BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 25 August 2011

Lagu Nostalgia Lagi



Pak Balik Pak by Melati

Sehari dua mak asyik pening kepala
memikirkan ayah tak ada kerja
dulu kerjanya ambil upah gali telaga
kini sudah tak larat katanya dia/pula

tiap pagi ayah ke kedai kopi
jumpa rakan- rakan sejati
lagaknya bagaikan ahli menteri
cerita tentang masa kini

mak kebingungan apa harus dilakukan
dia bimbang takut adik kelaparan
mak masak bubur nasi dicampurnya pisang
bubur satu pinggan makan 5 orang

mak menyuruh ku panggil ayah pulang
mak takut ayah kelaparan
nanti tak sempat makan mukanya masam
macam harimau kelaparan

Pak balik pak
bubur pisang dah masak
balik cepat pak cepat
jangan terlambat

Pak balik pak
kita menggali ubi
nanti malam perut kita tak berisi

ke sana sini puas aku mencari
rupa-rupanya ayah di kedai kopi

ku lihat di kedai kopi riuh sekali
masing-masing dengan gaya tersendiri

lupa segala anak isteri
makan minum isteri yang cari
minum kopi duit isteri yang bagi
tak bagi duit isteri dicaci..

4 komen:

ayza ukashah... said...

asal tetibe lagu ni?

AyunasiA said...

tetibe teringat. terus gugel 'lagu pak balik pak bubur pisang dah masak' hihi.

ayza ukashah... said...

kak su nyanyi gak...tapi lirik salah tu

Cikgu Nana said...

si melati tu dah jadi suri rumah sepenoh masa.....anak 2 orang...
Kawin dengan anak jiran aku....tiap2 raya jumpa...
mesti dia menyesal sebab hari yang sama sign agreement dgn production, hari itu juga dia patutnya daftar kat itm.....emmmm...nasib2...