Monday, 13 October 2014

Entri Cuci Mata: Terpergi & Tertengok Bunga Cosmos


Kenapa ter? Sebab tak plan pun nak pergi tengok dia. Nak tengok benda lain, tapi ingat kat tempat yang sama. Rupanya tempat lain. Jadi, dah terlanjur tersampai tu, tertengok la. Tercosmos lah kiranya ni hihi. Sikit punya banyak ter ke... Aku pergi ni semalam, hari Ahad. Hari sabtu semua sekolah tadika/taska buat hari sukan sekolah. Rupanya hari ni cuti hari sukan. Macam baru hari jumaat najib umum hari sukan negara mulai tahun depan, kan? Sabtu pertama bulan november ke apa tah. Memang cuti pun. Agaknya derang kumpulkan semua kemenangan dalam sukan dalam tahun tu, dan dibagi cuti hari ini. Contohnya, menang piala thomas itu hari hihi.

Dan oleh kerana semua serba ter belaka, maka aku pun takde idea nak citer apa. Tapi aku terpesona lah juga dengan kecantikan bunga cosmos ni. Dia ala2 sweet gitu.  Bila tengok tu rasa macam, awww shoshuit! Sebelum ni aku pernah nampak bunga ni kat depan dai. Sikit jek, tapi sweet sangat lah bunga ni. Melambai2 meliuk lintuk gitu. Over di situ.

Aritu masa tengok bunga tulip, aku macam tertanya2, apa derang buat selain dari musim bunga tulip ni? Rupanya derang ganti dengan bunga lain. Kiranya lepas abis bunga cosmos ni, derang akan tanam bunga tulip lah balik kot. Macam tak sangka, tempat yang sama, haritu penuh dengan tulip, hari ni penuh pula dengan cosmos. Best nyer... Next season aku ingat nak pergi taman2 yang lain lah pulak. Ni pun sepatutnya bulan ni lah kalau nak tengok bunga bulat2 warna merah kat hitachi sana. Jauh sikit lah... 6 jam ...perjalanan, macam dari kl balik kota gitu. Encik suami pulak macam tak berminat nak pergi. Hmmm... Tahun depan ek???

Okeh, jom layan gambar. Aku tepek semua kat sini sebab sayang nak simpan sendiri. Enjoy!

Jumpa perarakan apa tah kat tengah jalan. Perarakan hari sukan, ada kaitan tak?


Macam takde kaitan jek.

Itu dia! Tower di kiso sansen park. 

Sampai2 je, terus nampak benda bulat2 kaler merah ni. Haaa ni lah kot pokok bulat kaler merah kat hitachi tu. Kot. Oh, bukan 5 ketoi, tapi 11 ketoi. Ingat tak tempat ni aritu penuh dengan tulip merah putih?

Tapi tak berapa bulat la. Tak merah sangat pun ya jugak.

Ok, dah check nama dia, KOCHIA.

Bunga kot. Yang hijau tu macam daun.

Lantana! Apa citer lah pokok bunga aku kat kampung ek? 

Rasanya aku takde yang kaler ni.



Lembut warnanya.











Maknusia adalah sangat ramai. Derang berkelah kat situ. Ada gerai2 jualan barang kraftangan juga. 









Ah! Melting...

























Kosumosu Dowaafu Senseesyon (Cosmos Dwaf Sensation kot bunyinya)





























Ini cosmos juga. Kibana kosumosu katanya.




Orang tu tengah cari tempat yang nak pergi tapi terpergi sini tu.














Vibrant.


Banyak lebah kat spesis ni.

Anak2 depa.

Kosumosu Sanpamichi tak tau makna.














Kaki buluh.

Boleh tempah kaki buluh.

Memang sesuai untuk seisi keluarga.


Dah... tempat yang sepatutnya nak pergi tu aku tunjuk dalam entry seterusnya lah ye...


1 komen:

nazayiena said...

cantik bunga tu.