Aku bersyukur sesangat sebab masa aku belajar dulu, belum ada fb dan blog nih. Dah ada, cuma aku je yang belum terjebak. Jadi, tumpuan boleh diberikan sepenuhnya kepada pelajaran. Setakat chatting2 mirc, alamak dan amboidotnet tu, takde la aku kemaruk sangat. Lagi pon, nak dapat semua tu memerlukan modal. Ada, lab computer yang free, tapi takde la sampai membawak ke malam sampai tak tido. Tu masa diploma. Nak guna komputer pon bukannya geti. Komputer yang ada kat lab, jenis sun microsystem, yang guna unix OS. Tau nya bukak email ngan netscape (internet browser). Pastu, bukannya geti nak explore. Setakat chatting guna telnet je. Tah pape. Masa degree, lagi lah aku takde masa nak bertenet depan komputer. Daripada aku mengadap komputer, baik la aku ngadap kekasih hati ku itu huhuhu. Itu lah dunia aku dulu. Tak berkembang langsung.
Bila dah hujung2 nak abis belajo, baru lah aku kenal komputer dengan lebih dekat lagi. Itu pun sebab aku buat final project guna visual basic ngan access. Daripada zero, satu haper pon tak tau pasal benda tu, boleh gak aku siapkan satu sistem maklumat.
Selepas grad, aku mula baca blog abang tp. Selama ni aku dengar je. Ada la satu hari tu aku ngadap blog tu sampai khatam. Tapi, masa tu lum dapat hidayah lagi nak buat blog sendiri. Sebab masa tu aku rasa macam susah je. Tak tau pon yang blogger ni ada template yang ready made.
Akhirnya, pada 31 mac 2004, lahirlah sebuah blog yang aku namakan @ku 1nsan biasa. Betul ehhh, tak pernah tukar pon tajuk blog tu. Very the setia. Buat blog pon takde apa2 expectation. Just sebagai tempat meluahkan perasaan. Alahhh aku kan jenis senyappp je. Mesti orang tak tau apa yang ada dalam kepala otak aku, kan? Nah! Kat sini lah korang tau semuanya. Pada masa tu, aku sedang bekerja di uitm as a contract lecturer. Yang aku ingat, aku buat blog tu kat bilik komputer yang sejuk giler. Terbayang2 lagi di ruangan mata suasana ketika itu. Masa tu juga, buat pertama kali, student cuti semester selama 3 bulan sebab uitm dijadikan pusat latihan khidmat negara. So, lecturer pon takde la keje sangat. Tu yang sempat membuat blog tu.
Dan hari ini, genap lah enam tahun usia blog ini. Pernah bertukar template +- 5 kali and still counting. Setakat ni aku selesa ngan pyzam. Tengok template scrappingblog tu, memang cantik, tapi, tah, belum bersedia nak ke sana. Tahun depan kot. Ok, aku nak review balik arkib ku itu. Tata!
p/s sebenarnya aku nak tulis benda lain. last2 jadi entry anniversary plak. cer tengok ayat pertama tu, 'aku bersyukur...'. sebenarnya ada perkara yang aku syukuri. next time yea.
Wednesday, 31 March 2010
Aku 1nsan Bias@ Berusia 6 Tahun Hari Ini
Tuesday, 30 March 2010
Saya Bangga Kerana Dia Staf U7HM
Ayang bangga tak?
Kenapa pulak?
Ye la. Kalau tak, ada orang lain yang bangga.
Elehhh.
Rupa2nya, aku tak keseorangan menggilai encik hairul itu. Aku rasa, aku memahami kerana aku juga mempunyai banyak sebab untuk menyukai nya. Ewahhh jack lebih2 nampak. Ye lah. Bila suami kita diminati oleh wanita lain, kenapa pula aku nak pelik? Sedang kan aku pun kemain angau lagi meminati beliau. Kalau tidak, takkan lah sampai kami berumahtangga, kan? Jadi, aku memang menerima hakikat bahawa suami ku itu mempunyai daya penarik terhadap wanita. Fuh! Kipas abis nih.
Masa baru2 kawin dulu pon, masa dia buat master, ada seorang kawan sekelas yang cuba2 mengorat. Tapi, bila mengetahui yang dia sudah beristeri, terus wanita itu mengundurkan diri. Terima kasih ya. Takyah aku susah2 nak halau dan tepis. Pandai bawak diri. Anak siapa la nih.
Cumanya, wanita2 tu pon, kok ye pon nak ngorat, cermin dulu lah diri sendiri tu. Ok, kalau cukup cantik, lemah lembut, sopan santun, boleh la, isi borang. Takat ada skill menyawit, buat tapai dan pisang salai, tak cukup lagi tu dek. Takat modal ladang sawit 10 hektar dengan mitsubishi storm pon tak cukup lagi beb.
Kenapa demanding bebeno? Bini ko yang sedia ada tu pon bukan ada semua tu. Nyawit? Kutip buah peroi geti lah. Tapai dan pisang salai? Takat makan pandai lah. Ladang sawit 10 hektar? 10 ekar tu adalah, tu pon abah punya. Mitsubishi storm? Jauh panggang dari api. Sebab itu oramputih cakap, the best woman win. Pernah dengar?
Selama ni aku sabar je. Walau bertubi2 cubaannya, cuba meragut kebahagiaan ku, aku diam kan saja. Paling kuat pon aku mengamuk, merajuk 2-3 hari, menangis dan ok, teruskan hidup macam biasa. Tunggu je lah bila2 masa cubaan itu datang lagi. Dari satu sudut, dia berjaya. Berjaya menggoyangkan sedikit keyakinan dan kepercayaan aku. Tapi, takde lah sampai 6 scala richter. Setakat opocot! je. Kemudian, aku kembali tegak berdiri. Nyamuk pon kalau gigit, sehari dua je bintat. Masuk hari ketiga, dah hilang dah.
Sepanjang tahun ini dan tahun lepas, memang banyak kali dia cuba mendapatkan aku untuk berbincang. 'Menyelesaikan masalah'. Saper punya masalah nih? Semuanya aku abaikan begitu sahaja. Bulan lepas, dia call tapi aku takde sebab pegi ptk. Kat opis ni, 2 je orang luar yang akan telefon aku. Yayu, atau dia. Tak mungkin yayu yang call sebab mesti yayu tau aku gi ptk. Semalam, dia call lagi. Kebetulan aku yang mengangkat. Lepas aku letak, orang lain pulak yang angkat. Sempat la dia memesan, minta aku luangkan masa bertemu dengannya. Dan seperti biasa, seharian aku kebingungan. Mujur lah sekarang ni cuti semester. Takde lah terbawak2 ke dalam kelas.
Dan seperti biasa juga, balik keje, aku terus mengadu. Kadang2 tu aku terfikir juga. Entah2 kali ni orang lain pulak. Kot2 abang memang ada girlfriend lain.
Mana ada. Melainkan kali ni dia pasang penyiasat persendirian pulak. Kot2 tu PI?
Hmph! Masa ni lah juga aku boleh korek cerita. Kalau tak, aku pon malas nak membangkitkan isu ni. Aku tau, dia sentiasa call suami ku kat opis. Jadi, tak mungkin lah isu ni tamat begitu sahaja. Bagaimana cara suami ku menanganinya, itu yang aku nak tau.
Macam yang ayang suruh la. Terus letak, atau biarkan je dia abis kredit.
Ok, itu macam biasa sangat. Takkan takde cerita2 lain?
Ada 2 cerita yang aku baru tau.
1. Setiap kali dia datang ke rumah sewa, bila ternampak jiran sebelah, dia akan menjaja cerita. Kononnya encik hairul terkejar2 kan dirinya. Kononnya dia sudah dimandrem oleh encik hairul sehinggakan dia tergila2. Kalau gila tu aku percaya ar. Kononnya dia selalu mimpi dan tak dapat melupakan encik hairul. Siot je kan? Dah lah encik hairul tu dikenali seantero taman. Ditambah pulak dengan cerita skandal dengan penduduk taman sendiri. Abis, aku ni? Tak ke maruah ku turut tercalar? Kalau orang lain tu percaya citer tersebut, tak ke aku dijadikan bahan mengata? Tau je lah mulut ni kan. Mana ada insurans. Tu baru seorang jiran. Yang memang kenal rapat. Boleh la dia bercakap depan2. Mendapatkan kepastian dari yang punya badan. Tah, jiran rumah depan kiri kanan belakang yang kenal gitu2 je tu. Kalau dengar cerita sehangat begini, tak banyak sikit, mesti ada point2 yang masuk dek akal yang boleh dipercayai, kan? Perkara2 gossip ni memang best kan. Eeeeee dah macam drama pulak aku rasa. Maluuuuuuu!!!
2. Ni kisah kawan setaman merangkap kawan sekerja encik hairul. Katanya, pada satu hari, beliau pergi ke kedai gunting rambut. Sementara memotong rambut, isteri beliau duduk di luar kedai. Tiba2, datang seorang perempuan. Sebagai seorang yang peramah, perempuan itu bertanya kepada isterinya, duduk mana? What? w1ra jaya? Kenal hairul? Tu belum lagi jumpa orang u7hm. Semua nak ditanya nya. Kenal hairul? Siapa hairul tu? NC baru ker sampai semua orang kenal dia? Kepala otak berjambul.
Dengan orang yang tak dikenali pon dia boleh jaja lagi cerita yang sama. Konon nak menagih simpati ar tu. Padahal dalam hati tu, lihat lah dunia. Aku bangga mengenali seorang staf u7hm yang tergila2kan aku. Piiirah!
Pada hemat anda, apakah tujuan dia melakukan yang sedemikian? Menjaja kisah dirinya digilai oleh seorang lelaki, bekas penyewa rumahnya. Dan menunjuk2 seolah2 dia wanita suci hati dan peribadi, yang kononnya tidak bersalah. 'Dia yang datang rumah saya, mencari saya, walau pun tahu saya masih bersuami.' Hello!!! Laki aku datang ruamah ko sebab nak bayar sewa rumah la ngok. Tu pon 2 tahun lepas. Ada lah 2-3 kali kot. Selebihnya, ko yang gedik2 ketuk rumah tu mintak duit sewa, padahal kalau diikutkan, kami dah tak pakai dah kekdah manual ni. Orang bayar sewa pakai online banking je.
Ok, kalau pun dah terlanjur jatuh hati pada suami ku, adakah suami ku memberi respon positif? Orang dah tak nak tu, sudah lah. Ni bukan perigi cari timba lagi. Sendiri gali perigi, sendiri terjun dalam perigi. Takde timba2 lagi dah. Kalau korang sebagai perempuan, kena reject ngan boyfriend pon, mesti lah malu, kan? Kalau boleh takmo orang tau yang kiter kena reject, kan? Heeee ni tak tau la manusia species apa. Homo sapi sapien kot.
Walau apa pun, ada satu berita agak baik. Dia dah jual rumah no. 19 tu. Dah lama aku dengar berita ni, tapi selagi tak komfem aku malas nak war2kan. Ni katanya owner baru dah nak pindah dah. Penyewa di taman ni juga. Syukur Alhamdulillah. At least, takde sebab untuk dia menayang muka kat taman ni. Yang bestnya, owner baru ni pon tau cerita tu. Mau nya tidak. Kata mulut puaka kan.
Adoi.
Tulah!
Haaa padan muka. Marah lagi pada makhluk Allah. Dahhh blog yang kena tulah. Ini lah padahnya jika bersangka buruk sesama makhluk. Benda tu pelengkap ekosistem tau tak? Kalau kau tak tanam pokok, mana ulat tu nak cari makan? Ok, aku halalkan la daun limau purut tu. Tau ko takut aku nak masak tomyam.
