BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 21 December 2010

Terus Patriotik!

*AWAS! Entry berbaur errr entah. Tapi awas je lah.

Felda lagi! Lagi2 felda. Berita malam tadi pun pasal felda. Derang jeles ni... Jangan lupa, kesenangan peneroka hari ini adalah atas jerih perih titik peluh mereka suatu ketika dahulu yea. Lagi pun, bukan lah senang mana. Cuma, duduk goyang kaki tiap2 bulan dapat hasil je. Senang ke? Derang dah tua ok. Kesian la. Pengurusan tertinggi felda tu umpama peha kanan ok.

Itu ari aku telah membaca majalah felda edisi suku tahun keempat tahun ini. Kalau masa kecik2 dulu nama majalah tu peneroka, kuar tiap2 bulan kot. Majalah yang selalu kami buat sampan dan main kat parit selepas hujan. Now namanya ICT. Bukan information and telecommunication technology. Entah, aku pun lupa apa. Isu kali ini banyak mengulas mengenai kes saman oleh peneroka felda terhadap felda baru2 ini. Bila tah. Mulanya aku tak faham pun apa kes sebenarnya. Katanya ada masuk paper, tapi, tak pernah pulak aku baca. Memang lah patut. Aku pun dah lama tak baca paper hehe. Selepas di baca dari kulit ke kulit, baru lah aku faham ceritanya, langsung berasa sangat patriotik dan bangga menjadi anak penerockers! Yeyay!

*Muka depan majalah tu ada gambar seorang pakcik ni sedang berdoa. Bila aku sampai ke kulit belakang, aku tengok ada gambar 2 orang perempuan bertelekung sedang menadah tangan jua. Rupa2nya kulit depan dan belakang tu satu gambar, satu keluarga sedang berdoa selesai solat. Aku pun berkata, "oh, satu gambar." Bila encik hairul baca pulak, aku melihat gelagat yang sama dengan perkataan yang sama juga hihihi. Agaknya beribu2 orang membuat perkara yang sama kot hihihi.

Meh aku ceritakan mengenai kes itu menurut pemahaman aku.

Kes ini difailkan oleh kira2 300+ orang peneroka felda kem@hang. Kalo tak salah aku felda ni kat kelantan. Tanah merah ke pasir mas, gitu lah. Menurut ceritanya, felda ni agak mundur dan penerokanya agak dhaif. Ye lah, negeri tu sendiri pun agak mundur, apatah lagi felda nya. Aku cuba compare kan felda aku lah. Negeri johor ni agak maju, jadi feldanya jugak tidak lah begitu mundur. Boleh gitu? Kira berkadar langsung gitu.

Maka, apabila kehidupan dhaif, tak dapat lari dari masalah sosial. Bukan lah maksud aku asal dhaif je, masalah sosial. Orang kaya pon ada masalah sosialnya sendiri. Cumanya, dalam kehidupan dhaif, gejala sosialnya mudah menyerang. Ye lah, zaman sekarang, segalanya duit. Umpamanya, kalau kata dalam femli tu ada 9 anak, 6 orang daripadanya penagih, tak ke teruk tu? Kesempitan hidup dianggap punca masalah ini.

Kenapa felda lain boleh maju, tetapi tidak felda itu? Adakah mereka cuma mendapat 5 ekar tanah seorang? Tidak. Sama juga macam peneroka lain, 10 ekar. Adakah tanah di sana tidak subur lalu hasil tuaian sawit menjadi kurang? Tidak juga (tiada isu ketidaksuburan di situ). Adakah harga sawit di sana tak sama dengan tempat lain? Pun tidak juga. Harga ditetapkan oleh badan bebas mp0b. Jadi, apa masalah yang berlaku sebenarnya?

Menurut apa yang aku faham, semasa memasuki felda, para peneroka ada menandatangani perjanjian yang antaranya berkaitan penjualan hasil kepada kilang felda sendiri. Bukan tak boleh jual diluar, cuma, kalau begitu, samalah macam kisah buaya dihempap pokok, kerbau (kerbau ker lembu?) tolong mengangkat kayu itu, kaki kerbau pula digigit. Sekarang pula, pada musim2 tanam semula, mereka diberi pilihan untuk menanam sendiri atau serah pada felda sahaja. Bukan tak boleh tanam sendiri, tapi kalau ok takpe. Kalau kantoi? Mungkin betul, orang kata ada ketirisan dalam aktiviti tanam semula ini, sebab ianya di 'outsource' kan. Istilah kronisme mungkin berlaku. Rasuah juga. Tetapi, itu bukan alasan untuk menyaman felda sebanyak RM11 juta! (*pembetulan: dalam site felda kata, 7.8juta je)


Kes yang disebutkan lebih kepada menuduh felda menipu peneroka dari segi penjualan hasil sawit yang dijual di kilang felda dengan harga rendah. Selain itu, kebajikan peneroka juga dikatakan terabai dan mereka teraniaya. Sebabnya, mereka terpaksa menghantar sawit ke kilang milik felda dengan harga rendah. Kalau hantar kat kilang selain felda, harga nya memang lebih tinggi, tapi kilang mereka kecil, tak mampu menampung bilangan hasil tuaian yang banyak. Cuba bayangkan kilang semencu tu. Semua peneroka eto4, eto5 dan semencu hantar sawit ke sana. Katakan satu rancangan ada 500 peneroka. Masing2 bergilir menuai 10 hari sekali. Jadi, mungkin dalam 200 orang dalam satu masa. Kalau sorang hantar 2 tan (aku pun dah lupa berapa tan selalunya). Dah 400 tan. Tu baru eto4. Belum eto5 ngan semencu. Ok, sekarang ni semencu tengah tanam semula. So, eto4 ngan eto5 je. Tu pun dah 800 tan.

Itu mengenai kuantiti. Bagaimana pula dengan kualiti? Kilang felda mengikut sepenuhnya piawai yang ditetapkan oleh mp0b dari segi kualiti tandan yang diproses. Kalau dulu disebut BTB (buah tanda baik). Maksudnya, hanya buah yang cukup masak saja yang akan diterima. Yang muda2, ko makan la buat bingka ke, cekodok ke. Tak la. Maksudnya, kilang swasta, kita tak tau macamana prosedur kualiti dia. Lagi pun, kan ke pokok sawit itu dan tanah ladang itu asalnya pemberian dari felda. Tiba2, dapat hasil, ko jual kat orang lain. Memang lah, sekarang ni, kebanyakan peneroka dah mendapat geran sendiri. Kiranya, dah rete aku, suka hati bapak aku lah nak jual kat mana pun. Ko peduli haper? Tengok tu. Pandai pulak berlakon anakku sazali di situ.

Bukan macam tu pakcik. Pakcik ni duduk kat mana? Tanah rancangan felda kan? Pakcik ada saham kpef kan? Mana datang keuntungan pelaburan tu, kalau bukan dari hasil tanah pakcik dan bapak saya tu? Ada lah sikit2 dari hasil2 lain, tapi, core bisnes kita kan ladang. Memang lah, kalau nak dikirakan, setakat pakcik sorang, 7 tan sebulan, tah2 sebotol minyak saji pun tak penuh. Tapi, tu kalau pakcik sorang. Kalau seribu lagi macam pakcik? Pakcik kena ingat, pakcik tu bukan muda belia lagi. Saya tak kisah, dah tak duduk felda dah. Macamana dengan jiran saya, jiran pakcik dan jiran encik saleh yang memang duduk di felda hingga ke akhir hayat tu? Anak cucu pakcik pula bagaimana? Kalau semua orang jual kat luar, cemana felda nak bina gelanggang futsal untuk anak cucu pakcik main malam2? Eh, apa yang aku karut kan ni? Dah keluar tajuk dah ni.

Ok, berbalik kepada kes saman tadi. Sebenarnya, macamana mereka boleh begitu berani? Kalau pakcik2 ni pandai sangat bab saman menyaman ni, mesti derang dah jadi loyer kot kan? Tidak lah jadi peneroka kan. (Bukan memperlekehkan ibu bapa kita. Dalam kes ini, kita pun faham tahap kemampuan mereka) Menurut ceritanya, mereka ni di'bantu' oleh sekumpulan peguam yang kalau boleh lah dikatakan tidak bertanggungjawab. Dan mereka juga dikatakan telah menandatangani perjanjian dengan peguam ini di mana, antara isi kandungan perjanjian itu adalah:

1. Kos untuk memfailkan kes ini ditanggung sepenuhnya oleh peneroka2 ini. Dengarnya, setiap seorang kena bayar rm50, padahal peguam ni kena bayo rm50 je untuk failkan kes. Sepatutnya derang bayo sorang 2 posen je. So, mana pergi lagi rm50 x 299 orang tu?

