Nostalgia la pulak; Asrama
Aku dan dia adalah kawan sekelas di sekolah menengah. Makanya, kerap kali jugak la kami bernostalgia pagi2, petang2 dan malam2. Tapi, cite nostalgia zaman sekolah tu terputus setakat tahun 1995 jek sebab lepas tuh aku & dia masuk asrama. Ops...kami sekelas cuma setahun 3 bulan je. September 1993-Disember 1994.
Kenapa aku masuk asrama. Pertama, adik beradik yg lain sumer masuk asrama. Aku pun nak gak. Eh, ye ke sebab nih? Kedua, aku nak improve BI. Biasanya, belajar kat sekolah yg bagus, cikgu nya pun bagus gak. Ketiga, nak lari dari ex-pakwe yg menjengkelkan. Keempat, nak belajar berdikari.
Aku masuk sekolah berasrama penuh pada 9 Januari 1995. Asal kejadiannya, abah takde bajet nak antar aku gi asrama. Kalau duk umah, kan jimat. Aku bukan makan banyak. Belanja sekolah, baru 50sen sehari. Bas sekolah 9 hinggit sebulan, potong gaji abah setiap bulan. Kenapa aku nak susahkan abah? Nak antar aku gi asrama je dah makan belanja yg banyak. Aku ingat, mak kata, ada simpan 500 untuk aku masuk asrama. Abis sumer pada hari pendaftaran. Banyak tul belanja untuk aku. Tapi, lepas masuk sekolah tu, aku dapat sebab kelima aku masuk asrama, aku nak sijil berenti dan testimonial ngan lencana sekolah tuh.
Berbalik pada hari pendaftaran. Dia masuk asrama seminggu awal daripada aku. Aku dapat surat dari SBP pada minggu dia nak gi asrama. Aku ingat, aku akan pegi lagi ebulan ker... Rupanya, seminggu lepas tu, surat dari sekolah plak sampai. Aku ingat, hari Khamis. Hari Jumaat aku uruskan pertukaran sekolah. Hari Sabtu gi beli barang keperluan asrama dan terus duk umah pakcik yg akan drive kami ke asrama pada Isninnya.
Ari Ahad sebelum gi tu, dia call kat umah pakcik. Dia baru abis orientasi. Terkejut dia bila tau aku da nak pindah sekolah. Aku pun ingat hubungan kami akan terputus begitu saja. Rupanya, bila da berjauhan, makin rapat plak. Ceh... macam rindu menjadi sayang la ni.
Bila da duk asrama, satu perkara yg tak pernah aku buat selama ni ialah study. Masa duk umah mana ada prep. Belajar pun ikut suka je, nak ke tak nak. Hasilnya memang berbaloi.
Aku bukan student popular kat sekolah tuh. Kira low profile. Biasanya yg popular nih, ada 2 sebab. Satu, pandai giler. Dua, cun. Memang aku fail kedua2nya. Kalau bab pelajaran, aku masuk grup tgh2 la. Kalau ada program pemantapan memang aku ter miss la. Mana taknya. Program tu biasanya untuk yg pandai2 supaya bertambah pandai, ataupun yg corot2 supaya improve sket. Yang tgh2 ni, selalu terpinggir. Tapi, bila result spm kuar, Alhamdulillah aku masuk gak dlm kelompok elit tuh. ok what? Tak payah popular pun.
Masa kat UiTM, aku duk asrama sampai abis diploma. Tu pun ada masa tak jadi resident tetap pun. Kekadang jadi 'setinggan berdaftar'. Yang penting dapat makan free. Aku memang tak kisah langsung makan nasi kawah. Aku rasa, sedap aje. Ada gak org yg komplen bila dapat ikan jaket kan... Ala, da la free, nak komplen plak. Syukur sgt sebab aku duk kat kolej yg tukang masaknya antara terbaik dlm UiTM ni. Memula Seroja 1, Seroja 3, Seroja 2, Teratai 4. Time kasih banyak la kat UiTM sebab membesarkan aku ek...
Wednesday, 15 February 2006
Hasil karya AyunasiA pada 12:34 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment