Aku memang sensitif bab ulangtahun2 nih. Setakat setahun dua ni, memang ler aku takkan lupa. Hari ni pulak merupakan ulang tahun pertama aku berpindah ke tempat kerja sekarang.
Ingat lagi, hari ini pada tahun lepas, merupakan hari jumaat. Aku dapat surat transfer tuh hari khamis, tapi dah tau keputusannya pada hari rabu. Esok nak pindah, arini baru dapat surat? Kalau orang lain, komfem mintak tangguh punya, kan? Tapi aku? Takde de aku nak tangguh2. Khamis pagi tu aku dah angkut baju bagai, petang tu dari opis, terus je chow cin chow balik bp. Tak kuasa aku nak tunggu farewell party ke haper. Anggap je lah aku tak pernah keje kat situ, aku tak kecik ati pon huhuhu.
1hb Ogos 2008, Jumaat, pepagi lagi aku dah masuk bilik boss. Aik? Tak sampai sebulan dah datang balik? Surat dari kementerian pasal kedatangan aku pon tak sampai lagik. Mana nak sampai, aku pon yang duk kat sana baru dapat semalam. Huhahuha tak tau lagi nak letak aku kat bahagian mana. Pastu dia terus suh pergi opis lama, katanya,
" Pergi lah jumpa kawan2 dulu."
Aku pon terus la berdesup wat seprais kat atas nih. Seronok sangat! Sumer orang, eh, eh, ada lagi? Datang balik? Laaa, betul la tadi, macam nampak kete ko. Dll.
Cukup seminggu aku pindah, dapat kunci rumah pulak. Syok wooo! Sedang elok je timing nyer.
p/s cerita tahun lepas di sini.
Saturday, 1 August 2009
Anniversary Lagi. Apa Pulak Kali Nih Ek?
Hasil karya AyunasiA pada 8:30 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment