Friday, 27 June 2014

World Cup Brasil 2014




Cawan dunia datang lagi! Kali ni aku lebih teruja sebab satu, sepak mula berlangsung pada hari jadi ku (tapi kat jepun dah masuk hari besoknya). Dua, aku tak kerja. Maknanya boleh tengok bola tanpa rasa menyesal sebab mengantuk besok kena pergi kerja. Ni kira kali kedua lah aku tengok welkap ni dalam keadaan tak bekerja. Dulu pertama kali masa welkap germany 2006. Afrika 2010 tak dapat follow sangat sebab kerja tapi ada kenangan manis. Ingat lagi tak yang aku main netball pastu menang tu? Haaa tu time welkap 2010 la hihihi.

Sebelum welkap bermula, macam biasa lah, sibuk dok cari jersi. Tengok yang ori kat sini bih kurang 8000yen selai. Tu untuk saiz aku. Rege dia ikut saiz. Kalau untuk encik suami dekat 1mang. Jersi jepon lagi lah mahal! Memang tak ar nak beli yang ori kan.

Lalu aku pun membelek la jersi yang dijual online. Kat mesia lah semestinya. Mana lagi nak dapat yang ori lah sangat dengan harga murah kan. Dan terjumpa lah sorang member ex-semejay yang jual kat fb. Boleh je lah. Masa tu lagi sebulan nak welkap. So, aku ingat nak suh dia pos ikut darat je supaya tak lah mahal sangat. Lama lagi kononnya.

Sekali tunggu punya tunggu, sampai ke hari jadi ku pun stok tak sampai2. Jauh sekali nak pos ke jepang! Adeh la... Ni lah masaelahnya berurusniaga dengan kengkawan ni. Nak marah pun tak boleh. Kalau orang lain boleh gak kiter fire kan dia hehe. Dan sejak itu aku dah redho. Takde rezeki lah nak memakai jersi ketika menyokong Nal ku. Macam lah ada beza, kan...

Last week, member tu bagitau, stok dah sampai, tapi dia terpaksa pulang balik sebab logo senget ke hape tah. Last2 dia dapat pos pada hari jumaat lepas. Poslaju lagik! Sibbaik dia kasik diskaun, bayar pos rm50 jek. Dah pos tu, tinggal tunggu je lah kan. Harap2 sampai sebelum semalam sebab last game pagi tadik. Sekali semalam balik kelas dapat slip pos. Dia dah hantar, tapi takde orang kat rumah. Kena ambik kat yubin. Jauh plak tu. Encik suami pulak bizi semalam sebab hari ni ada zemi. Maka sampai ke sudah lah aku tak dapat memakai jersi yang sama dengan Nal ku. 'Ke sudah' sebab pagi tadi Nal ku dah pun bungkus balik kampung. Sedih tengok muka dia. Syian ye...

Bayangkan, dia masukkan 1 gol, tapi reaksi dia macam tak gol pun. Toye je, senyum pun tidak. Menang game ni pun takde erti apa2. Tengok aksi dia tumbuk tanah selepas setiap cubaan gol gagal. Alahai... Derang sepatutnya kena tambah 1 gol je lagi. Mata dah sama ngan usa. Bilangan gol pun sama. Tapi bilangan bolos pulak yang lebih. Ni sumer salah muller! I hechiu!

Dah terlambat...

Setengah kilo je pon mahalnya la hai poslaju ni...

Oleh sebab itu, lepas ni aku terpaksa berpaling arah kepada yang lain. Holand. Aku nak holand menang. Kat sini derang panggil oranda. Kan derang takde huruf L. Ni baru betul sokong pasukan. Yang tu tadi sokong individu je hehe. Alah, 2010 pun sama jugak, Nal balik kampung awal. Rilek ar... sobsobsob.

Okeh, berkenaan welkap. Macamana kekdah aku menonton welkap ni? Tengok kat tivi! Ada beberapa siaran yang tayang bola ni. Tivi nhk. Sebelum2 tu beberapa kali orang nhk ni ketuk rumah aku nak kutip duit yuran siaran dia. Rupanya tivi biasa pun kena bayar. Ingat dah bayar bulan2 525yen tu dah settle dah.

Sebalang popcorn untuk 2 match. Tetiap hari kena buat... dah boleh bukak pawagam dah.

Game untuk peringkat liga ni bermula jam 1 pagi. Pastu kul 4 pagi, 7 pagi dan pernah 10 pagi. Kecuali yang pukul 10, semua aku pernah try tengok. Yang first tu brazil lawan mexico kot kan, pukul 4 pagi. Sesuai sangat time tu sebab lepas subuh takyah tido. Tapi aku lagi suka dan lagi banyak kali tengok yang pukul 1 pagi sebab abis je game, terus masuk waktu subuh. Kul 2.50 pagi. Pastu boleh terus tido. Tapi bangun nyer tu toksah lah tanya pukul berapa kan... hehe. Aku tengok je semua game selain portugal ngan holand. Masa ni lah nak kenal asal usul players. Eh, terkejut aku aritu tengok klose masih main lagi. Ingat dia dah pencen dah. Rasanya dia dah main sejak jepun/korea 2002 kot. Sebab sebelum kenal Nal aku suka Klose hehehe. Pompuan!

Untuk bulan puasa ni pun memang sesuai tengok yang pukul 1 pagi tu. Sambil2 tengok bola boleh sahur. Eh, salah. Sambil2 sahur boleh tengok bola hihi. Lain maksudnya tu.

Okeh, besök bermula pusingan 16 aka pusingan kalah mati. Bermula dengan brazil vs chile serentak dengan uruguay vs colombia. Besoknya baru holand vs mexico. Sibbaik holand main pukul 1!

Jumpa lagi!



0 komen: