Haaa ada gambo baru lah feel nak ngapdet belog ni.
Acara menganggur ni sepatutnya berlangsung awal bulan 9 tu ari. Sehari selepas aku balik dari memfuji. Tapi oleh sebab terlalu penat-takut-takde-mood, maka aku tak join lah derang menganggur. Padahal masa tu lah tengah peak season nya pun. Buah tengah banyak dan variety, daun tengah hijau, kebun tengah gelap. Pastu minggu depannya aku ingat nak pergi, tapi takde geng. Tak best lah pulak kan. Jadi aku pun beli la anggur kat supa jek. Ingat tahun depan je lah nak pergi sebab dah komfem tahun depan aku takkan panjat fujisan lagi dah kan hihi. Sekali terpergi jugak hari sabtu lepas. Hari ulang tahun pertama kami menjejakkan kaki di jepun. 4 Oktober 2014. Mula macam malas nak pergi sebab takut tak sempat nak memasak. Besok nak raya oi! Tapi sebab dah plan nak masak 2 jenis lauk jek, maka aku pun menyempatkan lah juga pergi menganggur ni. Lagi pun tempat ni tutup pukul 4 petang. Maka, tak mungkin lah akan balik lewat malam. Malah, sempat pergi bookoff lagi balik tu.
Kami sampai sana lebih kurang pukul 1.30 tengahari. Derang dah kenyang anggur dah. Bayaran masuk lebih kurang 1700yen seorang. Kira2 4 gugus anggur lah tu. Jadi dah set kan, sorang kena habiskan 4 gugus, baru lah berbaloi! Tak terpikir pun nak tapau bawak balik. Sidik amanah tabligh fatonah betul masing2.
Waktu kami pergi ni buah pun dah tak banyak. Tinggal jenis yang warna pepel jek. Masa derang pergi bulan lepas ada yang hijau dan yang kecik2 tu. Manis2 pulak tu. Eee geram jek. Next year memang aku nak pergi time cuti merdeka! Eceh, macam lah orang sini tau ko cuti apa. Ye ye jer dah plan untuk next year. Tak ingat ke nak kena tempoh winter dulu? Oh tidak!
Okeh, layan gambo...
|
Pemandangan dari atas pokok. Tak, maksudnya pandangan atas pokok. Dari atas jalan. |
|
Pandangan sisi |
|
Kebun anggur encik yamana. Terletak di Okazaki, lebi kurang 45 minit perjalanan dari nagoya. Kat kawasan ni ada banyak kebun. Boleh singgah mana2 kebun yang kiter suker. Ikut rezeki la. |
|
Support system. Bila berada di bawah, jangan lupa yang di atas. Terbalik kot. |
|
Kebanyakan dahannya gunung daik bercabang dua. |
|
Parking bawah pokok anggur. Area sini semua buah dah habis. Tinggal area hujung2 jek. Bayangkan time tengah banyak aritu... sure best punyer! Tapi time tu tak boleh la park kat bawah ni kan. Ingat boleh fefeeling drive through la tuh!
|
|
Sikit hari lagi gugur lah dedaunan ni. |
|
Hah! Derang kat situ! |
|
Petik yang hitam, jangan yang merah. Pesan okasan itu. |
|
Banyak kapel deting petik anggur hihi |
|
Anggur nak mandi |
|
Ku petik bintang2 |
|
Penganggur terhormat |
Dah, abis. Pasni citer raya haji pulak.
0 komen:
Post a Comment