tak beli sebab tak cantikk hehe.

2. Cantik dimata ku belum tentu cantik dimata mu. Cantik itu subjektif. Jangan terpengaruh sangat dengan cakap orang, especially SA. Ikut je kata hati. (ni bukan tips, dah macam luahan perasaan jek).

3. Sale di cawangan2 jak3l tak boleh percaya hehe. Kain baru dia adalah mahal jika dibandingkan dengan kualiti. Dan yang murah adalah yang outdated. Itu lah bahaya nya membeli kain sekali sekala. Kain lama pon boleh disangka kain baru. Last week aku jumpa kain yang sebijik sebijon dengan baju kakak ku (yayu - kaler hijau yang orang jahit sekali dengan baju yang repair zip aritu) masih tergantung di dalam kedai. Baju tu aku jahit pada tahun 2006. Can you imagine? So, buat survey tentang trend terkini.

4. Owh, tahun ni musim apa ek? Selain cotton, corak2 adalah abstrak. Fabrik yang juga in untuk tahun ini ialah errr apa tah yang ada bau wangi tuh. Aku tak suka pulak sebab colornya semua gelap dan tak nampak corak. Aku suka yang cerah. Dan corak baju aku mesti jelas. Kalau bunga mesti nampak bunga, kalau abstrak, nampak abstrak. Kira kalau belajo pendidikan seni, tajuk garisan itu penting. No wonder la aku suka batik, kan? Chiffon matching pon ok. Ermmm, chiffon masih relevan untuk tahun ini. Tapi, staf gomen jangan buat2 lupa yea. Circular tahun lepas ada cakap, takleh pakai baju species sifon/opel ke tempat keje. Nak pakai, gi kenduri kawen ke, open house ke, je. Opel? Nope. Bukan untuk raya ini tahun. Corak berkaki pon tengah in sekarang. Biasanya bunga nya macam 'pokok2 bunga tumbuh di kaki mu' gitu. Bukan hati je ada taman. Badan pon bertaman juga. Taman bunga lagik.

Ok, itu je yang ingin dikongsi bersama. Selamat membeli baju raya!

p/s foto di atas ialah baju kegemaran ku raya tahun lepas. what a taste...

Eh cop!!! Tadi kan aku kata aku suka kain chiffon georgette kan? Now let these pics tell you why...

Ini yang pertama, aku beli dari forum wmc pada tahun 2007 dari forumer bernama 'pinkr0ses'

2008, aku beli lagi dengan dia. Tema raya tahun ini ialah oren (termasuklah rumah)

2009 aku beli lagi dan lagi dan lagi (+ next 2). Ini sempat dijahit sebelum raya

Yang ini dan seterusnya baru je siap baru2 ini

Ni yang terbaru. Tapi aku agak menyesal dengan yang ni sebab corak dia macam penyakit. Ewww macam gatal badan aku bila pakai. Tapi terpaksa pakai jugak. Konsepnya, jangan pandang bawah/badan. Yang ni versi heavy CG. Tebal sikit berbanding yang 2 di atas.

Apa2 pon, yang pertama tu adalah yang paling terbaik sekali amat. Cinta pertama gitu.Aku rasa aku suka kain ni sebab bila dia print corak tu, kalernya akan masuk betul menjadikan ia kelihatan lembut. Tapi, memang lembut pun kain ni. I loike!

Aku rekemen sangat beli CG dari dia nih. Tapi akhir2 ni takde corak yang aku berkenan. Dia pun baru je sambung bisnes dia selepas cuti bersalin agak lama.

p/s2 korang yang tempah baju tu beli je lah ikut suka ati korang, takyah pikir susah senang nak menjahitnya. aku je yang terpaksa cerewet pilih yang senang jahit only :( .

2 komen:

luna said...

org gomen mmg pakar bab kain sbb hari2 pakai baju kebangsaan..akak aku pun ntah brapa lemari baju dia ada..

aku tak berapa tahu jenis2 ni tp sbb ko dh bgtau,aku tau la wpun 'rasa' kain nya tu,aku agak2 betul lah sama dgn apa yg aku pikir..

dh lama gak x beli kain utk jahit..selalunya beli baju siap time expo ramadhan..tp tahun ni sempat gak anto spsg kat saadiah..warna turqoise :D

AyunasiA said...

tapi ada juga kwn2 aku yg tukar baju baru time raya je. boleh pulak dia tahan pakai baju trend zaman 90-an dulu.