2. Samada menang atau tidak, kos guaman ialah rm5k sorang. Kalau 300 orang? Tak rm1.5m? Pastu, persen kemenangan pula kalau tak silap aku 30% kot? Bukan kalau dapat rm11 juta, derang dapat rm3 juta? Pakcik kayooo!!!

3. Sepanjang kes berjalan, segala kos ditanggung peneroka2 ini. Dengarnya lagi, peguam ini masuk felda dengan merz menjalar. Sedangkan peneroka ini, nak pergi mahkamah pun siap sewa kete ramai2 lagi. Peguam ni? Tido kat hotel mewah lagi.

4. Tak boleh tarik diri! Katalah ada yang berubah fikiran, tak jadi nak join menyaman, kena jugak bayar rm5k itu. Kejam!

Dan beberapa lagi yang aku dah lupa hehe. Oklah, aku cakap banyak pun tak guna. Kes itu pun dah selesai. Derang dah pon menang kes itu. Katanya, semasa perbicaraan, peguam bagi pihak felda telah menarik diri dan tidak hadir pada hari perbicaraan, langsung hakim membuat keputusan tanpa sempat mereka membela diri. Dan setelah dikira2, setiap peneroka memperoleh rm25k sorang jer. Ya, nak beli viva pun tak lepas. Tak tau lah felda dah bayar ke belum. Tapi, yang pasti, sekarang ni, peguam2 tadi sedang dengan rancaknya hendak wakili sekumpulan lagi peneroka di n9 (s3rting) kalau tak silap, untuk menyaman felda sebanyak RM200 juta. Pengsan!

Hmmm nampak gaya macam dividen kita tahun ni kurang lah bang.

p/s aku dah baca banyak mengenai kes ni dari internet. aku rasa derang nak hasil macam pekebun kecil, jual sawit, terus dapat duit bersih, tapi tak sedar di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. dicomplicatedkan pula dengan figure2 technical, bts la kpg la. haihhh... kalau aku jadi derang, malu dah nak tinggal kat tanah rancangan tu.

5 komen:

kakLuna said...

tu la kdg2 keadilan x dpt ditegakkan krn peguam itu yg pandai selok belok by the book. bkn krn mereka benar.

Anonymous said...

Menurut ceritanya, felda ni agak mundur dan penerokanya agak dhaif. Ye lah, negeri tu sendiri pun agak mundur, apatah lagi felda nya.

saya rasa tak boleh dikatakan negeri kelantan mundur disebabkan felda tu yang kurang maju.... kelatan vs johor. Johor lebih cepat membangun tapi sayang tanahnya dah banyak jadi hak milik cina. kelantan kurang maju, tanahnya masih hak org melayu. Jangan bangga sangat dengan kemajuan yg dikecapi.

Sorry sy pun bukan kelantan tapi berhati2lah dengan kata2 anda

kakLuna said...

puan anon jgn lah cepat melatah...perkara bab negeri tu bkn lah point utama entry ni...saya faham je maksud puan ayunasia..bkn dia nak banding2 negeri...tp perbandingan sikap...sbnrnya,semua felda boleh maju andai warganya bijak amik peluang, belajar serba sedikit ttg pengurusan....pk cara nak majukan lagi ladang..dinamik..kerjasama..ni tidak..belum menginsafi diri dah bertindak nak menyaman..sdgkan kerugian, kemunduran itu dtg dr diri sdiri..peguam mmg bijak memanipulasi krn pengalaman2 lepas mereka tahu peguam felda x pandai berhujah, wpun sbnrnya x semestinya felda tu salah...

AyunasiA said...

ehemmm...

HappyIrfa said...

Menurut ceritanya, felda ni agak mundur dan penerokanya agak dhaif. Ye lah, negeri tu sendiri pun agak mundur, apatah lagi felda nya.

tak heran..dalam rancangan Bersamamu pun selalu tunjuk org semekin dr negeri 'tu' jugak..

emm sib baik saya org N9..kan Luna?