Adakah aku orang pertama yang nostalgia di bulan puasa? Tetiap tahun aku perati, bila dekat2 nak raya, ramai yang akan tulis entry nostalgia berpuasa dan berhari raya di zaman kanak2 muda rumaja. Tapi memang betul pun, raya budak2 zaman sekarang tak sama dengan zaman kiter dulu2. Nanti besok derang dah tua pun akan kata begitu juga pada generasi muda mereka. Mesti lah derang akan kata derang dapat paling banyak sms pada pagi raya. Kiter dulu lawan2 saper paling banyak kad raya kan. Derang lak tang sms pulak. Tak pun wall saper paling banyak ucapan raya seperti ucapan hepi besdei. Eh, ada ke orang nak wish kat semua wall kawan2 dia ucapan hari raya eh? Tak kosser.
Cerita nostalgia aku ni takde kena mengena dengan puasa atau pun raya pada zaman dulu. Tetapi ada kaitan sikit dengan puasa tahun ini. Berkenaan bubur lambuk. Tapi aku bukan nak citer pasal bubur lambuk.
Masuk semalam, dah 3 kali aku dapat makan bubur lambuk free. Terima kasih la kepada rTim yang buat shooting kat sini. Tak pasal2 derang terpaksa masak bubur lambuk untuk mendemokan mesin pengacau bubur lambuk itu. Akibatnya, dapat lah aku makan bubur lambuk sebanyak 2 kali. Selalu derang buat sekali jek setahun.
Bila aku makan bubur lambuk, aku perati lah sebijik2 kekacang yang dimasukkan ke dalamnya. Ada kacang tanah, kacang kuda, kacang V (peace) hihi peas dan jagung serta lobak (mix vege la). Langsung aku teringat... *effect kabur dan beralun2...
Mula2 sekali aku teringat pasal kacang tanah. Masa aku kecik2 dulu, abah ada menanam pokok kacang tanah. Kat kebun belakang rumah cik yasin. Pada suatu hari, kami pun pergi ke situ untuk mencabutnya. Tak ingat pulak pergi ngan saper. Semasa pulang, hujan turun dengan lebatnya. Entah macamana aku yang kememeh ni boleh menangis sepanjang perjalanan pulang itu. Dalam hujan. Gaduh ngan yayu kot. Kan aku salu gaduh ngan yayu kan hihihi. Huuuuuuuuuuuuuu gitu. Sedang aku berjalan dan menangis dengan syahdunya, tiba2, aku terlanggar pokok. Durian kot. Kat belakang rumah cik asri. Tu lah, jalan tunduk lagi. Kan dah terlanggar pokok. Maka, makin kuat lah aku menangis HUUUUUUUUUUUUU!!! Ok, tak sedih sangat.
Kacang kedua yang aku terkenang2 ialah kacang kuda. Masa kecik2 jugak, abah selalu merebus kacang kuda. Kami suka. Pernah juga beliau melakukan cubaan menggorengnya, tetapi ia menjadi keras seperti batu. Kesian abah. Tetiba. Aku memang kesian bila teringat perkara2 yang abah lakukan semasa mak dah takde. 5 tahun tau. Tu belum kisah jurujual gores dan menang yang banyakkk menyentuh hati ku. Kesian abah. Lagi. Ok, tak sedih sangat jugak.
Satu lagi kekacang yang aku teringat2 ialah jagung. Eh, jagung kekacang ke? Lebih kurang la. Masa kecik2, abah ada menanam pokok jagung. Kat kebun bawah pencawang tnbi dekat simpang semencu. Jagung tu jenis manis naturally. Jadi, bila direbus, tak perlu lah taruk gula. Pada suatu hari, entah saper tah pegi taruk gula dalam rebusan jagung itu. Terus jadi tawar. Terus tak laku jagung tu. Sedih oh. Ye lah, kan kiter penat menunggu jagung tu berputik, membesar dan masak. Tetiba bila nak dimakan, ia jadi sedemikian rupa. Ok, pun tak sedih jugak Eh, aku ni nak cerita kisah sedih ke?
Dan kekacang terakhir yang aku terkenang2, ni kira yang paling tragis la bagi aku. Kisah pasal kacang tanah jugak. Masa kecik2 dulu, kami selalu beli kacang pedas. Alaaa kacang yang sira sambal tu. Pada suatu hari, kami menyuarakan hasrat ingin memakan kacang pedas ini secara banyak kepada abah. Lalu, abah pun pergi lah beli kacang dan cuba membuatnya. Sedih la pulak. Sementara tu, kami seperti biasa adalah bermain tak hingat dunia selagi abah tak panggil balik makan dengan jeritan si hen ma daaa takkan balik punya. Bila kami balik, kami terus lah pergi ke dapur untuk menyaksikan hasil kacang pedas yang abah buat. Tapi, alangkah runtun hati ku (eh, saper kami dalam citer ni eh? aku ngan yayu lah kot?) bila melihat abah sedang menumbuk kacang tanah. Abah nak buat sambal kacang!!! Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedih nyaaaaaaaaaaaa!!!
p/s tiba2 ada elemen hari raya di situ. sambal kacang=raya :)
Thursday, 18 August 2011
Kisah Si Bubur Lambuk
Hasil karya AyunasiA pada 10:21 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Huaaaaaaaa....x ingat ler cite pasal sambal kacang tu..tp pasal terlanggar pokok tu ingat aarrr..
selepas tu tak ingat abah teruskan buat sambal kacang ke tidak. tp mmg sedih la bila teringat balik. rasa bersalah jek. ingat lagi org tanya, abah nak buat apa? sambal kacang lah! laaa......
Post a Comment