BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 10 August 2011

Wifi Kampung

Agak terkejut la jugak aku aritu. Masa kami makan kat kedai mail tu ari, tetiba encik hairul kata dia dapat signal bernama wifi kampung eto5. Wow wi! Kampung ku sudah maju ok. Ingat kan kat sarawak je derang pasang wifi kampung ni. Terasa begitu ceruk sekali kampung ku ini huhuhu.

Tapi, kenapa dia pasang kat area situ eh? Nak suruh pakcik2 yang lepak di kedai kopi tu bertenet kah? Ooo aku rasa derang nak membasmi budaya lepak di kedai kopi di kalangan pakcik2 supaya boleh diganti dengan budaya lepak di kopitiam di kalangan generasi ke-2 dan ke-3 pula. Jangan terkejut kalau pasni budak2 dah tak merempit lagi, sebaliknya berlonggok kat 'depan' dengan laptop, i pad, i fon, blackberi dan galaxi masing2. Fuh! Pastu ada pulak dibukak gerai2 ala uptown-downtown kat situ. Lagi meriah la bandar baru eto5 nanti. Walau pun tak ceria (sebab tak pernah menang anugerah lagi). Eh, semencu dah boleh bertanding semula la untuk anugerah keceriaan yang hadiah sejota hengget tu. Dah 3 tahun dah. Patut lah mil dah mula mengecat batu2 pasu2 segala. Pasni buat anugerah maha ceria pulak ek hihihi. Lawan antara pemenang2 setiap tahun tu.

Cuma sekarang ni aku tengah tunggu derang pasang wifi di seluruh kampung pulak. Pastu kalau keluar berita f3lda bangkrap, baru lah aku percaya hahaha.

0 komen: