Hujan Di Tengah Jalan
Aku balik dari BP last 2 week, tengah jalan, hujan lebat. Aku pun pasang wiper paling laju. Entah macamana, tetiba wiper tu tanggal. Aku baru tukar wiper tu, selepas tak pernah tukar selama 4 tahun. Mana aku tahu wiper murah senang patah. Kebetulan yg patah tu yg belah driver. Hujan lebat, lori banyak dan aku meninjau2 jalan dari belah penumpang sebelah. Tak ble jadik, aku berenti. Hujan da slow sket. Aku pun cuba letakkan wiper pada kedudukan asal walaupun pemegang nya da x cukup kuat; patah. Tak sampai 5km, dia tanggal lagi. Kali ni kena berenti kat tempat yg ada orang. Bahaya. Zaman sekarang aku da tak takut hantu, manusia lagi bahaya. Cari punya cari idea, akhirnya kena tepon dia. Pompuan, memang tak geti berpikir waktu kecemasan, lebih2 lagi berkaitan ngan kete. Akhirnya dapat pun solution. Kebetulan gak aku nak bawak balik silotep dari rumah pagi tadik. Patut la aku nak bawak, rupanya ada kegunaan. Maka aku pun balut wiper ngan silotep dan aku pun meneruskan perjalanan tanpa was2 sambil berterima kasih kat dia dalam ati. Patut la aku kawin ngan dia...
0 komen:
Post a Comment