Sejak beberapa hari yang lalu (dalam seminggu lebih gitu), air paip di rumah ku sudah semakin laju. Laju gila! Mula2 tu aku ingat biasa lah, pagi2 time sahur, memang la laju. Tetiba masa mandi pagi tu, eh, eh sampai ke pintu pulak air ni. Iyang bener?
Ada kebaikan dan keburukannya. Yang baiknya, proses mencuci baju menjadi lebih cepat. Ini pasti menggembirakan hati suami ku hehe. Tapi yang buruknya mungkin bil api dan air akan meningkat. Ye lah, bila air laju, meter tu pun laju lah kan. Bil api meningkat sebab time mandi tu kena kuatkan temperature heater tu. Apa2 pun kena tunggu bil bulan ni.
Bila air dah laju ni, aku teringat lah pulak peristiwa semasa aku duduk di kolej terataii 4 (kot. aku pun lupa nombor kolej tu sebab asik berpindah randah je). Masa tu ada kerosakan kat toilet kami. Entah, paip pecah ke haper tah dan mengakibatkan paip air di dalam toilet (untuk cebok) menjadi terlalu laju. Satu hari, ada sorang akak ni cakap,
"Air ni laju sangat, boleh pecah dara* aku". Hahaha...
Thursday, 25 August 2011
Boleh Pecah D...
Hasil karya AyunasiA pada 3:23 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment