Saturday, 30 January 2010

Persaingan

Aku selalu mendengar tentang semangat bersaing dalam pelajaran. Orang kata, kalo kiter satu sekolah or satu kelas ngan bangsa selain melayu, akan wujud persaingan yang sangat baik untuk membangkitkan semangat ingin belajar bersungguh2 bagi menandingi kehebatan mereka. Straight to the point nya, bersaing ngan budak2 india dan cha ya nun alif la.


Unfortunately, aku tak pernah merasai persaingan sebegitu. Dari sekolah tadika, sampai la masuk universiti, sampai la keje, aku dikelilingi oleh mereka yang berbangsa melayu. Kiter2 jek. Macamana boleh macam tuh?

Okeh, bermula dari sekolah tadika ek. Dalam tanah rancangan aku, bukan majoriti, tapi semua orang adalah melayu. Ok, bukan la melayu asli. Jawa, banjar, bugis, malbari, bai, tu semua melayu kan? Jadi, mana nak datang anak bukan melayu pulak ek? Ada la kot, mix2 vege, tapi tetap la dalam ic, bangsanya melayu. Maknanya, sekolah tadika aku memang semua melayu.

Masuk darjah 1, pon sama jugak. Dah, satu kampung sekolah yang sama kan. Cumanya, guru darjah aku ialah india. Cikgu usha rani %@#&%&%#. Tu bukan aku mencarut. Aku lupa nama bapak dia hikihik. Tu lah satu2nya manusia bukan melayu yang mula2 sekali aku temui. Eh, tipu la kan? Takkan ko pegi kota tak jumpa orang ciner? Memang la. Tapi ni yang ada direct contact ar. Selain cikgu usha, ada sorang lagi cikgu apa tah namanya, dari at4. Dia naik basikal gi sekolah. Aku perasan, basikal dia ada road tax! Dulu ada ek? Isy, cikgu usha la yang selalu suh aku mengajar mengeja kat depan kelas. Asal ada meeting jek, dia akan tulis perkataan2, seperti pencil, eraser dll kat blackboard, dan suh noras1ah ajar kawan2 mengeja. Saper lahhh kawan2 aku yang bernasib malang dapat cikgu noras1ah ni jadi cikgu english ek? Rumusannya, sekolah rendah aku pon semua melayu.

Masuk sekolah menengah. Dengar2 ada budak india dari at4. Ada la 2-3 orang kot, tapi takde yang sebaya aku. Sekali lagi, aku cuma bersaing ngan sesama bangsa sahaja. Masa kat smbm, ada lah jugak 2-3 orang budak india. Tapi, pon sama, takde sebaya aku. Selain tidak bersaing ngan bangsa lain, pergaulan dan kehidupan sosialku juga berkisar dalam kelompok bangsa ku juga. Tak berkembang langsung, kan?

Lepas tu, aku masuk sbp plak. Pon sama, ada 2-3 orang jugak budak india dan takde yang sebaya. Ok, dah muak plak aku ulang ayat yang sama hahaha. Dah, memang gitu kekdahnya pon.

Masa aku form 5, masuk lah 3 orang budak ciner dalam form 4. Macam 3 dara pingitan bentuk fizikal mereka. Dengar cerita, derang ni semua pandai2 belaka. Dan, sekali lagi, derang tak sebaya aku. Tapi, derang memang terer la. BM, sejarah yang kiter susah2 nak score tu pon derang boleh dapat A1 tau. Bukan apa, selalunya kalo BM tu, kan ada paper karangan ngan prosa klasik dan puisi tu sumer kan? Cemana la derang bleh jawab sampai dapat A1 ek? Aku ni, selalunya, asal exam bm je, komfem tak jawab prosa klasik tuh. Tah pape2 tah. Tulis lain, maksud lain. Camno? Cikgu dah lah strict giler time menanda. Karangan kiter dah buat sehabis baik pon paling baik pon dapat A2 jek. Sibbaik time spm ok. Derang cakap, kalo nak paham hikayat merong maha wangsa segala tu, kena la baca buku hikayat tu. Dah, aku carik kat library, tak pernah jumpa pon buku tu. Nak paham cemana? Last2, sampai ke spm la aku tak jawab prosa klasik. Biar lah aku jawab puisi tu, pon banyak tersirat gak. Tapi, at least takde lah berbelit tonggang terbalik ayatnya. Hmmm ingat lagi, soalan karangan spm tu aku pernah buat assignment (errr dulu panggil kerja rumah la kot). Aku jawab karangan pasal gejala sosial ke haper tah. Kompiden la sket.

Berbalik kepada budak ciner tu tadi, erkkk apa ek? Kira rumusannya, zaman persekolahan aku, tak pernah duk sekelas ngan bangsa lain. Cumanya, masa duk asrama la baru bersaing ngan budak2 bandar. Rasa kecik je diri ini. Anak semekin, makan sebikut, tido semejid...

Masuk pulak universiti. Semua bumi. Big NO to non-bumi. Ada takde, jumpa la budak bumi sabah sarawak. Tu pon, takde lah rasa persaingan sangat hihihi. Apa tidaknya, aku bukannya masuk universiti pon. Aitiem jek masa tu. Diploma pulak tu. Takat spm pangkat 2 pon boleh masuk lagi. Jadi, mana nak jumpa bangsa asing dalam tu? Ada la, anak mix omputih kot, tapi kalo dah salah satu parent tu melayu or bumi, tetap dikira bumi dan layak masuk itm. Tu pon, dalam course aku, takde kot pan-asian. Asia anak aspan ada la hehehe. Orang kata, anak orang kayes2 takde nyer ambik course engine nih. Derang lagi suka bisnes, law, mass comm, ad, yang menuju ke dunia glemer2 gitu. Near the engine? Euw! Tak kosser. Kiter yang anak orang kebanyakan yang memenuhi kuota ni lah yang sanggup masuk engine pon. Tah? Orang kata, ambik bisnes, senang score? Betul ker? Engineering susah ker?

Haaa engineering susah ke senang? Bagi aku, tak susah tak senang. Maksudnya, ada laaa certain2 subjek yang susah. Tapi, yang senang pon banyak. Semuanya matematik jek la. Kalau lelaki tu, kira boleh carik makan la. Eh, bukan carik makan, kira laris la di pasaran percintaan la. Kalo dapat pakwe budak engine, keterujaannya lain la kot hihi. Kecuali dak mass comm la kot. Musuh ketat engine. Ermmm dah masuk mode nostalgia pulak.

Okeh, abis belajar di universiti bumi, masa untuk bekerja. Alahaiii tak berkembang langsung minda aku ni ek? Masa belajar, kawan semua melayu. Lecturer pon 2-3 orang je bangsa lain. Biler kerja, kawan2 pon 2-3 lecturer bangsa lain yang sama jugak la, kan? Student pon, dah komfem lah bangsa2 ku juga. Sudahnya sampai ke usia 25 tahun, boleh dikira dengan jari tangan je orang bangsa selain melayu yang aku kenali.

Now, masuk keje gomen. Hmphhh pepaham je lah. Tetap dikelilingi orang melayu. Student, ada la 1-2 orang india, 2-3 orang ciner. Lelain, sumer melayu. Tetiba, dapat pulak immediate boss all black. Ermmm baru lah ni aku keje ngan bangsa lain. Terbukak la sikit minda tu.

Biler agaknya aku akan dapat kawan dengan lee chong wei dan rajagopal eh? Balik2 su, nor, siti, nurul jek. Haaa teringat aku pasal big boss ku. Aku ni amat jarang jumpa dia. Aku bukannya sesiapa pon kat opis tu. Jumpa kat meeting, ada la 2-3 kali kot. Tah, nama aku pon dia tak ingat. Ada sekali tu, dalam meeting, time round table tu, tiba kat aku, dia panggil nama aku, siti, su, nor. Haihhh sukati dia je nak panggil orang. Pastu dia cakap, alah, kat tempat kita ni, nama semua lebih kurang, Kalo tak siti, su, tak su, nor. Sibbaik nor tu kira masuk la jugak. Boleh la ajiii... Tapi memang betul, suha1la je ada 3 orang kat tempat keje aku. Aritu ada budak praktikal, pon nama suha1la jugak. Hisyam ada 3 ke 4 orang. Dulu ada, fa1rus, fa1rus f1rdaus dan f1rdaus. Kompius biler panggil.

Teringat lagu pertama yang aku belajar dalam kelas muzik darjah satu dulu,

Ada seorang kawan namanya Ah Meng
Dia juga berkawan namanya Raju
Kami berkawan baik sama sedarjah
Belajar bersama main bersama...

Nyanyi tak serupa bikin pon :P
Sekian.


Friday, 29 January 2010

Proven!

Aritu aku ada citer pasal kawan sekerja yang memandu secara merbahaya, kan? Yang naik kelisa dan gentu tuuu. Yang gentu tu dah pindah dah. Tak sampai setahun keje kat sini, dah mintak tukar. Tapi yang kelisa tu macam forever jek kat sini.

Opismate aku pon ada cerita kat aku pasal kekamkazean cikgu ni dalam pemanduannya ke tempat kerja. Tak tau la kan. Kot2 dengan anak bini dia memandu secara berhemah. Memang, memang tak berhemah pon. Pemandu berhemah ialah pemandu yang dapat mengelak kemalangan daripada berlaku, walo pon bukan kesilapan sendiri. Kan? Walo pon belom eksiden lagi, tapi boleh menyebabkan eksiden. Agaknya dia ingat tak anak bini? Masa aku citer aritu, wife dia tengah pregnant anak kedua tau. Now dah bersalin. Kawan aku ni citer, dia, kalo memotong, kete dah depan tuuu je pon dia sempat lagi potong. Kalo kiter kat depan tu, mesti dah samada brek kuat2 atau ke tepi memberi laluan kepada oneng2 tmj tuh. Ko ingat kelisa ko ambulans? Apa yang dikejar tah. Kiter yang seopis ni pon rilek je sebab tau, kalo pon ada jentolak kat depan tu, sempat lagi punch card kul 8.

Tu citer kawan aku. Citer aku dah aku tulis kat dalam blog ni. Tapi, benda tak nampak depan mata, saper nak caye, ye tak? Jadi, pagi ni, encik hairul hantar aku ke opis. Ehhh bukan sebab semata2 nak kasi tunjuk kete tersebut. Memang dah lama aku tak jumpa kete dia sebab kata kawan aku, dia memang kuar lambat dari rengit. Sampai tu kira tepat2 kol 8 gitu. Aku lak sekarang ni selalu kuar awal. Tak terfikir pon nak menunjukkan bukti kesahihan dakwaan ku itu kepada encik hairul.

Tiba di satu kawasan double line, ada satu kete waja lempun bernombor plate 1419. Selalu time aku lalu, kete tu tengah park kat depan kedai. Sarapan kot. Dan pernah aku jumpa kete ni, memang slow and steady jek. Ni mesti jenis2 husband kawan aku ni. Kalo bawak kete, manjang 60. Aku ingat kalo dia balik kampung kat kelantan tu, mau nyer sehari baru sampai kot. Kawan aku ni cakap, memang dah gitu perangainya. Selalu, kalo aku motong kete dia, kawan aku akan cakap, "tu asiah tuh". Nanti husband dia cakap, "laju jugak dia bawak." Padahal takde la laju mana. Motong dia yang 60km/j tu, 70 je pon boleh.

Berbalik kepada kereta waja tadi, encik suami pon slow la dok belakang waja tu sebab ada kete dari depan. Tiba2, ada kete memotong dari belakang. Potong kete belakang kami, kete kami dan kete waja tersebut. Waktu dia tengah kat sebelah kami tu, kete dari depan dah ada depan mata dah. Bukannya dia nak masuk pon kat depan kami, malah dia terus je potong waja tu dan berselisih la 3 kete kat depan tu (waja, kete tu dan kete dari depan). Aku pon, ...

Haaaaaa tu lah bang, kete cikgu yang ayang citer kan aritu. See, see betul, kan?

Isy, memang betul.

Ok, sekarang aku dah ada saksi ke-3 dah. Kalau selama ni, dia ingat cikgu tu wat aksi2 biasa jek. Takat motong kat double line, kat selekoh, takpe lagi, sebab kalo nasib baik, takde kete dari depan. Ni, dah nampak kete depan mata pon tetap meneruskan misi nak cepat2 sampai supaya dapat punch card 30 second lebih awal dari noras1ah, itu dah aksi luar biasa okeh. Dan memang betul. Aku punch card tadi, memang beza tak sampai seminit ngan dia. :P

p/s Besok kalo dah eksiden, tau la ko cemana ambulans tu berkejar2 nak bawak ko ke spital.

Thursday, 28 January 2010

Best, kan?

Aku bertanya kerana aku rasa, semua orang pernah atau selalu mengalaminya. Terutamanya dengan pasangan masing2. Kawan, boifren/gelfren, tunang, suami/isteri. Adik beradik pon boleh berlaku, tapi takde la rasa gedik sangat seperti ngan pasangan hikhik. Dan bila ia berlaku, kita akan rasa, oh, so sweet! gitu.

Telepathy? Chemistry? 6 sense? Instinct? Kebetulan? Tak kisah la apa pon namanya. Yang aku maksudkan tu, hah, betul la apa yang tengah korang pikir tu (ayat terbaik sebab malas nak pikir cemana nak explain). Ha, yang tu lah. Ok.

Yang paling kerap berlaku pada aku, bila aku nak sms encik suami, time tu jugaklah aku akan dapat sms dari dia. Ni waktu belum mula ber sms ya. Kalo tengah berbalas2 sms tu logik la kalo tak sabar2 nak balas atau dua2 nak hantar 2 sms berturut2 atau pon terlupa 1 point dan terpaksa sms lagi. Maksud aku, tengah2 dok dendiam, tiba2 terasa nak sms dia dan sedang menaip kata2 itu, dapat sms masuk dari si dia. Tu kerap kali juga berlaku. Tapi, ah, biasa lah kan? Instinct. Selain sms, calling pon selalu jugak. Kadang tu, kiter tak call, tapi tengah aku tersebut nama mu dalam ingatan ku, tiba2 dia call.

Tapi semalam lain sikit. Hampir sama, tapi tak serupa. Instinctnya naik 1 tahap dari yang biasa hehe. Gini.

Petang semalam, dalam kete, sedang driving, dengan fikiran menerawang jauh, sambil memikirkan apa nak dimasak balik ni, aku pon mendapat idea. Masak nasik goreng je lah. Tengahari tadi dah makan nasik laju. Ya, makan secara pantas kerana mengejar masa atau sesuatu. Bukan gelojoh :P . Perut pun masih terasa2 lagi paru goreng berlada yang aku santap tadi. Maknanya dia belum hadam tu. So, takleh masak best2.

Semalam ialah hari rabu. Ada pasar malam bandar u. Eh, kenapa namanya bandar u ek? Tak macam bandar pon. Pekan pon tak sampai. Nama tak nak kalah tu.

Aku berkira2 gak nak pegi pasar malam tu. Tapi, bila pikirkan, tengahari tadi suami ku dah makan ikan keli goreng, takkan la malam pon nak makan ikan keli jugak? Kenapa? Sebab kalo gi pasar malam tu, mesti dia akan beli nasi ambeng akak smiling face dengan lauk ikan keli goreng. Eh, ada tak aku bagitau, aritu kami gi perantin kat taman r0bena, jumpa akak smiling face nih? Rupanya dia duk situ. Okeh, maka, aku pon tak jadi nak mengusulkan untuk pergi ke pasar malam ni.

Ok, kalo dia yang ajak pegi pasar malam, tu bukan instinct. Tu dah macam rutin plak, kan? Tak aci lah kalo nak dinamakan instinct jugak. Ni lain sket. Sambung balik part dalam kete tadi ek.

Ok, dah dapat idea nak masak nasi goreng, pikir pulak, ada tak ramuannya? Cili? Ikan bilis? Bawang? Nasik (boleh masak)? Telur? Alamak! Telur tinggal sebijik. Tak best ar nasik goreng tanpa telur yang banyak. Ingat lagi? Aku dah tak lalu jalan parit r0j0 darat lagi dah. Dah tak lalu kedai ain ebergrin dah. Camne nak beli telur? Apa susah. Lalu je lah. Hehehe malas.

So, aku pon capai henbeg di sisi. Ok, bukan di seat sebelah ya. Aku sangat berhati2 sekarang. Anggap semua orang adalah peragut. Letak henbeg betul2 kat sebelah paha kanan. Kadang2 di atas paha. Ahad lepas, student aku kena ragut. Tengah turun dari motor, depan rumah, terus kena sambar. Trauma katanya. Takleh tido malam. Aku kata, awak ngaji la, baca Yasin ke, nanti ok la.

Kemudian, aku pon meraba2 henbeg. Henfon aku terletak di dalam satu beg comel dari turki pemberian rakan sekerja. Kena bukak zip bagai. Mana nih? Sebelum balik keje tadi, aku pergi surau, ada ceramah agama. So, aku silent kan la. Lupa lak nak 'general' kan semula. Tengah meraba2 tu, tiba2 terasa vibration. Hah! Jumpa pon. Cecepat ambik henfon dan tengok skrin. E'eh? 'baby' is calling. Hikhikhik gedik tak? Uwek!

Ok, ok, tu memang ayat yang meloyakan. Tapi bukan itu pointnya. Dan bukan itu maksud entry ni. Sajer nak kasik korang menyampah dan menyumpah ekekekek. Kan ni tengah citer pasal instinct tadi, kan? Ok, baca tajuk entry sekarang. ... biler berlaku perkara sedemikian? Dan aku pon terus kepochi2 ngan dia tentang kebetulan ini. Hmmm...

Jadi, kesimpulannya, instinct, telepathy dll tu memang berlaku. Huh! Aku memang lemah bab kesimpulan nih.



Tuesday, 26 January 2010

Kabung

Hihihi apa daaa. Nama geng yang seludup minyak kat golok tu namanya, geng 'ke30'. 'Ke' tu apa? Macam kod kursus aku kat uitm jek, ke11, untuk dip kej elek (elektronik). Dan ke20, untuk sm kej (kep.) elektrik (macam la tak muat ruang nak tulis penuh). Tapi pastu dia tukar ke20 tu kepada ee220. Omputih ar sket. Kalo 'ke' tu stand for, kej elek. Tak kellas la kan. Kalo elec eng baru la gerek.

Ada 4 perkara yang boleh aku kaitkan dengan kabung. Yang pertama, gula kabung.


Pernah nampak, tapi tak pernah guna. Beli pon tak pernah. Gula ni macam gula melaka kot. Diambil dari pokok kelapak. Ek? Ye lah kot.

Yang kedua, buah kabung. Kalo minom abc musti pernah jumpa ni. Tapi kalo abc ko versi jimat cermat, membazir itu amalan syaiton dan berharga rm1 semangkuk, ala2 takkan jumpa la buah ni kot. Tah, mahal kot buah ni. So, rege abc pon kena mahal la.


Aku tak de lah minat sangat buah kabung ni. Ada, makan. Kekadang tak makan gak. Takde, sesungguhnya aku takkan mintak. Apatah lagi nak sentap takmo abiskan abc sebab korek2 tak jumpa buah ini. Tak sedap la buah ni.

Yang ketiga, off course la, semua orang tau, berkabung. Berkabung ialah situasi berdukacita. Ke? Tah. Kalo orang suh wat definisi, aku kasik la definisi tersebut. Cumanya, bagi berkabung untuk kerabat2 ni, kena dizahirkan dalam bentuk perbuatan dan mesti nampak secara fizikal. Setakat bermuram durja, tak gelak walau pon lawak dan kurangkan bergossip, tu tak kira berkabung lagi. Dia kena lebih sikit. Lebih daripada kematian orang2 biasa. Kalau muram durja tu, kena pakai tudung putih. Kalau tak gelak berdekah2, kena lilit tanda putih di songkok. Kalau tak bergossip, kena turunkan bendera separuh tiang. Baru kena pakej nya.

Oh, sakit muka aku tahan gelak berdekah2 tau. Monyok je muka aku. Senyap jek. Ye lah kan, kang dikatakan tak hormat pula, kan? Tapi aku monyok bukan sebab itu. Aku monyok sebab tetiap ari kena basuh tudung putih huahuahua. Kena iron plak tetiap ari. Duh! Opsss berkabung la dari hati, katanya.

Ok, yang keempat ialah berkubang macam kerbau. Eh, tu berkabung ke berkubang? Tak sama eh? Ok, tarik balik. Tiga je lah ek?

Monday, 25 January 2010

Pusat Undi

Sejak selepas pilihanraya yang lepas, aku dah berkira2 untuk menukar pusat mengundi. Bukan tak sayang kampung halaman, tapi, banyak faktor2 lain turut mendorong perkiraan ini.

Satu, kalau teruskan di kampung halaman, alamatnya, tak merasalah aku mengundi sepenuhnya macam orang lain. Kalau tak dun je, parlimen je. Tak pon, 2-2 pon tak mengundi. Tak competitive langsung. Aku dah layak mengundi 2 kali. Pertama kali, langsung tak merasa mengundi. Yang 2nd tu, ok lah, boleh la, undi dun jek. Tapi, tetap tak syok. Memang ketandusan pemimpin sungguh la. Dah lah, undi satu keping jek, result nya pon antara yang paling awal. Tak mendebarkan langsung. Walo pon mungkin, ye lah, hampir mustahil untuk pihak lawan menandingi, tapi at least, lawan lah. Aku rasa bajet kempen paling murah ar tempat tu. Takyah beriya2 sangat pon takper. Aku berharap sangat pemimpin yang aku undi tu, ialah kawan2 yang aku kenal. Ok apa? takyah la baya2 aku, baya2 kakak2 abang2 aku ke. Orang muda. Nape? Tak bleh ek? Kena tua2 baru bleh memimpin? Kalo dapat cam nughul izzahh tu, aku rasa, orang tua pon ramai nak undi dia hikhikhik. Oleh sebab itu, meneruskan pengundian di kampung halaman bukan lah sesuatu yang menarik buat masa ini.

Dua, aku tak tinggal di sana. Bermakna, segala pembangunan atau pon keruntuhan di sana, tidak memberi kesan kepada diri ku. Siapa pun pemimpin di sana, tiada kena mengena dengan hidupku sehari2. Tetapi, lebih kepada kedua orang tua ku. Itu pon, entah, apa yang derang dapat, aku pon tak tau. Entah berbaloi ke tidak. Buatnya, generasi2 muda ni pakat undi di kampung, dan memilih pihak yang satu lagi, orang2 tua jugak yang merasa kesannya. Kalau baik, bagus la. Kalau sebaliknya? Huhuhu tak pepasal timbul isu mak bapak buang anak kehkehkeh. Jadi, lebih baik lah aku mengundi di mana aku duduk, ye tak? Sendiri undi, sendiri rasa. Padan muka.

Tiga, kawasan tempat tinggal aku sekarang ni, telah membangun dengan pesat nya. Seiring pembangunan pusa pengajian tinggi dan sebuah lagi pusat latihan yang baru dibuka. Jadi, lebih ramai orang luar telah tinggal di sini. Dan aku rasa, orang2 luar ni pon ramai yang berkeinginan seperti ku. Ye lah, kalo pusat latihan tu, mungkin la keje nya tak tetap di situ. Ada banyak cawangan lain. Tapi, kalau pusat pengajian tinggi yang satu tu, kat situ lah duduknya dia. Jadi, staf di situ pun kebanyakannya dah 'settle down' di sini. Jadi, memang lah perlu pemimpin di situ terdiri daripada pemimpin pilihan mereka sendiri.

Ah, aku dah faham dah pe'el derang nih. Cakap tak serupa bikin. Tengok je arituh. Kan aku ada citer pasal taman aku buat perasmian skim meronda2 malam tu kan. Ingat lagi? Dia janji nak bagi peruntukan rm3k untuk tujuan tu. Hampasssssss. Sampai sekarang, non ado bayang nya. rm3k ke mana, skim ronda2 pon ala2 tinggal bebayang je lah. Sudahnya, pondok kecil beratap rumbia dah jadi port lepak2 budak2 isap rokok je aku nengok. Sepatutnya, duit tu boleh la digunakan untuk pondok kecil beratap rumbia itu diperindahkan sikit. Bukan apa. Kalo la dia bagi apa yang dia nak bagi, mungkin la orang pon bersemangat nak menjaga. Bukan lah mintak bayaran, nama pon sukarela kan. Tapi, bila mendapat kerjasama dari pemimpin, kita nak ponteng2 pon rasa malu. Ye dak? Huh, dari undi, masuk bab meronda pulak ek hihi.

Tapi, langkah ni juga membawa keburukan. Satu, semasa pilihanraya lah sahaja masanya aku berpeluang masuk ke sekolah rendah ku. Oh, nostalgia nyer. Tambahan pulak, semenjak era fb ni kan, dapat jumpa ramai kawan2 lama. Time tu lah kot boleh bergather2. Penggal lepas, aku jumpa 2-3 orang je. Tu pon kawan dekat2 rumah. Mungkin sebab aku pegi tu pepagi. Alah, entah2 derang pon dah tukar pusat mengundi, ek? Aku je emo sensorang. Eh, benda ni best sekejap je lah. Yang penting 5 tahun kita nak berada di bawah kepimipinan itu. Takat nak together2, hari raya pon boleh, what... Takyah tunggu pilihan raya pon. Betul jugak, kan? Tapi, perasaan nya lain la...

Isy, tetiba ilang plak idea pasal keburukannya. Apa ek? Lenkali la, kalo teringat aku tulis lagi. Ni dah lama tak update, kena gak update sekarang. Walo pon takde orang baca, aku adalah pembaca blog ku sendiri. Sanggup bersengkang mata membaca entry sendiri tau. Bukan sebab nak naikkan rating nanang. Saje, perasan sendiri. Well...




Friday, 22 January 2010

Dari Dia Kita Datang, Kepadanya Kita Kembali

Tengahari tadi, lebih kurang jam 1.30, kb aku bagitau, sultan johor mangkat! Hah? terkujat aku. Mana tau? Dia dapat sms from someone.

Pastu, aku terus update status di fb. Huh! Tak pepasal aku yang kena. Takut sungguh la korang ni, aku sebarkan berita palsu dan didakwa di mahkamah. Berani nyer ko! Ala, bukannya aku cakap komfem dah mangkat. Cuma dengar2 gitu jek. Takde angin, masakan pokok bergoyang, kan. Dah tentu2 orang lain yang akan aku tuduh kalo aku dituduh hihihi. Eh, boleh ker? Aku suh la kb aku tu tunjukkan sms yang dia dapat tu. Nanti, kawan dia tu lah yang kena dulu, kan? Huiii tak bertanggungjawabnyer... Lantak korang la.

Tak lama selepas tu, kawan aku pon calling2 kerabat untuk memastikan kesahihannya. Memula dikatakan dah 'brain dead" (tq kawan ku, dr z, yang bagi medical term ini), bergantung pada support jek. Belum declare lagi. So, kami pon menunggu.

Isy isy isy boleh pulak dibuat lawak benda2 macam ni ek. Ada yang kata, derang tunggu malam ahad baru nak buang support tu, nak kasik cuti ari isnin. Ada yang kata, nak panggil anak cucu balik tengok dulu, baru nak cabut. Macam2 spekulasi. Masa aku dengar berita tu tadi, surau aku tengah baca doa solat jumaat. Ermmm masih lagi doa mendoakan sultan ku dipanjangkan umur. Kot makbul, memang merasa lah cuti ari isnin.

Lebih kurang kul 4pm, kawan tadi bagitau, ku yem dah naik memangku, sultan diberitakan gering. Ok, mungkin sama macam sultan kelate gak kot. Kan aritu baginda gering gak dan anakanda nyer memangku, kan? Sekarang macam dah nak baik dah. Tapi aku percaya kes negeri ku ini tidak sama.

Lebih kurang sebelum balik keje kul 5pm, dah kuar kat radio pasal pemangkuan tuh. Kami harapkan radio best 104 jek. Masa tengahari tu, katanya best 104 pasang lagu omputehhhhh jek sejak pagi. Macam pelik jek? Time balik, dalam kete, pon aku dengar lagu omputehhhh je. Takde suara dj or iklan pon. Kalo dah komfem, mesti dah ngaji2 ek? Redio johor lagi lah. Macam takde apa2 berlaku je bunyiknya.

Sampai rumah, aku terus delete status tu. Takut jugak hihihi. Alaaa korang ar. Takut2 kan. Nyampah.

Sampai la ke pukul 10pm, masih takde berita sahih kat tv. Katanya radio dah ngaji dah. Kendian, encik hairul dapat mesej dari Anak Johor, mengesahkan berita sebenar. Ada yang kata 7.08pm, ada kata 7.10pm, yang latest kata, 7.15pm. Bila2 lah. Bagi aku, aku percaya 1.30pm lagi dah...

Al-Fatihah...


Pyar Tune Kya Kiya

Dapat brochure esterok. Ada tayangan filem ni kat b4u. Baru teringat, ni lah lagu yang pernah aku rakam dalam kaset dan kasetnya dah hilang. Sedih siot. Mujur ada terknologi terkini. Boleh lah aku dengar semula lagu ini. Aku sangat suka! Tak pernah tengok pulak citer nya.

Ok, aku memang pelayan lagu hindustan...


Or versi kurang dosa. Takde golek2 tayang body :D


Dengan lirik, artinya...


Khabar Electromagnet

Dulu orang panggil kabar angin kan. Sebabnya, berita tu disampaikan dari mulut ke mulut. So, berita tu dibawa oleh angin. Sekarang, berita disampaikan melalui media electronic. Dibawa oleh gelombang electromagnet melalui medium berwayar dan wireless. Jadi, aku namakan khabar ni, khabar electromagnet. Perlu ker dijelaskan ek?

Kecoh sekejap semalam, biler terdengar kabar angin tentang pemotongan c0la dan elaun perumahan. Yang c0la, katanya potong separuh, yang elaun rumah, 90 hengget je. Dah macam jualan murah kat de stor, pasifik dan milimewaa dah. Ada 50% dan best buy, rege dah potong habis.

Tapi, tu tak tau lah untuk gred apa. Kalo c0la tu, takde la terasa sangat. Tapi, kalo elaun rumah, semua gred dikasik 90 hengget, aku la yang peras tertonggeng. Bukan sebab elaun aku, tapi sebab elaun suami ku la huhuhu. Coba bayangkan. Kalo rm90 tu boleh la dikatakan aku nye elaun dipotong 64%. Tapi, kalo elaun suami ku rm90? Dekat2 90% tu. Bukan celah gigi lagi dah tu. Boleh lepas ansuran AH tiap2 bulan tuh.

Tapi kalau betul jadik, kena la aku bersedia. Langkah paling uno, aku kena fikirkan untuk memangkah siapa pada pilihanraya akan datang ngehngehngeh.

Memula sekali, mungkin aku kena menyumbang bayar rumah. Oh, tidak! Yang kedua, mungkin juga aku kena menyumbang bayar AH. Oh tidak tidak! Yang ketiga, oh tidak tidak tidak!!! Poyo nyer. Buat tak tau je, dah la ek? Buat2 macam takde pape. Lagi pon, kan katanya tak betul berita tu kan. Takyah la panik. Pulak?

Thursday, 21 January 2010

Habis Di Sini Saja

...mengapa gerhana menimpaaa, kau telah pergi untuk selamanya, tak kembali... dalam dakapan senja, ku melihat sinar mata mu, kau/ku bisikkan hanya sayang kepada errrr mu ke ku???

Alorrr jangan la sedih. Aku bukan nya sesiapa pon. Cuma insan biasa. Biarlah aku mengundurkan diri setakat ni je dalam arena blogging ni. Letih dah. Aku penat2 wat analisis statistik pon bukannya korang respon. Nyampah. Jadi, aku mengambil keputusan untuk habis di sini saja. Bye! Dah, aku dah ditelan batu belah batu telungkup dah. (Kedengaran lagu my heart will go on di udara).

Heeeeee dramatik tak? Suspen macam tengok csi miami malam tadik tak? Ada ke, malam tadi, si julia, mak si kyle, anak horatio tu nak tembak kepala sendiri, terus kuar iklan. Siot! Sibbaik aku belum menjerit oh, tidak!!! lagi. Kalo dah, buat rugi tenaga je anak tekak ku bergetaran pada frekuensi tinggi.

Takde lah. Aku belum lagi nak berenti. Walo pon fb cuba menggodaku dengan kucing2 comel, ikan2 kiut, pokok2 gajus dan tikka masalla kabob, aku tetap akan berblog. Suka tak? Kalau suka, sila klik iklan nanang eh? hehehe. Apa? Takde iklan? Mana nak ada, reader pon terkulat2 nak masuk, iklan pon tak sudi nak kuar hahaha. Ada ke buat trick tapi bagi jawapan terus. Dusy!

Sebenarnya tajuk tu berkenaan benda lain. Korang perasan tak? Dalam bulan ni aje, dah berapa entry aku yang berbentuk kupasan isu atau senario? Perasan kan kan kan? Haaa bukan. Tu bukan azam tahun 2010 aku ok. Semuanya berlaku secara kebetulan. Aku juga blogger seperti anda. Kekadang naik meluat baca asik citer laki aku, anak aku, duit aku, gi situ gi sana, makan itu makan ini, beli itu beli ini. Sesekali, (tapi dah banyak kali la pulak) kena beri santapan minda (rohani tak berani la nak bagi) juga. Tambahan pula, pengerusi jk taman kan bukak blog ni kan. Kena la beri contoh teladan yang baik kepada penduduk setempat ekekek. Sori encik, tak sengaja.

Eh, terlanjur cakap pasal taman ni, baik aku buat penjelasan terbuka. Saya bukan tak nak join aktiviti2 kaum wanita tu, tapi, kebetulan (yang selalu), time yasinan tu la, saya kena shopping henbeg kat bpmol. Pastu, senamrobik tu pulak, alahaiii ahad pagi? Tu je lah time nya saya nak tido lebih sikit kihkihkih. Apa? Rewang rumah pengantin? Ehhh saya dah pergi dah rewang tu. Tapi, belum pun sempat saya masuk dalam rumah, nampak pulak kete makcik gedik yang goda suami saya tu kat situ. Saya takut terpaksa berpencak silat plak kat rumah perantin tu. Sape yang susah? Tu yang saya cabut balik terus tu huhuhu. Ok laaa tahun ni saya berazam pegi aktiviti, ok? Azam. Eh, kecuali senamrobik, amat sukar dipenuhi.