Tapi, jangan bimbang, html ni semua ciptaan manusia atas anugerah ilmu dari Ilahi. Kita yang buat dia kan. Eleh! Takat sidebar lari2 ni, aku boleh kejar lagi la hihihi. Padahal dah menggelupur nak tukar template dah tadi huahuahua. Ok, boleh berenti surfing scrappinblog itu. Sibbaik aku telah dididik dari kecil supaya memanjangkan akal, memantapkan minda. Terima kasih cikgu, kerana mendidik saya sehingga menjadikan saya cerdik begini huhuhu. Tahniah abah, kerana dikurniakan seorang anak yang cerdik walau pun tak pandai cakap oramputih. Syukur Alhamdulillah. Mudah2an otak ku bertambah cerdas dari masa ke semasa, Amin. Ok, cukup lah memuji diri sendiri. Saper yang tak paham tu, diam2 sudah. Saper suruh tak masuk panggung awal2. Kan tak dapat tengok trailer citer yang abakal ditayangkan tahun depan.
Baik lah. Selesai sudah masalah sidebar yang menyorok di bawah post. Kita berbalik kepada isu semasa ya.
Ari jumaat lepas aku dengar sinar, topik emosi hari ini. Ada sorang caller tu cakap, saya menyesal! Citer nya gini. Malam tadi dia gi tengok wayang, citer kl drift 2 tu. Balik tu, kononnya excited la kan dengan aksi2 drift yang ditonton. Maka, bila jumpa traffic light, terus dibuatnya aksi tersebut. Pergh! Kembang siot bila gadis2 universiti memandang2. Tak cukup puas. Jumpa traffic light kedua, dia buat lagi. Lagi la kembang sebab banyak kereta kiri kanan depan belakang memandang2. Sejurus sahaja dia meneruskan perjalanan, nah kau! Tah apa kebenda bahagian kete kat bumper ke haper tah, patah pulak. Terusss malu sebab kejadian berlaku tak berpaa jauh dari traffic light kedua tadi. Hahaha padan muka.
Tak kelakar? Memang tak kelakar pun. Sebenarnya yang menarik perhatian aku dalam cerita ni ialah caller tu sebenarnya orang parit bingan dekat parit raja ni. Dan aksi tersebut dilakukan di traffic light u7hm dan traffic light parit raja. Jadi, aku dapat la membayangkan macaman situasinya ngehngehngeh.
Up next, kisah perempuan gila glemer.
Monday, 29 March 2010
Uuuuuu Jahatnya Dia
Kedelai
Sejak akhir2 ini, aku suka la pulak minum air susu soya nih. Beli sekarton, simpan dalam peti dan pepagi bawak gi keje. Lagi pon, nak mengharapkan aku turun makan tengahari tu kan, memang la lambat. Bukan lambat je, tak turun langsung pon selalu. At least, bila dah makan nasik lemak, ditambah pulak dengan susu soya ni, tahan la juga sampai ke petang.
Oleh kerana stok dah abis, aku pon pegi la menambah. Aritu pegi k4, takde plak susu soya nih. Abis ker? Kali ni pegi kat pasifik, jumpa benda ni.
Eh, cop cop. Apa tu? Susu kedelai? Adakah susu keldai? Keldai bukan ke bungol? Kalau minum susu keldai, tak kiter pon bungol sekali? Tengok rupa dah macam sama. Tapi aku ambil la jugak. Lagi pon kat kotak luar tu tulis susu soya kan.
Balik rumah baca ketika cinta bertasbih. Hero tu kan keje buat tempe. Ada lah part dia citer ynag dia pegi beli kedelai ni untuk dibuat tempe. Jadi, komfem la yang kedelai is soya.
Saspen!
