Hambek! Panjang sket tajuk tu. E'eh? Yahoo ni kan. Aku ni dah la baru lepas install ie ngan mozilla. Dapat pulak ie lama, ie8 kot, memang nampak pelik. Tetiba aku nak bukak email, kuar muka lain plak. Url dia pon ada m. kat depan. Musykil2. Sekali aku telek, perati dan tenung, rupanya dia tukar muka lagi. Ko ni asik wat plastic surgery je ek. Tapi takpe, dah macam blog gak muka baru kau tu. Link sumer duk kat tepi. Syabas bethi!
Ni aku tak puas ati nih. Ari isnin lagi aku dah peratikan je dari jauh. Sekali tengok ari ni, pon sama gak perangai dia.
Gini, kan kita ni sedang dalam bulan Ramadhan al Mubarak nih kan. Jadi, sebagai rakyat 1 malaysia ni kan, kita kena la hormat menghormati dengan agama lain. Tapi masalahnya, ni bukan pasal agama lain punya hal, tapi orang seagama nih.
Ari isnin tu kan aku kuar beli motor mesin jahit kan. Aku kuar tu kul 12 dan balik kul 12.45 gitu. Masa aku pergi tu, aku nampak la ada payung2 tepi jalan depan simpang banang tuh. Sekali lalu aku nampak ada 2-3 gerai makanan. Biler balik tu, aku slow la biler lalu situ, nak tengok bebetul. Bukan! Bukan aku nak beli makanan kat situ. Malu la weiii. Walo pon tak poser ke haper, sogan ler nak membeli makanan tengah2 hari buta tu. Air masak dalam botol kat bawah meja pon aku tak berani nak tonggak, ini kan pula nak soping nasik ayam kan.
Maka sahih la di situ, gerai itu menjual makanan bermasak dan penjualnya adalah gegirl2 melayu yang insya Allah Islam. Balik2 tu, aku pon kepochi ar ngan opismate aku. Derang pon cakap, terang2an nampak orang melayu beli. Lelaki pon beli kooo. Kalo pompuan tu, boleh la kiter assume dia tak poser bersebab kan. Kalo laki? Ok, tak kisah la laki ke pompuan, persoalannya, patutkah?
Ok, seperti sedia maklum, batu pahat ni memang ramai cino. Dan mungkin pasaran dia adalah owang cino. Tapi, kat depan simpang tu jugak, berderet deretan berganding gandingan kedai makan cino ok. Lagi pulak, dah tau bulan puasa, orang cino pun paham la, kedai melayu tutup. Pandai2 derang la nak cari makan. Ke korang tak sampai ati tengok apek tu kebuluran?
Hello, kalo ko dah bertenggek kat tepi jalan tu, sesiapa je boleh singgah ok. Lain la kalo ko melarang pembelian kepada orang dewasa di atas 12 tahun. Ehhh budak 5 tahun pon dah pandai puasa ko tau?
Aku tak faham ler sangat konsep perniagaan islam. Memang la kita berniaga, pembeli tu sendiri yang datang beli. Ko nak puasa ke tidak, ko punya pasal la kan. Memang la ko tak suruh derang beli. Tapi, biler dah gerai terbuka, maka itu menunjukkan kalian dialu2kan untuk membeli. Betul tak? Ko boleh kata, aku jual je, biler ko dah beli dan makan, tanggung la sendiri. Tapi, tak ke menjadi tanggungjawab sosial kita sebagai orang islam untuk mengelakkan orang tak puasa? Itu dinamakan peluang ok...
Kalau pasaran adalah wanita2 uzur dan kanak2, kenapa time bulan tak puasa aku tengok ada satu gerai je kat situ yang jual pisang goreng dan keropok lekor? Adakah ko selak kain wanita2 uzur itu? Macamana hendak melatih anak2 berpuasa sekiranya anak2 itu fikir, 'kata bulan puasa, tapi kenapa orang still jual makanan tengahari buta?'
Aku tak komen tentang bazaar ramdhan kerana bazaar biasanya bermula petang sedikit. At least dekat2 matahari panjang segalah baru bazaar tu bukak. Walau pun orang boleh aje makan selepas balik bazaar, tapi tu tak ler obvious sangat.
Aku tak kisah kalo korang tak setuju dengan aku. Biasa arrr, ngan suami pon kiter banyak tak setuju, inikan pula ngan korang korang dan korang, kan? Macam bagusss je pompuan nih :P
Etika kot.
Friday, 28 August 2009
Gerai Makanan Di Tengah Hari Bulan Ramadhan
Hasil karya AyunasiA pada 4:45 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Salam Ayunasia....
Kat tmn tpt sya keje ni pon ade jgk org Islam yg bukak warong tghari buta. Wpon dia hanya buka warong belah dapor nye saja..tp bila time tghari..time bdk2 kilang rehat..mmg berpusu2 la mamat2 x nak pose ni dok beratur beli & pilih menu mknan.....
rasa mcm muka tak bersalah jer bila mamat2 x nak pose dok bawak beg pastik berisi polistrin yg mengandungi Nasi Campur...kdg sorang pegi..tp tapau smpi 5 bgkus..mbe utk kwn2 nye yg kirim!!
Kenapa org Pej. Agama, imam, bilal x pantau erk???
risau betol skrg ni...nnt bangsa lain kata..Islam puasa ikut suka2..nak puasa, puasa..x nak puasa,x yah puasa...
Malu betol!!
dah... derang tak malu, nak wat camne kan...
Post a Comment