Dah dah dah. Aku teruskan kepada pokok perbincangan yang hendak diketengahkan sebenarnya. Montaj sikit punya panjang. Kalo 'wanita hari ini' ni, dah boleh tukar tajuk dah, 'wanita hari esok'. Sebab besok baru nak bincang. Hari ni gebang2 jek hihihi. Ok, serius.

Baru2 ini, timbul isu satu state gomen yang tak kasik staf dia pegi kursus b.ti.n. Ada dengar tak? Ada kan? Lepas tu, feder@l gomen pon naik hangin. Eh, mesti lah, kan? Apa2 benda pon, walo pon baik, suci dan tulus, kalo yang cakap tu pihak lawan, tak boleh disokong. Kalo sokong, boleh dipecat kerana tidak setia. Tak pon, kena gantung keahlian, dan pastu sendiri mau ingat la. Pandai2 ko lah resign. Biasa lah... folitix.

Ok, aku bukan nak citer pasal isu tersebut, tetapi terus kepada kursus b.ti.n itu sendiri. Tah, tiba2 pulak rasa macam nak citer. Dulu, masa aku pergi tu, tak rasa nak citer sebab macam takut hihihi.

Apa yang aku lalui dalam kursus b.ti.n? Ni bukan modul yang masuk hutan bawak telur, jungle tracking, panjat gunung, kayak, burung hantu, tu sumer. Ni modul kenegaraan, untuk ptk satu. Yang ada exam dan dengar 'ceramahhh' je kejenya tu.

Ok, dalam isu tu tadi, kenapa state gomen berbuat sedemikian? Kalau boleh meningkatkan semangat perpaduan dan cinta kepada negara, kenapa nak halang?

Ni aku tak kata semua orang melalui yang sama. Ni berdasarkan pengalaman aku la. Maybe lain tempat, lain citernya. Aku nyer aritu under b.ti.n negeri yang tersebut itu juga. Jadi, mungkin la ada relevannya hujah ku dengan isu tersebut. Eh, aku pon baru perasan semasa menaip ni ha. Kebetulan pulak, tersama plak negerinya. Hehe memang salu cenggitu. Tu yang salu entry aku tetiba je jadi panjang berjela. Masa nak mula tu kemain susah nak kuar idea. Tapi sambil2 menaip tu, dia datang sendiri.

Macam masuk exam. Aku salu pesan kat student2 ku, kalau boleh, kalo exam tu 3 jam, tunggu lah sampai abis 3 jam tu, baru kuar. Walo pon ko rasa macam dah tak tau lagi nak jawab apa, tunggu je. Tido pon takpe hehehe. Kot la mimpi ke kan. Macam aritu, dalam radio, ada orang tu cakap, masa nak spm dulu, dia ada mimpi soalan spm yang betul2 kuar dalam exam esok pagi tu. Kan best? Tapi SY kata, soalan nak buat apa. Orang nak jawapan... kihkihkih. Sebabnya, mengikut pengalaman aku sendiri, kadang2, idea atau jawapan tu selalu datang last minute. Pernah, time pengawas dah nak kutip kertas jawapan tu, baru jawapan tu sampai di kepala otak ku. Menggigil2, jantung berdegup kencang time menulis tu. Sibbaik sempat. Fuh! Sekurang2nya, takde lah rasa menyesal kalo kuar awal. Buatnya idea tu datang time kiter dah naik bas nak balik kampung sebab paper exam tu hari yang last. Tak ker teringat2 sampai ke kampung halaman? Nyesalll!!! Opsss, itu cara aku la. Tak perlu ikut pon.

Adoiii sampai mana tadik?

Ok, aku setuju. Dan sangat setuju. Memang ada dalam modul tu, tajuk2 yang bisa menaikkan semangat ku laksana hang tuah. Memang ada. Pulak tu, ditambah pulak dengan efek seperti menyanyikan lagu warisan-sudirman, meraung2 jugak la dia punya terharu. Hihihi tu tipu la. Takde la sampai meraung. Just berlinangan air mata jek. Kira masa tu kalo dengar je 'emerika', rasa macam nak sarung baju celoreng2 dan mengangkat senjata dan tembak je 'belukar' tuh (time tu belum barak lagi). Tak malu2 pulak tu melaungkan 'saya sayang melesia' sorang2 kat tengah padang. Pendek citer, memang berkesan di hati dan minda la kan part yang itu.

Tapi, dalam pada tu, ada jugak diselitkan dalam tu, tentang kisah 'benar' di sebalik kes 'encik' itu. Ni pon kira berkesan jugak, sebab aku rasa, kalo yang tak tau pape tu (contohnya masa aku pegi tu sekali ngan doktor2 muda ca ya alif nun yang masih form 4, 5 pada tahun 1998), memang derang percaya bulat2. Aku pon boleh percaya jugak, tapi tak bulat hehe. Aku tak absorb semuanya. Aku tapis dulu segala maklumat itu sebelum menelannya sebab aku berada di situ semasa kejadian tersebut. Kita ada akal kannn. Ehhh aku tak pernah kena sembur ngan pemedih mata. Tak tak.

Selain ceramah yang secara terbuka, ada juga aktiviT ldk yang tertutup di mana kami dibahagikan kepada kumpulan2 kecil lebih kurang 10 orang. Apa yang membuat aku agak kurang selesa ialah apabila sebelum memulakan sesi ldk itu, fasi tu mengatakan ayat seperti tajuk di atas. Apa2 yang kita cakap dalam bilik ni, mesti habis di sini saja. Hey! Tak demokrasi nyer? Tah lah. Mungkin aku je yang sensitif. Orang lain tak kisah pon. Tapi, semasa dalam ldk ni juga fasi menghuraikan dengan lebih mendalam tentang isu tersebut. Budak ca ya nun alif tu la yang curious semacam. Jadi, aku dapat la citer dari pihak 'gomen'.

Ohhh itu yang cuba disampaikan dalam sotkabar. Tapi tak kesampaian. Lain sungguh plot ceritanya. Nak kata terkejut sangat, tu, tidak la. Nak percaya ke tidak? Dengar, macam betul? Logik sangat! Kalau pon tak betul, kira hebat la orang yang gubal modul ni sampai semua orang percaya ia betul. Kalau betul, ermmm macam tak sangka la pulak. Entah lah. Nak senang, percaya aje. Pastu, balik, buat macam tak tau apa2. Teruskan lah kerja untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kita ni kakitangan gomen. Saper pon gomen, kita ikut je. Ai follow yuuu.

Ada satu soalan yang teragak2 dijawab oleh fasi itu. Kenapa tak ceritakan 'kisah benar' ni pada seluruh rakyat jelata? Why me? Oh, why me why me? Hiks over plak. Kenapa orang yang pegi b.ti.n je yang dapat ini ceritah? Ye lah, kenapa tak tulis je kat sotkabar? Kenapa lam sotkabar cakap pasal leewat la itu lah ini lah. Kalo cakap siang2 kan senang, sumer orang faham dan semua orang tak sokong orang tu? Erkkkkkk kerrr sebab ni semua dusta? Berani kerana benar, takut kerana salah? Sebab tu semuanya mesti habis di sini saja??? Ha? Ha? Jawab lahhh.

Dia jawab, awak mungkin la faham, tapi orang kampung, luar bandar tu, faham ke kiter cakap ekonomi, ai em ef, bank dunia ni semua? Hello, my father sekolah omputih ok. Baca paper tiap2 ari, takkan lah tak pernah baca ai em ef, tak tau apa tu ekonomi. I pon tak faham ekonomi, tapi kalo cakap, pinjam duit ceti kena bayar bunga, semua orang faham maaa. My dad baca mal@y dilemma tauuu. Tiba2. Ingat bodoh ke semua orang kampung? So, orang kampung cuma faham apa itu leewat dan apa itu s0d0mi la? Huh! Marah la ni. Tah, apa yang aku nak marah kan tah, tak tau lah. Emo!

Jadi, patut ker state gomen tersebut berbuat demikian? Bagi aku, patut, conditionally...

p/s apa 'kisah benar' yang aku dengar tu?

Wednesday, 20 January 2010

Alkisah Lelaki Yang Semakin Pupus

Biasa kan, dengar ayat ni? Soalannya, adakah lelaki semakin pupus, atau perempuan semakin ramai?


Kalau aku lihat di sekeliling aku, kelahiran bayi lelaki takde kurangnya berbanding dengan bayi perempuan. Tak tau lah statistik sebenar di kementerian kesihatan kan. Tapi, dari anak sedara, anak jiran, anak opismate, anak kawan, ramaiiiiiii aje lelaki? Saper kater pengeluaran mereka telah dikurangkan? (boleh ke wat stetmen nih tah?)

Kat opis aku, dulu, (opis sekarang tapi, suatu ketika dulu, takde la lama sangat dulunya), timbul isu anak sejenis jek. Samada lelaki jek atau pempuan jek. Aku rasa ni isu sejagat, bukan opis aku jek. Kalau yang ada sepasang tu, kira satu kepuasan dan boleh berlagak arrr ngan orang yang anak sederet boys or girls gitu. Ye lah, aku ni satu pon tak nampak bayang lagi, mungkin la, tak dapat menyelami perasaan mereka yang mengalaminya. Oh, tu pon ada yang tertekan bila dipertikaikan keupayaannya melahirkan zuriat berbunga. Apatah lagi yang tak berbunga2, ek? Siap berazam untuk berusaha bersungguh2 untuk mencuba lagi sehingga berjaya. Berjaya kah kalo dapat 2-2 eh? Kalau yang jenis tanah gambut tu, setahun satu pon takde hal lah. Cakap je nak, esok dah boleh berisi.

Ok, patah balik ke kisah pupus tadi. Eh, best kan, lagu pupus dewa tuh? Aku start suka time mawi nyanyi dulu la. Alaaa dulu kan minat mawi kununnya, apa lagu dia nyanyi pon suka. Cuba la, ko nyanyi la srikandi cintaku ke, biarlah rahsia ker, semuanya bingit di telinga ku. Wah! Macam putus cinta kekdahnya. (Huh, nyampah aku tengok langkah mawi werld yang baru tu. Mesti ke bawak bini dalam ini pilem? Ada nada jeles ker??? hahaha. Saper suh tengok. Bukan tengok. Tertengok)

Berapa kali nak patah balik daaa. Ok, kali ni betul. Mengikut laporan kebanyakan media, bukti kepupusan lelaki boleh dilihat di pusat pengajian tinggi. Lebih tepat lagi, unibesti. Takyah panggil semua pon, tengok kat dalam 1 kelas je pon dah cukup. Bukan setakat bidang2 yang soft2, yang hard2 pon ramai gegirls. Persoalannya, mana pergi para lelaki? Aku rasa kat sekolah tak nampak sangat perbezaan bilangan lelaki dan perempuan nih. Lepas je sekolah, barulah derang hilang, pupus.

Ada beberapa kemungkinan yang dibangkitkan berkaitan kepupusan lelaki. Antaranya,

1. Ramai masuk pusat serenti. Isy isy isy dah takde keje lain agaknya. Memang la ramai penagih dadah, tapi takde lah sampai sama banyak ngan pempuan yang masuk unibesti, kan... Agak2 la abanggg (tonasi budak dalam filem syurga cinta)

2. Lelaki ni banyak tanggungjawab. So, lepas sekolah derang terus kerja, bantu keluarga. Sian tau. Ada tu, sanggup berkorban demi membesarkan adik2. Ko je yang tak nampak, dia keje kat kampung2 je. Mana ada pupus.

3. Ramai dah mati, merempit je tau nyer. Mana tak pupus. Isy isy isy, takde la ramai sangat yang mati sebab rempit. Ada, tapi tak la ramai sangat, hingga menyamai bilangan siswi sebuah unibesti.

4. Ada, tu haaa melingkor kat rumah. Mengabehkan boreh mak bapak yo kerojer eh. Dah gitu, pandai lak menagih. Takde duit, merompak, mencuri, peragut. Ada ko dengor perompak, peragut pompuan? Jarang, kan? Ada ke? Takde kot? Ha, tu lah pekerjaan lelaki. Mana ada pupus.

5. Heiii tak nampak ker tu? Ramai2 kat masjid masa ari jumaat? Korang sibuk menyoping, memang ler nak perasan. Coba ko dok tepi masjid tu, sambil dengar khutbah. Mesti ko takkan percaya begitu ramai makhluk itu.

6. Derang jadik askar la. Masuk kuar hutan, cemana nak nampak. Mereka lah perwira yang memastikan keamanan dan kedaulatan negara terpelihara. Nak nampak derang, time hari kebangsaan, hari angkatan tentera. Mesti kuar tv. Tak pon time ada demonstrasi jalanan, rusuhan. Baru derang kuar. Derang ni digelar, askar simpanan. Eh, ada ker? Tah, apa tah gelarannya. Satu lagi, derang kuar time pilihanraya ekekekekek. Ramaiiiii yang mengundi pos hihihi.

7. Dan ini, point aku. Derang tak masuk unibesti. Tapi kalau anda masuk ke institut latihan kemahiran, lelaki memonopoli tempat ini. Ambik je kelas aku sebagai contoh. Dalam satu kelas, 20 orang, 5 orang je pempuan. Ada tu, kelas 34 orang, 1 je bunga. Hostel lelaki 2 blok, hostel pempuan 1 je. Tu pon tak penuh.

Aku pernah interbiu student aku, kenapa masa sekolah tak belajar bebetul? Leh masuk unibesti. Derang kata, masa sekolah takde kesedaran puan. Mainnn je tau nya. Malas belajar. Tak pikir pon masa depan. Ngorat awek tau ler. Tapi, bab modify motor kasik laju, takyah diajar, berdesup je motor tu. Rempit la apa lagi. Tu yang jadi point ke-3 tu tadi. Dah lepas sekolah, keje kilang, gaji sikit, nak beli motor pon tak lepas, baru lah datang kesedaran. Tu yang masuk institut latihan jek. Nak keje baik sikit, leh beli motor, bleh kawen.

Betul kata orang, lelaki lambat matang. Sedar pon lambat. Ni bukan semua. Tapi kebanyakan. Kalo tak, takde la orang kata lelaki dah pupus. Pempuan pun ramai yang main2 masa sekolah. Tapi, bila cukup 'haul'nya, ada orang masuk meminang. Yang masuk unibesti, masuk. Yang tidak, keje, dok umah, kawen. Takde orang ambik kisah. Yang masuk unibesti dah ramai pempuan. Dah bleh cover yang tidak. Jangan orang lelaki. Nombor 1, ditanya bakal ibu dan bapa mertua, keje apa? Apa? Ahlil muzik? Ok ok, setuju terus. Esok jugak buleh menikah. Bagus la kan? Persepsi ibu bapa zaman sekarang dah berubah berbanding zaman p ramli. Cumanya, boleh cari makan sampai mati ke? Ada, ada yang berjaya di medan seni.

Dah, kering idea ku. Aku bukan berniat untuk membangkitkan semangat feminisme. Sekadar memberi pandangan.

Kesimpulannya, lelaki bukan pupus, tapi tak nampak, tak kelihatan. Media suka buat liputan waktu pendaftaran masuk pelajar ke unibesti. Cuba tiap2 ari derang wat liputan kelahiran bayi2, kot2 bukan kata pupus, e'eh, ramai nyer.... mana pergi derang ni biler besar ek?

Maybe cikgu sekolah boleh beri statistik rambang mereka di peringkat sekolah?

Perkembangan Terkini

Dah berderet2 entry aku yang berbentuk umum. Nampak sangat dah takde aktiviti menarik dalam hidup, ek?

Ada tak aku bersumpah bahawa aku takkan citer pasal loteng lagi? Takde kan? So, boleh la aku citer, kan? Bukan cerita sebenarnya. Statement. Bahawa tangga ni dah siap berkarpet semuanya. Kan aritu aku kata karpet tu tak cukup, kan? Puas aku cari satu bp, non ado lak yang jual. Ada, tapi satu kaler je yang ada. Nak kaler ni, kena order. Malu la pulak nak order setakat 3 kaki jek hihi. Kebetulan encik hairul ada course aritu kat jb, so, dia pon beli la kat tempat aku beli aritu.


Ni pulak ialah makanan ku pada hari sabtu lepas. Dah lamerrr tak makan ikan bakar kat seri kenangan. Rasanya masih sama, cuma kali ni dia lagi sedap berbanding yang sebelum ni. Tapi kali ni orang kedai tu yang pilihkan. Cinonet je dia kasik.


Ni bukan kereta aku, tapi tengok la nombor plat nyer tuh. Sipi2 je ngan plat no. AH.


Dan inilah buku yang aku kecoh2kan kat fb itu. Aku ingat2 lupa apa kes dengan zaid ibrahim tu. Pas baca preview dia baru la ingat. Oooooo aku ada tulis masa raj@ petr@ dibebaskan selepas zaid ni resign. Rupanya memang ada kena mengena pon kes itu. Buku ni ada versi english gak. Tapi aku malas ar nak pening2kan kepala. Baca yang bm ni pon ada yang tak paham, bahasa loyer dan folitik kannn. Tapi memang best. Lebih2 lagi untuk generasi ku yang masih di atas pagar.


Buku seni jahitan tu aku beli sebab banyak pola baju di dalamnya. Senang aku ni design2 baju. Bagi aku, menjahit tak perlu skil sangat. Lebih kepada logik dan kreativiti. Plus pengetahuan am.

Semalam Di Tempat Baru

Hari jumaat lepas, aku balik kerja secepat mungkin. Malam itu, rumah kami menjadi tuan rumah persidangan negara2 komanwel. Hehehe tuan rumah meeting jawatankuasa pendudok taman jek. Tapi, walo pon meeting kecil2an, tetap la kena memastikan segala berjalan lancar, khususnya part makan. Kan, orang, asal meeting je, mesti ingat makan, kan? Agenda ke, minit ke, belakang kira. Yang penting, ada makan tak? Makan apa?


Jadi, sebagai host kali ini, encik hairul telah mengorder aku untuk menyediakan sedikit makanan. Yang sesuai dimakan sebagai supper, walopon maybe derang tak dinner pon lagi. Nasi adalah prohibited. Jadi, balik keje tu, aku pon terus mengerjakannya. Siap semua, ngam2 time derang sampai. Lebih kurang kul 9pm. Ada wakil wanita 2 0rang. Lelain lelaki jek.

Siap sumer, aku pon bertapa dalam bilik. Menunggu derang abis meeting. Sambil2 tu, sembang2 ngan cik luna. Tiba2, dia bagi idea untuk tido kat loteng. A'ah, best jugak idea tu. Lagi pon malam ni rasa macam sejuk jek. Sebenonya aku tunggu hujan malam, baru boleh tido kat situ.

Tapi, sampai ke pukul 1 pagi, belum nampak tanda2 meeting itu akan berakhir. Makan sudah, lawatan tapak pun sudah, meeting tak selesai2 jugak. Boleh dia sambung balik lepas makan?Orang kan, asal datang umah aku jek, mesti nak round satu rumah, tau. Sampai ke yard belakang rumah pon nak tengok. Padahal sama jek pattern rumah derang ngan rumah aku. Lain la orang taman sebelah ke kan. Ok, maybe lah derang tak tengok loteng aku lagi, tapi, sampai ke dapo tuuuu. Ni lelaki ok. Aku kalo pompuan tak kisah la, memang spesis kepochi. Hihihi lelaki zaman sekarang memang kepochi ek? Opsss orang taman aku ada yang baca blog ni, dah takleh nak kutuk2 orang setaman dah hihihi. Hai, jiranku!

Lebih kurang pukul 2 pagi, semuanya beransur pulang. Aku pon mengajukan idea tu tadi. Yeay! Tido loteng! Tapi, nak angkat tilam 3 hengget ker? Adoiii leceh nya. Maka, kami angkut toto je lah. Besok pagi, adoiiiiii sakit pinggang ku. Tu lah, dah manja badan tu pakai tilam 8 inci, dapat toto 1 inci, terus sakit2 badan. Satu lagi yang lecehnya, kalo nak terkucil. Adoiii nak kena turun pulak. Apa2 pon, best jugak. Terasa lain la suasana nya. Mujur lah suhu pada malam itu adalah sejuk. Kot panas memang aku cabut masuk bilik je. So, kepada bakal tetamu2 ku, loteng itu sudah diujikaji. Selamat dan sejuk.

Aku dah rasmikan, who's next?

Tuesday, 19 January 2010

Lawan Kepada Diet

Salam sejahtera, tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian,

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, saya adalah kurus.

Oh, mesti ada yang takmo baca coretan ku ini kerana ia kedengaran agak keji. Saya tidak bermaksud untuk mengejek atau menyindir sesiapa. Kalau ada yang terasa, ampun maaf ku pinta.

Tidak seperti kebanyakan blogger lain di senarai tepi blog ku ini, aku berazam tak mahu kurus lagi pada tahun 2010 ini. Ulang baca, tak mahu kurus. Ini tidak bermakna saya ingin gemuk, ya.

Kalau orang yang nak menguruskan badan, keyword nya ialah diet (baca:tak makan). Selepas itu, herba/slim tea/pil. Selanjutnya, senaman. Kemudian, yang kuat semangat lagi sikit, aerobic, jogging, gym, fitness centre. Dan yang terakhir, slimming centre dan doctor (bila saiz badan menjadi masalah dalam hidup).

Sementara orang yang nak menaikkan berat badan, keyword nya pula ialah makan. Selepas itu, weightgain, gain8, gainplus, gain gain gain. Selanjutnya dan terkemudian sekali, untuk fit, senaman, aerobic, jogging, gym, fitness centre.

Aku fokus kan kepada menaikkan berat badan. Orang selalu cakap, "makan la banyak sikit. kurus sangat ko nih." Atau,"laki ko tak bagi makan ker? keding bebeno." Atau pun, "ko diet ker? kerempeng cenggini pon nak diet ker?" Ada juga, " eee ko ni, macam papan lapis. laki pelok pun tak best." Dan yang paling aku takmo dengar, "patut la ko tak ngandung2. kurus bebeno."

Tengok lah tu. Tak boleh tengok orang senang, kan? Senang ker? Sebenarnya senang, tapi orang yang menjadikan kita tak senang. Macam satu kisah ni... (kabur2 dan masuk mode nostalgia).

Ada sorang lelaki ni, sihat walafiat gagah perkasa, tengah jenjalan. Tiba di pertengahan jalan, terjumpa ngan sorang kawan.

"Weh, ramli, pekabo? Sihat ker?"

"Baik, aku sihat."

Dia pon meneruskan perjalanan. Jumpa lagi ngan seorang kawan.

"Hai ramli, kenapa muka ko pucat je nih? Tak sihat ker?"

"Eh eh takde lah. aku sihat la. (lam hati, erkkk muka aku nampak sakit ker?)"

Dia jalan lagi. Jauh perjalanan nih. Jumpa lak ngan kawan lagi sorang.

"Isy, ramli ke nih? Hampir aku tak kenal. Lain beno muka ko, pucat lesi aku nengok. Macam orang sakit."

"Oh, a'ah, aku rasa macam dedar2 je nih. Nak demam kot."

Ramli pon teruskan perjalanan jarak jauh itu. Sampai di simpang 3, dia terjumpa dengan sahabat lamanya.

"Eh eh eh ramli, ko ok ke nih?Ko demam nih. Meh aku bawak gi klinik. Macam dah nak pengsan dah aku tengok."

"Oh, takpe takpe. Memang aku demam sikit. Aku nak gi klinik la nih."

Dan ramli pon pegi ke klinik dan berkata kepada doktor, "Doktor, saya kena leukimia. Tadi dah macam nak pengsan."

Erkkk apa kaitan kisah ni dengan point aku tadi? Tah? Saje, aku baru teringat kisah ni. So, nak share kat korang. Ini ialah teori konspirasi.

Ok, sambung semula pasal kurus. Sebagai seorang kurus, aku menghadapi beberapa masalah. Antara yang terbesar ialah, kurang selera makan. Bukan tak lapar, tapi tak selera. Dan yang tambah membantutkan lagi selera, aku malas makan huahuahua. Malas di sini maksudnya, kalo kat opis ni, malas nak turun cafe. Keluar makan jauh sekali la kan. Pastu, malas nak makan. Umak aiii ni unta padang pasir pun takde gini punya pemalas daaa hihihi.

Tapi, kalau kat rumah, tak boleh la buat pe'el ni, kan? Datang angin rajin tu, aku masak bersungguh2. Hello, malas masak ngan malas makan adalah 2 perkara berbeza okkk. Tapi yang selalunya angin tak berapa nak datang la hihi. Ketat ler perut kalo siang malam asik makan nasikkk jek. Nak tido pon tak best. Tapi, tetappp kena pikir perut yang lagi satu tu. Hasilnya, suami ku juga adalah slim hahaha. Dahhh aku yang dituduh tak geti masak sebab suami kurus. Dah, dia pon sama ikut pe'el aku, malas makan.

Persoalannya, apa yang harus aku lakukan untuk mengatasi masalah tersebut? Bukan malas masak tu, tetapi malas makan.

Bye dan Selamat beramal!


Sunday, 17 January 2010

Kawen Gantong

Baru lepas membaca sebuah buku, langsung terasa nak buat banyak2 entry seolah2 respon kepada buku itu. Berpusu2 idea nih, cuma entah bila dapat merangsang neuron dan mengalirkannya ke dalam darah seterusnya memacu saraf jemari untuk menaipnya. Tah betul ke tak step ni tah, hentam je lah. Kang cikgu biologi baca ni kang, ada yang sakit jantung.


Kenapa aku memilih tajuk ini sebagai entry pembukaan terhadap respon kepada buku tersebut? Tak lain tak bukan, kerana ianya memang kena mengena ngan aku. Kalo takde kaitan, cemana lak aku nak mengulasnya, kan? Tulis melalui pengalaman la paling senang.

Aku mula kenal ngan istilah kawen gantong ni semasa dalam tingkatan 2. Ada dalam tajuk munakahat sekolah ugama ker? Eh, cop, dalam banyak2 sebutan, aku hanya menggunakan istilah ugama untuk sekolah ugama. Erkkk apa nih? Ye lah, salu orang sebut, agama. Tapi, kalo sekolah di bawah jabatan agama islam negeri johor itu, aku sebut sekolah ugama. Selain agama dan ugama, ada juga orang sebut igama, kan? Ikut masing2 punya terjemahan dari tulisan jawi ke rumi.

Ok, berbalik kepadaaaaaaa ok, tingkatan 2. Apa yang aku tau masa tu, kawen gantung ialah nikah dulu, tapi bersanding nyer lambat lagi. Dalam tempoh tu, tak boleh bersama sama mengejar mimpi, sama2... ok, takyah nyanyi. Faham ler kan. Kira macam dah dapat lesen memandu, tapi gantung dalam frame je lah lesen tu hihi. Macamana aku boleh tau waktu tu? Sebab along ngan abang long adalah kawen gantung. Jap, aku nak ingat balik. Berapa lama ek dia kawen gantung? Yang pastinya, dia sanding bulan 5/6 (cuti sekolah 3 minggu). Maybe dia nikah dalam bulan 3 gitu kot. Tah, dah lupa laks.

Kenapa perlu kawen gantung? Pulak tu, lagi 2-3 bulan jek sanding nyer. Takleh tunggu ker? Tak ker membuang masa orang? Ye lah, kalo sedara mara tu, nak kena datang la kan. Masak2 wat kenduri. Kang time sanding, kenduri lagi, datang lagi. Yang belah laki pon sama gak. Aritu tunang dah bawak rombongan. Ni nikah, bawak rombongan. Sanding kang, bawak rombongan lagi. Tak ke leceh tu?

Ada orang kawen gantung sebab nak pergi berperang. Tentera2 tu. Kang tinggal tunang kat kampung, takut disambar orang. So, kiter kasi ikat itu pempuan dengan ikatan perkahwinan. Kot kekanda gugur di medan perang, janda berhias ler jawabnya.

Ada juga yang pergi menuntut ilmu ke luar negara. Takut pasangan jatuh chenta kat mat saleh. Terus ditambatnya sebelah kaki kat tanah air. Takkan nak kasi dia pakai cawat besi plak? Biasanya orang kita, kalau dah tau diri tu bini orang, insya Allah selamat. Takde ler curang2 dah.

Ada juga yang kawen gantung sebab mak bapak pon takut 'apa2 berlaku'. Almaklum dan alfaham je lah kan. Dah bertunang, darah manis. Kot ada yang pikir, alah, dah tunang ni, kira dah nak kawen la kan. Apa nak tunggu2 lagi. Esok2 kawen gak. Kot la kan ada yang pikir gitu, kan ke 'bahaya' tu? Jadi, mak bapak ni lepas kan lah awal sikit (duit hantaran tak cukup lagi pon). Tak pon, anak tu sendiri yang ugut mak bapak, mak tak kasik kami nikah sekarang, kami ehem ehem, mak abah yang tanggung dosa eh. Wah wah ko! Sukati mak ko jek. Eh, ni kes mengenakan mak, takkan nak guna sukati 'mak ko' jugak ek? Sukati ko jek ek. Jadi, kawen gantung ler depa. Tapi, nama je kawen gantung, tapi tak gantung gak lesen tu hehehe.

Dan akhir sekali, ada satu lagi versi kawen gantung. Kang aku cite kendian.

Ok, berbalik kepada kawen gantung kakak ku itu tadi, aku pon tak ingat sebab apa derang nikah awal tu. Yang komfem bukan sebab pergi obersi tu lah. Kalo sebab berperang tu ada la sipi2 kot, sebab time tu abang long masih keje polis hutan. Apa2 pon sebabnya, aku tak ambil kisah.

Masa dalam tempoh bertunang, memang ler selalu abang long datang ke rumah. Alaaa apa kata orang? Untuk mengenali diri masing2 dengan lebih dekat lagi? Bukan tu ker tujuan bertunang tu? Dan selepas derang nikah gantung tu, lagi la selalu abang long datang ke rumah, kan? Buat2 tanya pulak. Kalo masa bertunang, kami ni boleh la lagi nak buat2 lalu ruang tamu tu kalo nak ke depan rumah. Tapi, selepas bernikah tu, hehehe lalu ler kalo ko nak lihat adegan yang tak ingin kita lihat ekekekek. Nak masuk bilik, mak tak kasik hihihi. Syiannnn merana jiwa dan raga ekekekeke. Ye ker? Boleh caya ke? Ermmm...

Ok, abis cite pasal along. Kang dibuatnya dia baca blog ni kang, tak pepasal kena pelangkong aku balik kota kang. Ada juga yang nikah seminggu dua awal dari tarikh kenduri. Tu aku tak pasti samada masuk kategori kawen gantung ke tidak.

Dan dalam kes aku pulak, aku pon tak tau nak kira gantung ke tak kalo 2 bulan selepas tu baru sanding? Nikah tu betul lah, gantung tak gantung tu kita cite kat belakang ar ek? hehehe. Kalo orang lain mungkin rancangan untuk nikah gantung tu dibuat secara ad-hoc. Tapi aku, siang2 lagi, sebelum bertunang lagi dah ada plan tu. Hebat tak hebat eh? Nak kawen punya pasal, terus bijak membuat planning eh? Tapi tak de lah siap ngan tarikh tertentu. Tarikh 25 Disember 2004 itu dipilih kerana hari tu cuti umum, itu jek. Selepas pernikahan pada pagi itu, belah petang nyer aku balik ke rumah mertua. Siap pegi kenduri kawen 2 rumah lagi dengan pakaian nikah hahaha. Perantin gi umah perantin gitu. Malamnya, suami ku, wah, first time sebut suami waktu tu, hantar aku balik, dan, dia balik umah dia semula. Huaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Esoknya, tsunami. Tah, kali ke berapa ratus dah aku tulis pasal ni. Saje nak suh korang ingat aku setiap kali tiba tarikh ni hehehe. Ingat tsunami, ingat ayunasia.blogspot.com eh? Hey, bila masa tah tsunami tu berlaku, aku pon tak tau, tau. Tengahari 26hb tu, kami on the way balik ke batu pahat. Siap antar yayu balik @dtec lagi. Malam tu tengok berita pasal tsunami, tapi buat tak kisah jek. Tsunami di jantung lagi hebat kot time tu huhuhu. Boleh jadi tajuk buku tuh. Tsunami Bulan Madu. Erkkkkkkk aku nikah gantung ke? Percaya lahhh...

Tapi, sebelum membuat keputusan kawen gantung ni pon aku tak berapa suka. Bukan tak suka nak kawen. Suka la sebab bleh kawen cepat hehehe. Tapi aku bimbang persepsi orang sekeliling. Ye lah, dok kampung kan. Kenapa si sepan tu nikahkan anak dia cecepat? Dot dot dot ker? Benda tu bermain2 di fikiran aku, tapi aku tak beritau sesiapa. Kang aku cakap kat mak kang, pening lak paler dia ek? Think positive je lah. Percaya kepada diri sendiri. Yakin boleh! Eh? Apa kena mengena yakin boleh pulak neh? Yakin boleh laaaaaa...

Oh, lupa lak. Pada sesiapa yang tak tau, aku gantung kerana tarikh dan yayu. Nak tau citernya, search kat atas tu, 'novel cinta ku', okeh?

Ada jugak kawan seopis ku yang kawen gantung. Dia nikah bulan 1, sanding bulan 3. Saing ngan kenduri kawen aku kat belah lelaki. Sebabnya, bulan 3 tu bulan Muharam. Hampir sama ngan sebab aku, cuma kes aku lagi complicated hehehe. Selepas derang nikah, ada la member lelaki ni usik2, ko dok asing2 lagi ker? Dia cakap, ha lah, kan nikah gantung. Member tu pon cakap, bak nombor tefon laki ko, aku nak call dia. Rugi arrr dah nikah tak ... Hihihi. Laki dia tu dok ngan mak. Aku tak tau lah dia bagi ke tak nombor tefon tu, tapi weekend tu derang terus booking hotel sur1a kat cherat1ng tu huahuahua... Tapi aku rasa dia sendiri yang cakap kat laki dia hikhikhik.

Dalam buku yang aku baca tu, ada citer pasal kawan dia yang kawen gantung. Wifenya kat maktab. Setiap kali cuti semester, dia ngadu ngan penulis. Mak mertua dia yang tak kasik. Wife dia pon takut nak menentang ibunya. Last2, penulis ni bagi idea, kalo ko buat pon, bukannya ada siapa tau. Bukan ada tanda ke cop ke kat muka bini ko tu. Mana mak bapak dia tau? Pengetua maktab dia pon tak boleh tau la. Apa yang ko takot sangat? Hihihi. Selepas itu, dia dah tak mengadu2 lagi dah. Siap bleh cakap, betul la, takde tanda pon, mak dia pon tak tau ekekekek.

Okeh, itu je kisah kawen gantong yang nak aku kongsi kan di sini. Pasnih aku citer topik lain plak ek.

p/s kredit to penulis buku ini. u know who u r. (macam la dia nak baca blog picisan aku ni :P)

Saturday, 16 January 2010

Win Lost Or Draw

Sambil makan roti jala 'pagi' tadi.

Apa ke nama parit yang kita beli makan mee bandung aritu tah?

Encik suami melukis dengan jari gambar bulatan.

Ooo parit bulat.

Haaaaaa teka ni.

Aku lukis gambar kereta.

Kereta.

Ada sambungan dia. Aku lukis gambar tangga.

Errr apa tu?

Kereta dalam bahse inggres apa? (dah tak win lost or draw dah. boleh kuar suara pulak)

Car.

Ni tangga, saper yang buat?

Ooo dusy dusy dusy ekekekekekekekekekekekekekekekekekekekekekekek.



Friday, 15 January 2010

Wawasan 2020

Hey! Dah masuk tahun 2010 lah! 10 tahun lagi nak masuk tahun 2020. Tahun wawasan sepatutnya dicapai. Boleh tercapai ker? Apa sumbangan/peranan kita? 10 tahun lepas apa berlaku ek? Jap, aku rewind balik memory ke tahun 2000. Zasss!

Millenium! Y2K! Apa lagi? Aku pulak, ermmm masa tu baru grad diploma. Senang je nak dapat keje ngan diploma ek? Sekali interview jek, terus dapat. Tu salah satu kebaikan ambik diploma sebelum ambik degree la. Kalo tak dapat keje ingeneur, simpan degree bawah tilam, pakai diploma, senang2 je leh dapat technician. Serius beb. Apa? Gaji kecik? Lebih baik dari mengabiskan boreh kat rumah je, kan? Dan tech boleh claim ot, ingeneur takleh. Keje kuat sikit boleh dapat gak gaji ingeneur. Kerja lebih kepada hands on. Masalah2 besar kasik kat ingeneur jer selesaikan ekekek. Apa aku merepek nih?

Dari sudut teknologi, masa tu, zaman henfon tengah nak naik. Henfon skrin hijau, monofonik. Nak buat lagu kena key in code2 lagik. Setahun kemudian, skrin biru plak. Kendian, skrin kaler, polifonik. Kendian truetone. Now, dah tak terkejar dah teknologi2 ni. Aku masih dengan henfon nokia xde 3g dan bluetooth :(.

Masa wawasan 2020 diperkenalkan, aku di sekolah rendah. Darjah berapa ek? Tapi dulu, masa disebut tahun 2000 je pon aku dah bayangkan robot2. 2020 apatah lagi, kan? Pastu ada yang cakap, nanti tahun 2000, kita akan berperang. Masa tu aku dah plan, nak duduk dalam air. Ingat peluru dan bom takleh tembus air hikhik. Pastu, kalo cikgu suh lukis mural gambaran tahun 2000, siap ngan roket2 ngan orang bulan lagi.

Dan bila kuar wawasan 2020 ni, aku ingat, semua benda otomatik la. Tu yang aku dah siap berangan nak cipta mesin siang togeh tuh. Tak sangka la pulak, rupanya ict yang meledak dalam tahun 2000an.

Jom tengok, sejauh mana aku terlibat dalam wawasan negara ni.

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. erkkk susahnya. ni kira dicapai melalui misi 1 malaysia kot. baca pon tak paham, nak capai cemana ek?

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain. ok, mungkin ada inidvidu yang mencapai, tapi banyak yang lain, tak pasti. jiwa bebas sampai terbabas mungkin la kot.

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. ni nampak ada peningkatan. tapi turun naik jugak. harap2 10 tahun lagi akan terus meningkat.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi. huh! tak berani nak jamin...

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. dengan situasi terkini, macam tak sure sangat.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. walau pun masih ketinggalan dengan negara lain, tapi banyak perkembangan positif.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh. boleh boleh...

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. ermmm...

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. boleh kot.

Yang penting, kita perlu menuju ke arah negara maju bersyariat (nak jugak pakai slogan majalah solusi hihi). Chaiyok!

Wednesday, 13 January 2010

Setahun Sudah Berlalu, Kini Lebih Realistik

Ingat tak lagi masa aku wat entry masuk rumah? Sumer serba baru kan? Berkilat, kemas, dan teratur. Apa dah jadi sekarang? Masih macam dalam majalah? Adakah piuk nasik masih nyorok dalam kabinet? Masihkah ruang penyediaan makanan tu, kosong lapang? Takde balang biskut, tin milo, tin susu, toaster, blender?

Dalam magazine, segalanya sempurna. Tak nampak bayang segala benda2 tu kan? Hakikatnya, adakah begitu? Apa motif aku nih? Tah? Aku pon tak tau hehehe. Sebenonya aku cuma nak membandingkan dapo aku time belum dibuat memasak tu, dengan sekarang, selepas segala aktiviti harian berlaku di situ. Rujuk entry ini dan entry ini.

Pertama sekali, display cabinet ni. Sekarang punyer lebih berseri kot hehe. Perasan.


Area dapo ni pon nampak berseri dan berwarna warni. Bagi aku, bila berwarna warni, otomatik dia jadi berseri la.


Dah semakin crowded ker? Tapi aku suka. Macam dapo. Kecuali water dispenser tu. Encik suami yang berkeras nak letak kat situ. Layan kan je la.



Realiti dapo, mesti lah ada basuh2 pinggan, kan? Mana ada orang basuh terus kering ek?





Ah, macam palsu. Mana span ngan bekas sabun?


Mula2 pakai alas kain. Tak lama, tak tahan asik kena basuh jek. Beli alas plastik ni, senang, lap je dah bersih. Dah la segala benda yang masuk dapo ni mesti park kat meja ni. Tak dapat la nak melawa2.


Macamana ngan dapo korang? Yang pindah saing2 aku atau yang hampir sama. Meh la share. Syaratnya, takleh sorok2 barang ek.


Tuesday, 12 January 2010

Bukan Rugi, Tapi Tak Untung

Asik bertangguh je, lama2 aku langsung terlupa nak buat entry ni. Lalu, menyedari kelemahan diri yang banyak topik nak tulis tapi lupa, kali ni aku buat draft siap2. Draft bertajuk, tapi isi nya empty. Jadi, takde lah terlupa lagi lepas nih. Entry2 jenis ni biasanya berguna saat2 camni lah. Time takde idea atau aktiviti menarik yang nak diceritakan. Dah lama juga aku tak menulis tentang hujung minggu ku. Aku rasa macam orang dah menyampah kot, tu yang aku pon dah tak rajin nak citer tu.Tapi, untuk topik ni, aku macam banyak idea, tapi tak tau nak huraikan cemana. Terima je lah dengan hati terbuka.

Sejak dua menjak berkecimpung dalam dunia gomen ni, kerap kali juga aku dengar orang merungut, tak puas hati dengan apa yang didapati sebagai seorang staf gomen. Ada juga cemburu dengan 'pendapatan' orang lain. Pendek kata, dalam syukur dapat kerja dengan gomen, still jugak banyak komplennya. Orang kata, dah diberikan betis, nak peha.

Hakikatnya, bekerja dengan gomen ni sebenarnya, kau takkan untung dan tidak juga rugi. Takkan ada istilah, majikan untung besar, bonus pon besar. Takkan ada istilah keje setengah mati, tapi gaji takat tu jugak. Semuanya adalah 'berbaloi-baloi'. Untung gomen bagi keje. Sebab kita bekerja untuk rakyat. Kalau takde rakyat, ko takde keje tau. Kalu takde student, takde @dtec ni, maka takde la ko keje. Ingat tu yea. Peringatan untuk aku juga. Jangan marah2 student jek tau nya. Cikgu2 pon sama yek. Ko ajar anak aku, aku ajar adik ko. Aku ajar anak ko, ko bagi aku saman ekor (ni kepada jpj dan polis). Aku ajar anak ko, ko bagi CF rumah aku (ni kepada majlis, bomba dll). Dan begitu lah seterusnya. Kita saling melengkapi. Kalau semua orang keje gomen, saper nak jual asik lemak? Nak buat tv lcd dan pemain bluray? Hehe cari lah kaitannya. Ingat, kami juga pemandu seperti anda. Huh! Cam tak eklas jek.

Eh, aku pon baru perasan? Apabila wujudnya sesebuah institusi pengajian tinggi di satu2 tempat, institut tersebut akan menjadi lubuk emas kepada penduduk sekitarnya. Buktinya, macam sebelum ni, ramai juga orang keje kat sh@rp, fuj1tsu, pemandu lori dll kat taman aku tu. Lama2, sorang2, bini la, adik la, kakak la, derang dapat keje ito. Kira kalo keje kilang tu macam tak puas gitu. Kena gak keje ito, baru lah masuk dalam 'class penduduk taman wira@ jay@' gitu. Tak kisah lah keje tu pangkat rendah2 pon. Asalkan keje gomen je, terus naik rating di mata ibu dan bapa mertua. Heh apa aku merepek ni tah.

Contoh seterusnya, ketika mula2 menjejakkan kaki ke alam gomen. Terdengar, isy, untung nyer korang. Masuk2 je keje terus naik gaji. Kitorang ni dah keje lama, baru ni la dapat naik. Untungnya koranggg. Hello, selama ko tak naik gaji tu pon aku takde gaji tau. Sape untung sape rugi nih?

Pastu, masa aku masuk keje dulu, ada 2-3 orang 'abang2' ni baru dapat kp$l. Kalo keje gomen ni tau la. Umpamanya, ko takmo sambung belajo, tapi nak naik pangkat, ambik je exam (tapi susah ler examnyer), bleh naik gred dan kumpulan. Contohnya, dari kumpulan sokongan 1 leh naik sokongan 2. Yang sokongan 2 leh naik p&p gitu lah. So, dalam kes kawan ni, dia dari sokongan 2 naik p&p. Atau dalam kata lain, dengan diploma, dia naik p&p la gitu lebih kurang.

Pastu, aku ni masuk keje hujung bulan 5 2007. Gaji baru secara2 besar2an tu pulak bermula bulan 7 2007. Jadi, bila derang ni lapor diri sama2 ngan aku, otomatik gaji derang pon naik ke gred baru. Dan bila bulan 7, kenaikan derang cuma 15% dari gaji pokok la kan. Padahal, kalo derang lapor diri lewat sikit, tunggu bulan 8 ker, dah tentu2 derang sempat naik banyak mengikut kumpulan sokongan 2, dan bila derang naik kumpulan p&p, lagi la naik lagi dan lagi. Sebab bila naik pangkat, gaji baru derang akan lebih tinggi 1 gred dari gaji asal, dalam matriks gaji baru. Hehe ni orang keje gomen faham la kot. Perbezaan masa tu bila dikira, lebih kurang rm1k tau.

Bila derang sedar tu, dah terlambat sebab derang dah terlapor diri bulan 5. Tapi, sebenarnya boleh lagi diadjust. Boleh tarik balik. Kita buat dia kan. Tapi takleh undur balik la lapor diri tu. Cuma leh tolak jek. Yang sorang ni, muda lagi. Awal 40-an. Lambat lagi nak pencen. So, dia kata, biar lah dia naik je, sebab bila dah masuk p&p, jauh lagi dia boleh naik. Kot la bleh sampai jus@ ke kan. Yang sorang lagi, lagi 4-5 tahun nak pencen. Mula2 dia dah nak turun balik. Selepas dinasihati oleh isteri dan 'adik2' dia ni, maka dia teruskan juga kenaikan tu. Lagi pon, kalo dia turun balik, kena balik tempat keje lama, mengajar ler balik. Kalo diteruskan, pindah jabatan dan skop kerja pon berubah. Kira sesuatu yang baru dan lebih exciting gitu keje nya.

Ada satu lagi kes pulak berlaku di uni. Ni ikut pemahaman aku la. Kot aku salah faham ke, apa, jangan salahkan aku hihi. Ni blog main2 jek. Jangan ambil serius sangat. Kesnya pasal lecturer yang balik dari phd. Sebelum ni, saper yang balik phd, derang akan kembali ke gred asal seperti sebelum pergi, 45. Kot. Kena ambik ptk kot, baru boleh naik pangkat kot. Banyak nyer kot. So, sebelum pegi 'membuat' phd tu (macam buat cekodok je bunyiknya ek?), derang kata, luluskan ptk tu siap2, supaya balik2 je nanti, senang naik 51. Kot gitu lah. Macam service aku jugak. Kalo nak sambung master, luluskan ptk siap2, balik nanti leh terus memangku 44.

Namun begitu, pada suatu hari, derang menukar syarat. Balik2 je phd, bleh terus naik 51 (tapi tak tau kena lulus ptk dulu ke tak sebelum pergi tu). Jadi, selalunya nya kan bila kuar pekeliling baru kan, derang akan state, immediately ke, backdated ker kan. Pastu terpakai kepada siapa2 kan. So, dalam kes ni, dia kata, benda ni terpakai kepada mereka2 yang balik phd pada, let say bulan 2 2009 (ni contoh la. yang sebenar aku tak tau). So, apa jadi dengan mereka yang balik pada 31 januari 2009? Huhuhuhu. Mesti la rasa tak puas ati kan? Dah la aku belajar bersungguh2 (nak cecepat balik), tetiba begini pula balasannya. Yang balik lepas bulan 2 tu tah2 sebab extend ke kan (lambat kemas pinggan mangkuk noritake atau tak nak balik cecepat atau tertinggal flight ker). Dia pulak yang dapat naik pangkat dulu. Ini tidak adil! Sabo je la nakkk. Sekali lagi, dalam keje gomen ni, takde untung rugi. Ikut rezeki masing2. Redha je la. Mudah2an dengan keredhaan, itu, rezeki lain pulak dapat. Wah! Macam bagus je si asiah tu kan? Cakap je senang la. Cuba dia yang kena, menggelupur jugak ekekek. Isy, serius beno.

Ada satu lagi, kiter ni sikit punya la belajar bersungguh2. Lepas diploma, sambung degree. Tak pon yang memang terus degree pon sama. Sekali tengok, member yang sama2 diploma ngan kita dulu, yang terus masuk keje gomen sebagai penolong officer, gaji dia lagi tinggi dari kita. Mana tidaknya, elaun kritikal dia pon 10%, ko punyer 5% jek. Basic dia pon lagi tinggi dari ko yang baru entry level, sebab itu ari masa kenaikan gaji, derang punya naik 25% (ker 20% eh?), ko punya gred baru 15%. Buat penat aku je belajar bersungguh2. Dah lah gaji lagi tinggi, takyah buat keje pengurusan pulak tu. Apa la ertinya degree ko tu, apalah ertinya pangkat ko yang kunun tinggi tu. Tak penting pon. Aku takyah belajar tinggi2 pon boleh dapat gaji lagi tinggi dari ko.

Opsss bab ni macam kena ngan batang idung aku. Tapi aku fikir positif ok. Bagi aku, walo pon aku berada pada gred paling rendah dalam kumpulan p&p, tapi aku ada banyak lagi peluang untuk naik lebih tinggi. Takyah susah2 nak ambik exam kp$l. Dan yang paling penting, aku belajar bukan nak kejar pangkat dan gaji yang tinggi, tapi kerana "ILMU". Wah lagi! Wow! Insaf siot...

Ada yang kata, aku kerja gomen, tetap dan berpencen. Kerja lebih kurang je lah. yang penting besok pencen dapat duit pencen bulan2. Rasa lega, lapang, secure, stabil. Hakikatnya, status tetap dan berpencen tu ada condition. Bak kata pengarah aku, selagi kau tak pencen, selagi tu lah kau belum tentu lagi dapat pencen tu. Disiplin kena jaga. Buku servis kena 'bersih'. Jadi, sama2 lah kita berkhidmat untuk negara dengan ikhlas dan ikhlas.

Aduh! Aku rasa macam tak kena je flow entry aku nih. Agaknya penggunaan kata (apa ek, kalo kemudian, lantas, lalu, selepas itu, maka?) macam tak kena jek. Dan macam takde penutup jek? Lantak la.

Monday, 11 January 2010

Jahit Marathon

Hari Khamis yang lalu, encik hairul pergi kursus selama 4 hari. Biler dok sensorang, aku pon pikir2, apa nak buat ek? Takkan nak terkulat2 jek? Tengok tv? Layan internet? Huh! Macam misi membuncitkan perut je? Kalo nak buat tu sumer, time encik hairul ada pon boleh. Ni sekali sekala dia takde, mesti buat sesuatu yang lain.


Akhirnya, hari jumaat tu, aku pon mendapat idea. Ting! Menjahit! Wow! Kenapa aku tak terpikir e'awal eh? Bernas jugak idea tu. Selain dapat memenuhi masa, baju aku pon bertambah. Disamping menjahit, aku pon boleh layan internet jugak. Tv tak dapat la tengok sebab belum letak lagi tv kat bilik tu. Tapi, jumaat, sabtu, ahad, takyah risau la. Takde citer best pon kat tv. Ahad malam tu je ada ajl. By the time tiba malam ahad, tah2 aku pon dah siap pon menjahit.

Maka, jumaat malam sabtu, aku pon mula menjahit. Dapat cantum baju dan jahit kain sepasang. Tinggal kelim dan sembat jek. Baru2 nak mula balik, jadi terkial2 la sikit. Tu je pon ambik masa 2 jam 45 minit. Memang kena praktis selalu baru boleh siap cepat.

Esoknya pulak, celik2 mata je, terus pasang niat nak potong kain dan sambung menjahit lagi. Bangun2, siap mandi sumer, terus bertapa dalam bilik jahit. Wah! Dah maju sikit. 2 jam 15 minit untuk benda yang sama dengan malam tadi. Petang pulak, konon nak potong kain. Biasanya paling lama sejam la untuk potong sepasang baju kurung. Bergantung pada jenis kain. Tapi kali ni, dapat sepasang je sampai pukul 5. Why! Itu lah kelemahannya biler menjahit sambil online. Benda yang sekejap pon jadi lama. Tapi takpe, tinggal sepasang je lagi. Tapi petang tu sempat la jahit tepi 2 pasang. Mesin jahit tepi aku tu memang bergegar2. kelajuan motor tak berkadar langsung dengan jisim body. Jadi, biler menjahit kat atas loteng, huh! Ngan loteng2 sekali bergegar hihihi.

Malam, aku kena pergi opis, ada aktiviti malam 'penglipur lar@' katanya. Jadi, tak sempat nak menjahit malam minggu.

Ahad pulak, ada aktiviti wajib. Kemas rumah. Siap mengemas, sambung jahit lagi. Dapat sepasang lagi. Pastu, dah, penat. Tunggu punya tunggu, sampai pukul 7, bayang suami tak muncul tiba. Hmmm...

Tutorial Tentang Kelebaran (Width)


Aku terpanggil untuk membuat tutorial ini kerana kerapkali juga terjumpa blog yang mempunyai ruang post yang cinonet tapi nak menulis kemain panjang. Pulak tu, tulisan pulak ganal2. Camne tuh? Sebenarnya takde masalah apa pon. Cuma nampak kurang molek kot. Kurus tinggi je blog dia hihihi. Yang eloknya, tulisan sederhana besar, lebar template pon ala2 sedap mata memandang gitu. Kalo lebar sangat dan tulisan kecik pon sakit ati jugak nak membacanya. Baca blog pon cerewet eh? Aku kan over hahaha.

Ok, jadi, untuk membantu mereka yang berkenaan, di sini aku kasi cara paling cincai sekali. Tapi, korang try and error la ek. Macam tambah garam gula dalam makanan. Secukup rasa.

Okeh, memula bukak ler edit html kat layout/template korang. Kendian, cari ler benda alah nih.


Ni ialah lebar header korang. Banner kat atas sekali tu lah. Biasanya untuk nampak kemas, lebar header kiter kasik ngam2 selari ngan lebar post dan sidebar. Kalo tak nak pon takper. Bleh godeh2. Kalo guna pyzam, kekadang korang sayang nak tutup background cantik2 tu, jangan ler buat lebar2 sangat.

Kendian turun bawah sikit, carik benda alah ni pulak. Yang nombor 1 tu ialah lebar area post+sidebar sekali. Ni yang aku cakap tadi, biasanya sama ngan lebar header tadi tu. Tapi kekadang dia lari2 gak. So, godeh2 la jugak.

Yang nombor 2 tu pulak ialah lebar area post. Ok, area post ngan sidebar ni dia akan duduk kat hujung kiri dan kanan outer wrapper tadi. Maksudnya korang kena kira la, lebar post+lebar sidebar mesti kurang daripada outer wrapper. Kalo kecik, akan ada gap antara post ngan sidebar. Dan kalo terlebih, dia akan huru hara dan mungkin sidebar akan jatuh ke bawah post plak. Masa tu korang akan, alamak! Mana ilang sidebar aku? Hahaha tak boleh blah siap berlakon tu. Tapi, jangan risau. Adjust la lebar post ngan sidebar agar tidak melebihi lebar outer wrapper. Kalo boleh kasi sedang elok jek. Kalo rap2 pon tak cantik. Biar ada gap sikit.

Oh, ini lebar sidebar yea. Main2 je kat sini.

Dan yang terakhir, korang boleh alih2 post dan sidebar tu ke kiri atau ke kanan. Ikut sukati korang la nak sidebar kiri ke kanan ke. Aku tak suka 3 column sebab semak mata.


Dan akhir yang betul2 akhir nih. Kalo rasa nak jadi macam aku, malas nak tukar template secara total, just nak tukar background, special untuk pyzam yek, korang tukar je part yang aku bulat kan tu. Memula copy code dari pyzam, tepek la kat word ke mana2 ke. Pastu cari benda alah ni. Pastu tepek la kat tempat yang sama pada template yang sedia ada. Pastu bermain lah dengan warna untuk tukar kaler tulisan, border background dan apa2 la supaya sedondon kaler nyer. Rujuk entry tutorial yang lepas tu.

Selamat Mencoba!

Sekian.