Saspen sungguh! Aku ni antara pembaca blog seseorang yang merupakan seorang pegawai atasan di jabatan aku dulu. Tapi baca senyap2 je, tak pernah komen. Minggu lepas beliau kata, sedang memikirkan untuk menerima atau menolak tawaran kenaikan pangkat. Dan minggu ni pula, beliau sudah membuat keputusan untuk menerima tawaran itu dan bersedia untuk dihantar ke mana2. Yang aku saspen kan tu ialah, salah satu tempat yang dia katakan berkemungkinan dia akan dihantar ialah 'b@tu pahat'. Aiyokkk mungkin kah beliau bakal boss aku? Huuuuuu kebarangkalian 1/6 (kerana beliau menyenaraikan 6 kemungkinan tempat yang beliau akan dihantar bertugas). Bukan takde tempat lain, tapi, kalau dalam kementerian yang sama, mana lagi kalau bukan tempat aku ni?
Oh, aku takde masalah dengan beliau, cuma, mungkinkah blog aku akan terkantoi jua nanti. Kot la boss2 ni suka menggugel nama staf ke kan. Korang yang boss2 tu, suka tak gugel nama staf korang?
Saturday, 27 March 2010
Bekalan Air Berjadual
Friday, 26 March 2010
Entry Versi Aura Tak Mari
Thursday, 25 March 2010
10 Kilogram
Selepas ayat2 cinta dan sajadah cinta, aku berazam untuk membeli buku ni pula. Tak sabar nak baca, tapiiiiiiiiii bila ek???
Apa daaa beli 2 jek? Ni keluaran yang lepas2. Rugi je tak beli semua. Dah lah setahun sekali je, kan?
Ni kalau kawan2 beliau tau yang beliau kini membaca buku sebegini, mesti derang terkejut. Sedangkan beliau menulis kata2 hikmah di FB je pon kawan dah tanya, 'ko dah berubah ker?' hahaha. Kenapa? Tak percaya? Ye lah, dulu encik hairul ni jenis huhahuha jugak. Tiba2 je dah pandai berkata2 manis camtu, mana la kawan tu tak kompius kan. No la. Bukan huha rempit2 clubbing2 tu. Biasa2 je. Kira takde lah sampai beli buku2 seperti di atas kot hihihi. Semua manusia berubah okeh...
Wednesday, 24 March 2010
Kering Sampai Rangup
Okeh, mari kita brainstorm. Nak citer pasal apa? Sebenarnya aku baru je khatam membaca satu blog ni. Berbulan2 aku baca, baru lah abis. Nak tau sebab apa? Haaa sebabnya, blog tu 90% bahasa omputeh lor. Merangkak2 nak tangkap. Tak paham tak paham pon, teruskan jugak sebab seronok. See! Tak perlu menunjuk2 untuk menarik hati pembaca. Cukup hanya berbekalkan pengalaman hidup dan sedikit skill penulisan.
Haaa dah dapat idea. Mari kiter cerita pasal telur. Haha tiba2 je. Alaaa kan baru je musim kenduri kawen kan. Kira relevan la topik ni kan.
Masa kenduri kawen yang aku pergi ari sabtu lepas, aku dapat telur. Dah lama tak dapat telur kenduri kawen. Telur pindang pulak tuh. Pergh! Cecepat aku makan begitu saja. Nyum nyum. Meh mengimbas kembali nostalgia telur pengantin (please, straight eh).
Tuesday, 23 March 2010
Haven't Met You Yet
Monday, 22 March 2010
Permata Hijrah
Sunday, 21 March 2010
Kuning Mata Coklat Ku
Friday, 19 March 2010
Duit Ku Duit Mu Jua?
Sekarang ni, 'mu' itu juga sangat cekap dalam mempengaruhi ku agar lebih kerap berkongsi rezeki. Ada je cara dia nak suh aku perabiskan duit yang sikit tu, kan? Bukannya aku belanja dia pon. Biasanya aku beli barang aku sendiri, tapi dia yang suh beli. Paksa rela gitu. Kalau keluar weekend tu, asal aku cakap nak masuk kedai itu ini, cepat je dia kata jom! Bukan nya nak mengontrol isteri nya ni berbelanja secara berhemah. Lagi digalakkannya lagi ada lah. Tak cukup satu, disuruh beli dua. Yang aku pon satu. Lambat sedar. Bila dah keluar kedai baru la perasan yang diri ini sudah dimanipulasikan heheh. Ceria di dalam gundah gitu. Tapi, puas ati la juga, sebab abis2 pon, untuk diri sendiri. Tapi, kenapa begitu? Aku bukannya nak buat apa pon ngan duit aku. Lain la dia, memang takleh pegang duit banyak, nanti idea bercabang 4. Tapi aku? Abis2 pon memenuhkan lemari baju je.
Aku tau dia banyak menanggung perbelanjaan keluarga (hehe macam ada anak 10 plak bila tulis 'keluarga', padahal boleh je gantikan perkataan 'keluarga' tu dengan 'aku' hehe). Kete yang aku bawak hari2 tu pon dia yang bayar. Servis nya pon aku tak ambik port. Yang aku ambik tau sangat ialah, 'eh eh, meter ni dah cecah 84k la bang. Dah patut kena sebis nih.' Haaa bab komplen, bab mengingatkan, serah kat aku. Minyak je lah yang aku isi sendiri. Tu pon selalu buat2 terlupa bawak cc hihihi.
Macamana agaknya kalau aku cakap cenggini, 'abang, mulai bulan depan, ayang bayar kete, abang bayar rumah, okeh?' Wow! Mesti melimpah2 doa restu dipanjatkan kepadaNya agar aku dimurahkan rezeki, kan? Tapi? Takde pon. Sorry. Abis, saper suh takmo tukar kete honda civic, kan? Kalo dapat civic, mesti aku rela membayarnya. Huhuhu berani lah cakap sebab buat masa ni memang tak mampu nak beli hihihi. Semoga bila tiba masanya nanti, dia dah lupa entry nih hehe.
Dan yang terkini, aku telah dipow secara besar2an oleh 'mu'. Owh! Kalau tau nak kena pow, takde lah aku gi beli saham kpf tu secara tamak. Eh, tapi kalau dia tau aku ada duit banyak, lagi lah banyak yang kena pow ek? Patut bersyukur. Walau apa pun berlaku, aku adalah miskin saat dan ketika ini uhuks. Macam nak mengadu kat biro pengaduan awam jek la. Tajuk, 'pemerasan oleh kakitangan awam ke atas kakitangan awam yang lain'. Tak pon tribunal pengguna. Tajuk, 'penyalahgunaan wang pasangan dalam urusan awam'. Boleh tak? Kepada encik suami, ingat ni tau. Perkara begini boleh dijadikan bahan ungkitan. Sila behave.
Apa yang harus aku lakukan kini? Kena baring sambil letak tangan atas dahi, baru boleh jumpa idea2 canggih hihihi. Sebelum tu, idea spontan yang terfikir setakat ini adalah seperti :
Thursday, 18 March 2010
Alih Bahasa
Blogging Secara Sihat
Bukan mudah menggapai bintang di angkasa uyeahhh... Ewahhh... nak jugak bagitau yang aku mengikuti perkembangan semasa kan. Musim af yang terbaru sudah tiba. Siapa pilihan anda? Setakat ini, aku pilih yang nyanyi lagu faizal taher tu. Walau pun dia nyanyi tak sampai, suara dia ada sesuatuh. Macam akim ar last season.
Dan, bukan mudah juga menjadi blogger di arus perdana (mainstream?). Lebih mudah berada di bawah tanah (bukan 6 kaki), 'private' atau pon 'open to invited reader'. Baru2 ni, aku tertarik dengan konsep blogging secara terbuka, tetapi disable kan comment. Macam tu lebih mirip kepada konsep diari anak dara yang disimpan bawah bantal. Sorok2, tapi tak kisah kalau mak terbaca ketika mengemaskan katil, kerana boleh menyampaikan hasrat di hati tanpa memberitahu terus kepada emak. Bak kata ida nerina dalam filem sepet, that's the way she telling me without telling me la. Gitu. Alaaa part yang ida nerina bagitau laki dia pasal boifren si oked tu budak ciner, scene di atas ranjang tu.
Kenapa aku cakap cenggitu? Kenapa nak susah2? Ko sendiri yang menulis, ko sendiri la yang tanggung. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Abis tu, kalau aku tak buat rumah tu, tak berkembang la rangkaian sosial ku.
No lah, bukan masalah 'ada' blog tu, tetapi lebih kepada kawalan penulisan. Bukan senang nak menapis idea2 yang keluar dari benak fikiran kita. Nak pakai tapis halus ke, tapis kasar? Kalau pon dh ditapis, bila dah nama nya blog terbuka, sesiapa pon orang baru boleh muncul dan membaca. Yang tu kita salah kan dia lah, kan? Saper suh baca hihihi. Balik2 nak cari salah orang.
Tapi, kalau aku tak kenal blogger tu, aku tak kisah pon apa yang ditulisnya. Kalo suka, komen, kalo tak, just lupakan. Saper suruh ko baca blog orang? Aku suka je baca apa2 blog pon. Seronok gak menonton pelbagai ragam manusia. Boleh jugak dijadikan bahan gossip hihihi. Cuma kekadang tu, timbul juga persoalan di hati, orang ni takde benda lain ke nak tulis? Eh, sukati dialah kan? Blog dia? Sama ar jugak ngan aku. Sukati aku lah nak tulis apa pon. Ehehe tak tau apa motif aku ni. Nak cakap orang, tapi diri sendiri pon tak betul hihihi. Eh, sukati aku la, blog aku ngengehngeh.
Okeh, sebelum aku dibakar dan dibom dek korang blogger2 yang berhemat, baik la aku stop sekarang. Sebenarnya just nak bagitau yang aku dah berjaya mengamalkan blogging secara sihat iaitu, tidak mengkayakan orang yang semakin kaya sedangkan earning sendiri cuma naik rm1 sahaja untuk tempoh 1 bulan yang lalu hahaha. Tipah tertipu!!!
Tips blogging secara sihat, baca blog tersebut seminggu/sebulan sekali je secara marathon. Jadi, nanang akan kira sekali je hihihi. Tapi, jangan risau ek kawan2. Blogger2 yang baik hati dan mempunyai isi dan isu berilmiah aku akan bukak hari2 setiap jam. Biar korang kaya sikit. Blog2 takde pekdah dan yang niat blogging untuk menjana pendapatan je yang aku buat cenggitu. Tapi tetap baca jugak hihihi. Saje. Hidup kalo asik hepi je, bosan jugak. Ada dengki iri hati sikit2 baru best hehehe. Sila jangan ikut.
Wednesday, 17 March 2010
Chatting Dengan Suami
Sejak akhir2 ni, aku kerap juga berkunjung ke pasar malam bandar u tuh. Dah tentu2 lah akan bertembung dengan student2 encik hairul. Senang je nak kenal derang nih. Bila aku lalu sebelah je, terdengar la bunyi macam anak ayam cik cik cik cik, gitu lah hihihi. Bukan student aje, kawan sekolah lama pun aku jumpa kat situ. Padahal rumah member tu dekat je dari rumah aku, tapi tak pernah nyer nak datang menjenguk. Sudahnya jumpa kat pasar malam. Ok lah tu, kan?
Kalau student yang encik hairul memang ajar, derang ber cik cik cik cik, kan. Tapi kalau yang tak pernah ajar, setakat kenal muka je, tak tau nama, boleh plak kuar ayat nih, 'e'eh encik kak ul1n'. Apakah?
Actually ul1n ialah adik ipar ku yang dulu belajo kat ito jugak. Maybe bebudak tu junior si ul1n, tu yang dia panggil kak ul1n kot. Dah tu, tak tau pulak nama encik hairul, terus digelar nya 'encik kak ul1n'. Sabo je la.
Okeh, nak citer pasal chatting nih. Seingat aku lah kan, aku memang tak pernah berchatting ngan encik hairul masa zaman bercintan cintun dulu. Takde kesempatan dan kemudahan kot. Jadi, aku tak geti lah nak chatting ngan dia. Biasa bercakap terus je, samada melalui telefon atau pon sound direct jek. Kalo yang malu2 nak cakap tu, tulis je surat. Yang penting sampai maksud.
Semalam, aku ada cerita misteri nak diceritakan kat dia. Nak tunggu balik, tak sabar. Nak telefon, macam panjang ceritanya. Tengah2 keje ni bukan dia nak melayan aku sembang pon. Baru call sekejap dah berdering2 telefon opis dia. Jadi, aku pon berchatting guna fb.
Eeeeee tak puas rasanya bercerita cara chatting ni. Tak dapat nak express perasaan. Elok2 cerita tu best, menarik dan seram, terus rasa macam erm, ok, so? Huh! Rugi je.
Dan, aritu, masa kemas2 kotak (kenapa la aku ni asik kemas kotak tak abis2 ek? pelik betul), terjumpa kaset2 lama. Tengok gaya macam kaset yang aku kasik pada encik hairul. Seingat aku , aku ada rakam lagu dan bercakap2 jugak dalam tu hihihi. Camne nak dengar? Kena tunggu masa naik kete kancil la kan. Sebab kancil je yang ada kaset player.
Arini encik hairul pegi servis kete. So, aku bawak kancil la hari ni. Maka, aku pon memasang la kaset itu. Ya ampunnn. Tak tau nak cakap apa. Nak muntah ada, nak gelak golek2 ada, nak lempang diri sendiri pun ada hahaha. Tapi lebih kepada nak lempang diri sendiri la. Ewww suara aku kah itu? Apasal very the gedik? Adoi la haiii. Tak sanggup aku nak dengar. Tapi part lagu2 yang aku rakam memang best2. Kebanyakannya lagu ct dan uk's la. Dangdut sorrr pon ado. Yang ku cinta pada mu... lagu amelina ngan iwan yang berendam dalam kolam sambil pegang bunga matahari tu. Ni memang takleh salahkan anak murid la kalo derang bercinta zaman sekolah. Kepimpinan tak melalui teladan.
Tahniah Yang Ragu-Ragu
Tuesday, 16 March 2010
Jagung Besar?
Par1t Raja Berpeluh, B@tu Pahat Bah
Susah nak menjangka cuaca sekarang. Tah orang meteorologi tu pon dah poning2 paler geleng2 paler nak mengeluarkan laporan kaji cuaca.
Hari ahad lepas, kat rumah aku memang panas. Berlengas gitu. Lebih kurang jam 2pm, kami keluar ke bp. On the way tu, hujan pulak. Nikali ke-3 kot aku keluar dari rumah panas berdenting, tapi batu pahat hujan siap banjir2 lagi atas jalan.
Ok, tengok gambo je. Malas nak citer.
Dia start dari depan jabatan meterology lagi dah air melimpah2 ni.
Kat depan kedai ceramic.
Dah dekat2 bpmol
Depan alikhsan dekat bpmol. Nampak tak something belakang van tepi jalan tu? Tu motor tau. Ada orang tengah membaiki sesuatu. Motor tu penuh ngan barang2 untuk recycle kot. Sian.
Depan bpmol. Air takleh gi memana sebab parit pon dah penuh. Air terjun dari atas bukit.
Sibbaik kete tinggi hehe
Nak tunjukkan kocakan air itu
p/s now, saya lebih percaya yang batu pahat ni terletak di bawah paras laut.