Wednesday 26 August 2009

Gusti Atau Wrestling


Masa tengah makan sebelum balik kampung itu ari (sejak 2 menjak ni aku suka lak tulis 'itu ari' berbanding 'aritu'), kami disajikan dengan tayangan gusti kat tv kedai tuh. Lantas minda ku terus mengimbas kenangan menonton gusti ketika kecik2 dulu.

Kalau tak silap la, aku mula tengok gusti ni time duduk kat rumah busu temah ketika di tingkatan 1 dan 2. Derang memang peminat gusti tegar. Kalau tak silap juga, tayangannya pada hari sabtu petang kat tv singapore. Waktunya pulak petang2 nak masuk maghrib gitu. Aku ingat sebab kekadang, time puasa derang siap pusing tv tu ngadap ke dapor. Buka sambil tengok gusti.

Masa zaman tuh, penggusti yang popular, antaranya mr million dollar man, macho man (bajet henskem), bulldog, nasty boy (team) dan yang paling tak tahan, undertaker. Ramai lagi, tapi aku dah lupa. Masa tu hulk hogan ngan kingkong bandi tu dah tua dah. Tapi kekadang ada la juga dia wat special appearance. Gaya dia selalunya ala2 suh orang sorak2, pastu letak tangan kat telinga, konon nak dengo la orang sorak2 nama dia. Ceh! Poyo.

Aku dah lupa plak, saper ke yang kawen kat tengah gelanggang tuh? Macho man ker? Tapi pempuan tu memang hot time tuh. Bulldog ni pulak ada anjing bulldog yang huduh tuh. Pastu ada pulak kategori baik ngan jahat. Macho man tu kira baik arrr. Undertaker ni pulak ada manager yang pendek tuh. Bila bercakap, mak aiii menyampah betul menengok. Sambil pegang bekas abu mayat lak tuh. Si undertaker nyer pulak tak geti bercakap agaknya, bajet ngeri la tuh.


Mr Million Dollar Man

Macho Man

Undertaker

Nasty Boy

Bila aku pindah semula ke rumah abah, aku dah jarang tengok gusti nih. Tapi dengar2 gak la derang cite, undertaker dah jadi baik la. Kendian dah jahat balik la. Pastu ada orang baru nama stonecold. Macam2. Ingat lagi. Along punya la benci ngan undertaker nih. Sekali kawen ngan undertaker jugak hihi. Abang long aku tu keje gali kubur kat tanah perkuburan kampung makam. Tempat makam sultan mahmud mangkat dijulang tuh la. Tapi dia tak jaga makam tu ar sebab makam tu under jabatan muzium kot. Dia keje under jabatan agama negeri. Keje turun temurun tuh. Dulu bapak eh keje tu. Bila dah pencen, abang long resign keje polis hutan, ambik keje jaga kubur pulak.

Hah, terlanjur citer pasal makam ni, aku nak cite gak pasal sejarah kota tinggi. Eh, nanti2 la. Baik aku fokus kat cite gusti ni dulu.

Penggusti2 ni biasanya ada gimmick masing2 ar. Kira biler derang nak masuk gelanggang pon ada gaya tersendiri. Aksi paling ngeri ialah biler derang ambik kusi lipat dan menghempuk pihak lawan. Kira kalo nengok orang tu turun gelanggang je, terus saspen takut dia ambik kusi. Kadang tu, ngan referee sekali kena belasah.

Kengkadang, setahun sekali ker gitu, ada special event yang dipanggil 'Royal Rumble'. Kira main gasak2 secara marathon gitu. Beramai2. Masa ni, wrestlers yang glemer2 sumer ada la.

Bila berjumpa abang, baru lah aku tau, rupa2nya, gusti ni berlakon ajer. Penat je tengok. Tapi pengalaman tu seronok jugak. Sekarang ni, kat tv3 ngan astro ria pon ada gusti nih. Tapi, sekali pon aku tak pernah tengok. Manusia berubah kan...

8 komen:

Anonymous said...

hehehhe....

saya pon dulu pengemar gusti ni. Ingat la klu antu undertaker tu masok...si bwk abu mayat tu yg sebok ckp..undertaker nyer..dok main2 mata. Tp ngeri jgk kan...keh3..

but, smpi la skrg...The Rock la yg saya paling minat....dah tu dpt somi pon hampir serupa je ngan The Rock tuh.... itu dulu laaaa, time muda2, skrg dah tue...ade lari skt bentuk nyer....kui3

AyunasiA said...

zaman the rock tu saya dah tak tengok dah.

afandiahmad said...

Makcik...giler la...aku tersenyum sampai telinga baca...dulu siap satu family tgk gusti...dgn akak2 aku pun layan...haha

AyunasiA said...

hoho ko pun tengok ek. patut arrr salu dapat no 1. apa kaitan nyer tah?

afandiahmad said...

eleh...ko saje la nak cakap...ko yg dapat No 1 masa 2 Falah n 3 falah tu...poyo la

AyunasiA said...

kehehkeh tau takper...

Anonymous said...

Thanks for finally writing about > "Gusti Atau Wrestling" < Loved it!

Here is my web blog :: Fotografo emocional de
boda

Anonymous said...

Howdy superb website! Does running a blog such as this require a lot
of work? I've virtually no understanding of computer programming but I had been hoping to start my own blog in the near future. Anyways, should you have any suggestions or tips for new blog owners please share. I understand this is off topic nevertheless I just had to ask. Thank you!

Also visit my homepage - how to buy more followers on twitter 2012