Dah lama aku tak merasai keseronokan balik kampung dengan menaiki bas ekspres. Seronok ker? Seronok sebab terasa seperti ada orang menunggu2 kepulangan kiter. Dulu masa kecik2, aku tertunggu2 abang2 dan kakak balik. Bila tiba giliran aku berada di perantauan, huh! dah takde saper nak tunggu aku. Cuma perasan je lah ada orang tunggu. Sedih. Tapi aku nak cerita jugak kisah suka duka aku balik raya semasa jaman sekolah dulu.
Pertama kali berpuasa di rantau orang ialah semasa form 4. Masa tu tak best sangat sebab dekat je. Sekolah aku kat kluang je pun. Takde bas ekspres. Jeles je tengok bebudak key el balik naik bas ekspres. Masa tu aku tertanya2 apa perasaan naik bas ekspres ek? Oleh kerana aku nak cerita pasal balik raya naik bas ekspres, maka kisah di jaman sekolah menengah ni boleh la di skip.
Kisah yang aku nak ceritakan ni berlaku pada tahun 1998. Masa tu aku balik beraya dengan kakak ku eita. Kiterang kan student yuitm. Lokasi stesen bas raya masa tu ialah di stadium nasional ke stadium merdeka tah, aku pun lupa. Tapi antara dua tu lah... dekat2 je kan. Dan kalau tak salah masa tu kami naik bas tambahan. Kot.
Jadi pada hari kejadian, kami pun berjumpa di basstandklang. Bukan bus stand di klang. Ni orang key el tau la kat mana. Bas yang kami naik tu bertolak pukul 5 ke 6 petang tah. Tapi petang la. Oleh sebab itu, kami terpaksa membeli makanan berbuka sebelum naik bas la kan. Aku tak ingat aku beli apa. Rasanya kuih kot. Dan eita pulak bawak creme caramel yang dimasaknya sendiri hihihi. Maka, untuk pergi ke stadium itu, kami pun berjalan kaki. Jauh tak jauh la. Dan bila tiba waktu berbuka di dalam bas, fuiyoh! creme caramel itu sudah bertukar rupa. Hancur lebur. Itu je lah kisahnya yang aku ingat hehe. Tak sedih pun.
Satu lagi balik raya yang aku ingat ialah semasa stesen bas raya (ke selatan) terletak di stadium nasi0nal bukit jalil. Entah, rasanya masa tu dah degree kot. Masa degree aku rajin pergi rumah abang tp. Jadi, pada hari kejadian, aku bertolak dari rumah abang tp. Dengan kata lain, abang tp anto aku la ke situ. Bas yang aku naik tu bas malam. Masa aku nak pergi tu, hujan turun dengan lebatnya. Oleh kerana tiada alternatif lain, maka kami pun meredah lah hujan itu dengan menaiki motosikal. Oh, sedih di situ.
Tahun2 yang lain aku tak berapa nak ingat. Maybe sebab yang dua ni bukan naik kat pudu kot. Tu yang boleh ingat tu. Masa degree aku selalu balik nak kete. Kadang naik kete kawan encik hairul, kadang naik kete kancil putih beliau. Nama je kete beliau, tapi orang lain yang bayo.
Pernah sekali raya tu kami konvoi dua kete. Boleh pulak, kami tumpangkan gelfren adik encik hairul yang study kat upm? Pelik ek? Kenal pun tidak. Kunun besok2 jadi ipar-biras la kot. Jadi, kami pergi ambik dia kat upm. Masa tu petang dekat nak buka juga la. Konon nak berbuka di melaka (?). Sekali tak sempat sampai. Maka, kami hanya berbuka air masak dalam botol pink 'yang aku bayangkan air bandung la kononnya' dan kerepek nangka (?). Ya, bakal ipar-biras tak jadi itu bawak bekal kerepek nangka. Oh, dia dengan kawan dia la, budak jb. Lepas tu kami berenti makan kat melaka. Aku pun lupa ya ke tidak benda yang aku citer ni sebab memang selalu gak kami balik berkonvoi. Yang mana satu tah. Tapi kami pernah la makan kat serkam. Time balik raya ni lah kot.
Sampai di johor, kami terpaksa menghantar kawan bakal ipar-biras tak jadi ni di tamantunaminah dan bakal ipar-biras tak jadi ni di rumah adik encik hairul. Bukan rumah dia, dia duduk dengan femli abang angkat dia. Eh, complicated lah! Kenapa tak hantar kat rumah dia terus? Sebab time tu dah jauh malam/pagi.
Ok, ni citer takde pekdah namanya. Kalau korang tak baca pun aku tak terasa.
Kini, balik raya bagi aku dah takde feel dah. Sebab dekat sangat.
Friday, 19 August 2011
Kisah Balik Kampung Ooo Balik Kampung
Hasil karya AyunasiA pada 10:00 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment