Yah000!!! G00gle!!! Ask!!! Amaz0n!!! Answer!!!
Ya semua tu searchengine ye. Aku nak sebut yah000!!! je sebenarnya. Masih lagi dalam mode gumbira. Kenapa aku begitu happy bebulan puasa cenggini eh?
Sebab akhirnya aku telah putus hubungan dengan nyamuk (ni iklan ind0n) break up dengan ptptpu. Tanggal 16 Ramadhan, aku telah melunaskan hutang piutang ku. Phew! Terasa kembali muda.
Ingat lagi kali terakhir aku menelefon ptptpu dan mamat tu kata pengesahan baki akan diberi dalam masa 7 hari dan aku memberi tempoh 14 hari? Ya, selepas 14 hari, aku menelefon lagi dan katanya, kami dah terima permohonan puan. Jadi, tunggu 7-14 hari bekerja baru kami email. Ok. Saya pasrah. Jap jap, aku nak tengok bila aku hantar surat permohonan tu. Ohhh haaa 13 julai. Jadi, kalau ikut kira2 jari jemariku, 2 ogos adalah due date nya. Namun, sampai ke 9 julai, masih tidak kunjung tiba.
Akhirnya, tepat 10 ogos, aku pun mendapat email dari puan salbyah. Nyaris aku nak delete email tu. Subjek nya nama penuh aku. Puan ni tak belajar format surat rasmi kah? Ok, sibbaik aku bukan pemeriksa kertas 2 bahasa melayu. Lenkali cakap je lah macam aritu, kami akan hantar jawapan pada setiap 10hb. Tidak lah aku asyik mengira jari jemari jek.
Keputusannya, selepas ditambah tolak, akhirnya baki akhir aku adalah lebih +- rm40 dari baki yang tercatat di efes. Lalu aku pun call lagi. Dia kata calculation tu dah termasuk caj2 yang aku pun tak tau apa tapi dah diujrahkan la. Dan aku perlu bayar sebelum 31 ogos. Kalau selepas tu bakinya dah lain pulak. Setelah ditimbang sukat, kalau aku tak bayar habis, aka bayar setiap bulan macam biasa, mungkin setahun baru abis. Dalam tempoh itu, aku dah kira, kos perkhidmatannya lebih kurang rm40 jua. Tambah lagi bukan ujrah. Kalau sign ujrah, kena mati setem rm20 lagi. Yang ni dah diujrahkan siap2 (tapi takyah sign agreement ???). Jadi, takde beza dari sudut nilai wang itu, tetapi ada beza dari sudut syariah.
Sebelum membayar tu, aku call dulu. Ye lah, kiter tak tau what's next? Adakah aku perlu buat dek sahaja? Dia kata, kena tunggu 3 hari untuk derang update, aka mebenk bayo kat derang. Dan hari ni dah cukup 3 hari, aku tak call lagi. Tapi aku dah check kat efes, dia dah deduct, tapi ada lebihan rm33+. Bukan aku terlebih bayar, tapi yang kat efes tu tak kira bayaran lump sum. Dipendekkan cerita, kiranya aku dapat rebet rm33+ je lah, kan? Betul tak betul? Takper. Minggu depan baru aku nak call derang. Derang kan mengalami tahap kelembapan yang tinggi kan. Masih kasi chance lagi.
Seronok rasanya bila dah bebas ni. Ini bukan pertama kali. Dulu aku pun pernah habis bayar pinjaman yayasan pelajaran j0h0r dan habis bayar kereta kancil. Sama la lebih kurang perasaannya huhuhu.
Ok, budak2 mara dan jpa, dah, takyah nak berlagak lagi yang korang dapat scholarship, takyah bayar. Kita sama sekarang.
4 komen:
tahniah kerana melaksanakan tanggung jawab tanpa sebarang lengah dan helah.. semoga hidup dan rezeki anda murah dan diberkati Allah..
Jgn jadi yg kaya ray , anak dapat loan pastu cari jln nak lepas diri tak bayar..
esp menteri dari kelantan tu..
diam diam ubi, suku sakat di naikkan
bestnye kak...bayarkan kitenye skali...x suke ar bayar ptptpu
wah! mendalam sekali komen tuan ini. nway, terima kasih dan saya nak aminkan doa tuan; 'semoga hidup dan rezeki anda murah dan diberkati Allah.' Amin...
ayu: besok ko kuarkan duit kwsp pon leh bayar gak. tunggu ar... lagi 2 tahun je.
Post a Comment