Dia da bising2. Asik baca blog orang jek. Bila nak update sendiri punye laks? Ala, aku tgh tengok2 version mak2 punya blog. Baru tau mende apa nak tulis. Tapi, yg banyaknya cite psl anak2. Aku ni, anak tekak jek ada la. Takkan nak cite kot. Sabo la wak. Nanti ada idea besh2 kite tulis pasal awak je la ek?
Ari ni, ingat nak gi pasar, tapi terbangun lambat. Kalau gi pun tinggal anak2 ikan ngan sayur2 layu je la. Gi esok je lah. Aku ni tak keje pun gi pasar seminggu sekali. Mana taknya. Kete sekarang dia bawak gi kelas. Patah la kaki aku. Dulu dia tak kisah pun gi naik moto. Skang je, moto tu dah cam tak larat nak jln jauh. Dari umah nak ke KUi**** 1/2 jam. Kalau ujan tgh jalan, kekadang dia patah balik umah, tak gi kelas. Sian dia. Masa aku keje kat ganu, selalu dia cite basah2 baju. Tapi demi menuntut ilmu didada, di teruskan jugak. Takpe lah, bersusah2 dulu. Lom rezeki aku nak dapat keje wat masa nih. Lagi pun, kalau keje sekarang, tak dapat la aku ikut dia gi German tgk bola piala dunia nanti ek:)
Uish, aku ingat cite 24 tu abis semalam. Tgk2, ada satu episod lagi ari isnin. Tak sabonya aku nak tgk. Memang benci tul ngan Sherry, ex-wife presiden tuh. Opsss sebenarnya dia dah bising2 sejak aku tgk cite tuh. Dah la cite tu stat kol 7. Bila dia balik surau kol 8, aku baru nak solat Maghrib. Asik kena pukul je la... Takpe, aku suka kena pukul. Ala2 urut gitu. Lelama insaf la nih... Abis cite ni sok, aku dah tak nak tgk da cite numbers tuh. Niat dulu. Buat lom tau lagi. Yg penting, bila da niat baik, da dpt pahala. Buat, lagi dpt pahala. Kalau niat jahat, lom dosa lagi. Da buat jahat baru dosa. He? tol ke camtu?
Da sebulan lebih tak balik kampung. Kali terakhir balik masa raya aji. Tu pun balik umah aku sehari, terus balik kg mersing. Tak singgah umah dia sebab femli sume raya umah BIL kat nilai. Tapi, masa nak gi nilai tu diorang dah singgah umah aku pun. Cuma aku je rasa bersalah sebab masa diorang nak bertolak tu, aku tertido. Kecik ati ke my MIL tu ek? Da lama dia tak datang sini. Jangan la dia kecik ati. Ampon mak... Raya cina pun tak balik. Minggu ni cuti mid sem pun tak balik gak. Bukan tak nak balik, ongkosnya short la bulan nih. Aku ni memang malas nak balik kalau takat 2 hari hujung minggu nih. Kalau balik umah semenchu, mesti mak suruh balik at5 gak. Kalau balik at5 jek, lagi la cam tak masuk akal kalau tak balik semenchu. Aku memang tak kisah berapa lama tak balik pun. Aku da biasa. Sejak belajar, aku memang balik 4 kali setahun kalau takde event apa2. 2x cuti mid sem, 2x cuti sem. Bila keje plak, memang keje kat tmpt yg sama ngan belajar. Cuti pun ikut2 gak ngan student. kalau masa kelas susah nak dpt cuti. Tapi bila ingat pesan Wakru (?), baru aku rasa nak balik.
Rupanya dalam dunia ni memang ada org yg suka amik kesempatan atas orang lain, even tak kenal pun org tuh. Pagi tadi dia dapat sms. Biasa lah, aku ingat dari 10000, nak bagi tau ada bonus ke, apa ke kan. Aku pun tak teringat nak tgk no yg bagi sms tuh. Dia kata dpt bonus rm 10 sempena ulang tahun. Aku tanya dia, ada register ke kat internet sampai besdei pun dia tau? Masa aku guna DG dulu memang aku reg, so memang dpt bonus tiap tahun. So, dia pun buat la cam yg dia suruh. Rupanya, dia buat airtime share. W***u lah! Sib baik la tak byk sgt. Tapi kira banyak la kan kalau dr balance tggl 18 jadik 8 je kan. Huh... memang tak selamat la sape yg buat keje jahat tuh. Sedia je lah sport shoes nak kena kejar ngan note merah kat akhirat nanti. Huh... geram nya. ( Cam kredit aku lak bunyik marah nya ek)
Petang tadik kuar jap. Da lama aku tak kuar. Ada takde, gi pasar. Ari lain, aku memerap jek la. Tadi gi pasar malam kat pesta. Sampai skrg aku musykil pesta apa nya tempat tuh. Sebenarnya tak de benda pun nak beli. Saje je jenjalan. Last2, beli kebab ngan air tahu n tahu panas (taufufah ek?). Aku memang suka makan tahu panas nih, tapi aku sejukkan dulu. Kalau ikutkan air soya tu pun panas gak. Entah lah...
Baju raya!!!
Jangan tak caya. Baju raya aku dah siap 2 pasang. Baru je raya dah buat baju raya ek? Aku memang jarang buat baju kurung. Aku buat baju untuk ari raya jek. So, sume baju kurung, aku panggil baju raya. Pastu, lepas raya akan jadi baju keje. Since aku tak keje, baju raya tahun lepasnya masih baru lagi lah. Sebab pakai masa raya jek. Ada lagi sepasang aku da siap gunting n jahit tepi, tinggal nak cantum jek. Kalau ikutkan, satu ari pun bleh siap, tapi lom ada momentum nak memulakan je. Kalau da start, aku susah nak beenti, selagi tak siap. Dan yang menyebabkan aku malas nak start tu bukan apa, menyepahkan umah je. Kan kalau jahit tu ada benang lebih2 kan. Pastu ngan tape la, jarum peniti, kapur, macam2 benda lah yg bersepah. Huh... Ni pun ada sepasang baju kakak aku suruh buatkan, tak siap jahit lagi. Since dia tak bagi dateline, aku pun sambil lewa je la. Teringat masa nak kawin dulu. Da la aku kawin saing kakak aku, banyak la benda yg aku kena jahit. Tabir bilik aku ngan tabir bilik dia jek da buat aku sakit2 bahu. Aku ni jahit, selagi tak siap, sanggup tak makan. Bayangkan aje lah kalau tabir untuk bilik 10x10. Kain dah la berat. Berlapis2 plak tuh. Tu pun aku stat jahit 6 bulan sebelum majlis. Penuh gak lah hall kat umah sewa aku dulu masa aku membega2 kain tuh. Tu tak kira terbalik lah, jarum patah, benang terbelit. Memang mencabar kesabaran. Dah la mesin jahit aku tu, takde brand punye. Bila2 masa je leh terburai. Kalau mesin tuh baik, ok lah. Tak sakit ati. Kalau da asik putus benang je, kuar gak lah sumpah seranah kat mesin tuh. Isy... buatnya betul mesin tuh rosak, padan muka aku. Itu lah barang pertama yang aku beli masa keje dulu. Alhamdulillah, dia tak pernah rosak yg sampai tak leh guna. Cuma da takleh control speed je. Kena concentrate btul2 masa jahit sebab menonong je jarum tu jalan. Takut tercucuk jari.
Saturday, 18 February 2006
Hasil karya AyunasiA pada 8:47 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment