Saturday, 8 August 2009

CSI : Miami (bukan tepi pantai, tepi parit) New Season


Nampak gaya macam kena mandi bunga lor AH tuh. Itu ari dah sekor. Hari ni sekor lagi spesis beburung menjadi mangsa AH tuh. Bezanya, kali ni aku perasan detik kejadian itu. Kalau tak silap aku, pagi khamis kot, ada 3 ekor burung terbang rendah di hadapan ku. Dah depan mata, nak elak pon tak guna dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Lepas aku melepasi rintangan tersebut, macam kedengaran bunyi sesuatu. Aku rasa, mungkin salah sekor tu telah dilanggar. Tapi, aku tak rasa dia akan tersangkut lagi. Nanti balik je lah aku tengok.


Sampai opis, balik rumah, lupa langsung. Sehinggalah malam semalam, time nak keluar, aku terbau sesuatuh. Baru lah aku teringat semula kisah itu. Tu pun tak check lagi. Esok je lah...


Pagi tadi, baru lah sempat membuat penyiasatan. Ooo baru lah aku faham macamana orang csi tu boleh cekap menyelesaikan masalah. Melalui pengalaman yang lepas hehe. Sekali tunduk je, terus jumpa dia dok kejung kat situ. Kali ni dia kat tengah2 nombor plate. Tak sempat aku nak ambik gambar bebanyak, abang dah siap tanam dah.


Selepas ini, kepada burung2 dan ayam2 sekitar batu pahat, sila berhati2 biler berhadapan dengan kereta avanza hijau okeh? Keselamatan anda, tanggungjawab anda sendiri. Chiow!

0 komen: