BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 7 October 2014

Aidiladha Ke-2 Di Perantauan


Ini merupakan kali ke-2 aku menyambut raya haji kat sini. Tahun lepas aku sampai sini 10 hari sebelum raya. Raya pulak hari selasa, memang langsung takde rasa raya. Cuma hari sabtunya baru kami buat gathering raya kat meikodai. Tahun ni pulak, dah elok raya jatuh hari ahad, tapi takde ura2 nak bergather2 pun sampai lah ke sudah. Akhirnya kami beraya sesama meidai je lah. Mula2 plan nak berkumpul kat rumah dak kohai yang baru pindah bangunan kami ni, sekalinya jadi berkumpul kat rumah aku pulak. Tahan napas iols!

Asalnya solat raya nak dibuat di sebuah taman dekat minato, sekali hujan pulak pagi tu. So, solat kat masjid lah nampaknya. Terpaksa lah jadi bertrip2. Kalau kat taman tu boleh lah sekali harung jek kan.  Kami pompuan2 ni pulak memasing konon nak join, tah cemana gedebuk gedebak terus tak jadi. Erm...

So, start pukul 12 tengahari, mereka pun berduyun tiba lah di rumah ku itu. Sibbaik aku tergerak hati nak kemas rumah sementara derang gi solat tu. Malam tu balik dari menganggur dah pukul 9 kot. Terus aku memasak beriani kambing ngan ayam masak merah. Siap dalam pukul 1 pagi gitu, tido dan bangun pukul 5 lebih, terus masak nasi pulak. Pung pang pung pang, pukul 8 jugak baru siap. Kerja sangap je lah aku satu hari tu huhuhu.

Tapi, aku tetap bersemangat nak berhari raya sebab tak sabar nak pakai baju raya baru! Eh, baru teringat aku ada sepasang lagi baju kurung yang tak pakai lagi. Bawak ke tahun depan je lah kot. Tak pun wat pakai gi tadarus hiks. First time aku pakai jubah di hari raya. Macam best pulak. 

Mula2 sekali datang sekumpulan rakyat mesia yang tidak kukenali. Derang jumpa kat masjid, terus ajak beraya bersama2. Derang ni staf sony, pastu ada kawan2 datang melawat ke haper tah. Ini lah nama jodoh pertemuan ajal maut di tangan Tuhan, kan?

Macam biasa lah, cerita melalui gambar jek senang, kan.

Almira dan arissa menggayakan jubah jahitan ku. Rasa semacam bila tengok orang pakai baju yang kita jahit.  Salah satunya rasa macam nak kena judge hahaha.

Arissa, sebelum kejadian tumpah air huhu.


Antara menu terawal sampai. Yang last2 terlupa nak ambik gambar.

Keropokmoni

Ayam masak merah versi 5.03

Ayam masak merah versi 5.07 hehe

Beriani kambing versi 5.03. Sebelah kanan tu versi 5.07. Boleh, masak menu sama? Nak seprais kunun. Pui!

Makaroni bakar kot ni

Nasi ribut phanfone ke hape tah namanya hihi

Nasi takut yang tak berapa nak beriani

Tah yang mana satu yang keje sony, yang mana datang melawat kawan tah

Izinkan gambar ini berulang sebab malas nak pilih dan upload lain kat picasa





Tak nampak pulak jubah my di sebalik almira tuh hehe

Hah! Ada pun gambo makanan seluruhnya. Ketupat palas betul pun ado. Tapi takde sorang pun yang masak lodeh. Kurang raya di situ.

Tiba2 terlupa keluarkan acar nenas dari peti. Sibbaik masih awal, tapi kira terlepas first round jugak la.

Adam-kun dah besarrr

Macam sama ngan gambar masa raya puasa




Otoko bersama group visitors

Yang pompuan. Yang tengah tu muka macam familiar..

Wifey Nagoya (nama group line) atau Nagoyan wifey (nama group fb) hahaha

Potong kek besdei pun ado...

Nampak tak kekepochian di situ? huhu

Lepas asar, gadis2 undergrad pulak datang

Tiba2 wujud photo booth kat bilik makan kami. Jalur selari dari langsir membawa ke karpet katanya. Boleh bagi nama 'kamar jaluran' sebab ada jalur gemilang juga di situ (rujuk gambo atas2). Cantik, kan, langsir iols? hahaha. Next time kena buat signage comel2 tu, kan? Saper laaa yang nak membuatnya tu.

Tuan rumah pun nak duduk bersanding juga

Eceh...

Pang pang kompang kompang. Nak kena pang?

Salam Aidiladha to uols readers!

Acara berakhir kira2 jam 7 malam kot. Baru lah boleh lepaskan napas. Pastu encik suami yang kemas sumer... sementara aku mempengsankan diri. Sejam je tapi. Beliau vakum rumah pun aku tak sedar. Pastu tido balik sebelum pukul doblas pun senang je lelap. Tak cukup tido 8 jam kan... ekekek.

Sekian...

2 komen:

azira aziz said...

Hahaha resepi pun ikut resepi bryani kambing 503
😁😁😁

AyunasiA said...

azira aziz: tu dah kira beriani kambing versi 5.03.02 dah tu hehe