Satu lagi projek mini untuk hari raya ialah lampu warene wareni. Ekceli setiap kali raya aku suruh encik hairul pasang, tak terpasang2. Last2 tahun ni upah je lah orang pasang. Nak pasang lampu ni pun kena tengok trend setempat jugak. Ada rumah tu pasang kaler kuning sahaja atau merah sahaja. Pastu baru ni nampak ada yang pasang dua kaler je pulak. Yang saing2 kami pun pasang merah putih. Tapi, menjadi aku yang bercitarasa unik (cerewet sebenarnya), mestilah nak lain dari yang lain. So, aku mintak dia pasang warna warni. Ekceli tukang pasang tu pun pasang kat rumah dia warna warni gak, tapi rumah dia baris belakang sana, takde saper nampak (dan takde saper nak tengok hahaha). Depan rumah aku lak kan laluan utama orang taman aku dan orang kampung paghitlapissempadan. Maka, kenalah over di situ. Kalau nak plain2 baik takyah pasang langsung kan. Buat bazir karen je.
Ehhh ni namanya meriah di hari raya ok. Nah, aku letak lagu ct sempena tema meriah ni ok. Kang tak faham pulak konsep meriah yang ingin ditonjolkan di sini hihi.
2 komen:
hihi...kitalah peminat lagu raya ct nurhaliza
selamat hari raya & maaf zahir batin
Post a Comment