Puh! Puh! Berhabuk habis blog ni. Oleh kerana aku baru lepas menyapu kat rumah, aku pun nak menyapu kat blog ni. Mop sekali bagi kilat.
Sabtu 9/12/2006
Abang dah confuse dah. Esok ke, ari Isnin busu nak gi Haji. Kira punya kira. Laaa ari ni lah. Esok kan 10hb. Dia kena check in kul 7.30 pagi. Tengahari, pergi pasar jap. Pastu pegi BP Mall punya ofis. Tanya2. La.. tak design pun lagi kiosk nya.
Malam, lepas makan baru kami pergi rumah busu. Sebelum tu singgah klinik Min. Tutup pulak ari ni ngan esok. Cuti2 Malaysia lah tu. Then, terus ke Muo. Mak yang sibuk2 suruh tido sana. Kata meraikan orang tu. Takkan main antar je kan. Yelah mak. Kami pergi lah ni. Sampai sana diorang tengah makan. Abang pun makan lagi sekali. Aku dah tak selera. Sakit tekak + hidung. Batuk + selesema.
Lepas tengok Natasha, cari2 port nak tido. Memula abang cadang tido kat depan tv. Bila aku dah landing, nenek suruh masuk bilik. La…banyak pun bilik kosong. Abang mengurut ngan Tok Man pastu tengok badminton beregu final. Menang. Kul 1.30 gak baru diorang tido. Kul 2.30 dah bangun. Nak bertolak kul 3 rancangnya. Mak ai... awalnya.
Lepas siap2 segala, bergerak lah beberapa kereta. Kami bawak mak je. Lelain banyak yang kosong. Sumer nak pergi naik kete sendiri.
Ikut tol Ayer Hitam. Kuar tol Kulai, berenti. Bincang2, nak berenti Petronas. Berenti lah kat Petronas belah kanan yang kami singgah makan ais krim aritu. Kendian, konon nak terus ke airport. Sampai dekat2 simpang IOI, abang Ani call. Diorang balik rumah dulu. Suh kitorang singgah. Abang Ani nak tumpang sekaki. Maka kami pun singgah. Subuh dan minum2 kat situ.
Dah bawak mak, kul 6 dah sibuk nak pegi airport. Takut terlepas masa bersama adik nya lah tu.
Maka, kul 6 lebih gak kami pergi airport. Ikut jalan dalam. Sampai situ, semua lepak kat satu tempat.
Huhahuha, In, Sapit, Saleh ngan abah datang pulak. Dalam kul 8 gitu, busu n uncle pun masuk dalam. Kami pun, blah lah.
Singgah rumah abang Yus pulak. Abang Yus adik abang Ani. Wife dia orang AT5 gak. Abang Ani aka Cikgu Nizam ni bekas cikgu sekolah Semenchu. Tapi dia tak pernah ajar akulah. Makan soto ngan bekal yang dibawa dari Muo. Mak2 tu sumer tak tido malam tadi. Excited gitu.
Dalam kul 10 lebih gitu, semua nak beransur. Kami pun sama. Bawak Saleh. Dia nak balik Segamat. Aku duk belakang, baring, tido. Tak sedar hapa. Sedar2 dah sampai Ayer Hitam. Sampai2 jek terus Saleh naik bas dan terus bas jalan. Kami terus balik ke BP.
Tak ingat petang tu buat apa.
Isnin 11/12/2006
Petang, lepas makan sesikit, kami bergerak ke Nilai. Singgah klinik Min dulu. Pastu singgah Singer mintak quotation. Jumpa sedara abang, Samsiah, jumpa aritu kat rumah nenek. Singgah Muo lagi, hantarkan telekung mak, semalam tertinggal dalam kereta. Minum2 dulu, lepas Asar baru bergerak semula. Lalu ikut jalan biasa. Cari kedai gambar, semua dah tutup. Sampai rumah Ngah kul 10 kot. Terus makan. Borak2, kul 12 gitu baru tido.
Selasa 12/12/2006
Pepagi Subuh lagi dah bangun menyiapkan segala yang tak siap. Pukul 9 baru keluar. Cari kedai gambar, tak bukak lagi. Fotostet sijil kat Seksyen 8 BBB. Tak kisah lah. Pergi je. Sampai sana, terus parking tempat aritu, dekat aquaria. Dalam lif lagi Nani tu dah call. Rupanya yang call aku selama ni budak yang sama2 kursus. Dia baru kerja kat PUNB, so dia kena join kursus yang aku pegi tu.
Tunggu sekejap, akupun masuk dalam bilik interview. La...tak macam interview pun. Panelnya yang lebih2 membebel. Aku mengiyakan aje. Yang pasti dia tak bagi aku bukak kedai. Hm….
Pas abis tu, kami ke Berjaya Time Square. Ada festival batik. Borak2 ngan sorang manufacturer ni. Dah generasi ke 3 tu. Banyak dapat ilmu pasal batik dan bisnes batik.
Pastu, kitorang gi Jln. Masjid India pulak. Orang PUNB tu suruh survey kat situ. Dia kata kat situ boleh dapat lagi murah. Sekali jenjalan, lagi mahal ada lah. Dah ada bumbung rupanya kat depan masjid India tu. Macam kat Petaling Street. Penat berjalan kat situ, terus balik. Tak pergi pun Mydin besar tu. Kebetulan time ofis tamat. Tak berani lah nak jammed kat situ.
Sebelum balik pergi Istana Budaya. Ngah kirim tiket teater kanak2 Ali Baba. Beli 5 percuma 1. Hujan lebat time kat situ. First time aku masuk Istana Budaya tu. Ok gak tempatnya. Teater ni murah je. RM10 satu. Tapi ada caj apa entah 1.50. Sementara cuti sekolah ni, diorang nak bawak Ain jenjalan. Kan Ain dah sekolah kat Kuantan sekarang.
Balik tu lalu jalan biasa. Sampai umah Ngah dalam kul 6 lebih. Saing2 ngan Kak Ngah. Malam, lepas lepak2, makan2, kami pun bergerak. Kul 10 lebih. Sepanjang jalan aku tido jek. Sedar2 dah sampai. Hehe
Rabu 13/12/2006
Petang kami ke Ayer Hitam. Nak buat survey. Penat aku mengambil gambo. Telefon beberapa orang. Last2 tersuka kat satu kedai ni. Tingkat 1. Strategik tapi sebab kat atas, takut PUNB tak bagi. Balik kul 7 terus makan kat Sup Sitam.
Khamis 14/12/2006
Memula ingat nak tengok kedai. Dah janji ngan owner. Sekali terpaksa cancel. Banyak benda nak uruskan sebelum tengok kedai tu. Petang pegi ronda2 BP. Cari kedai cermin, kedai peralatan kedai, kedai signboard, MARA.
Jumaat 15/12/2006
Petang pergi Ayer Hitam. Tengok kedai tu. Besar. Boleh main badminton kat dalam. 22x70. Macam saiz rumah Ngah. Owner pun ok. Jenis tak kisah. Janji jangan letupkan kedai dia, sudah. Cakap kat dia, by end of this month kitorang bagi decision.
Sabtu 16/12/2006
Aku pergi Ayer Hitam sensorang. Balik dah dekat kul 7. Malam gi Summit. Beli barang sikit. Pastu makan kat Idaman. Tak sedap sangat lah pulak.
Ahad 17/12/2006
Pergi AH ngan abang. Habis shooting, balik dekat Maghrib, terus masak.
Isnin 18/12/2006
Tengahari aku pegi kelas. Hihi belajo ukur badan ngan buat pola sesikit. Cenggitu kat sekolah tingkatan 2 pun dah belajo. Balik aku gi beli kain 2 meter kat Kah Bee. Nak buat blouse. Cantik2 kain kat Bintang Emas.
Kul 5 lebih Nani PUNB tepon. Dia dah diskas ngan Pn Sher tu. Tak boleh bukak kedai. Home based jek. Huargh!!!
Balik tu keluar ke K4 pulak. Beli lauk sikit. Dah lama tak makan ikan patin. Sejak tengok berita pasal ikan patin, dah tak beli. Sekali tengok kat K4 cam menyelerakan jek. Terus beli sekor. Kecik je.
Balik terus masak ikan patin asam pedas. Sedap nyer... Bertambah nasik. Abang boleh hirup2 kuah asam pedas. Apa tak nya. Selalu aku tak beli daun kesum. Kali ni siap daun kesum sekali. Lagi lah sedap bau nya.
Selasa 19/12/2006
Pergi kelas tapi tak de cikgu. Rumah cikgu banjir. Balik terus ke rumah. Malam keluar makan kat Seri Kenangan. Pedasnya mee...
Rabu 20/12/2006
Kak Uni berlepas ke Mekah hari ni. Petang pergi kelas, pun takde. Dah malas nak gi sekolah lah cenggini. Cikgu kena pindah ke pusat penempatan banjir. Balik gi cari pau. Jauh tu, sampai ke Tongkang Pecah. Kendian singgah Kemas BP pulak Pun takde cikgu. Kelas start tahun depan. Tak kisah lah. Lagi pun nanti abang dah start kerja, camane plak aku nak pergi kan. Baik pergi sekali ngan abang, Boleh belajar pagi petang. Cepat sket abis.
Khamis 21/12/2006
Tak mo gi kelas arini. Minggu ni cuti. Tengoklah minggu depan. Kalau rajin pergi lah. Kalau tak tahun depan je lah.
Thursday, 21 December 2006
Hasil karya AyunasiA pada 4:43 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment