Baru2 ni, bank islam offer untuk upgrade kepada gold card. Walo pon aku rasa macam tak layak je, tapi, dah orang ajak tu, mesti bukan ajak2 ayam kan? Bukan susah pon, isi borang, tanda setuju dan hantar beserta salinan slip gaji terbaru.
Selepas sebulan menunggu, pada suatu hari, orang bank islam dari kl call, bagitau, kad baru sudah di pos. Dan kad lama sudah diterminate. Kad belum dapat, dia dah terminate siap2. Apa ke hey? Adusss, terpaksa la isi minyak cash.
Biler dia kata dah pos tu, aku bayang kan macam time aku pos surat2 cinta la. Arini pos, lusa dah sampai. Rupanya, selepas 2-3 minggu, tak muncul2 jugak. Bajet sudah lari lorrr. Tetiba, pada suatu hari, orang bank islam bp lak call, bagitau, kad dah sampai, boleh ambik. Tapi jangan datang minggu nih, sebab minggu ni ramai student. Masa tu musim budak masuk u. Segala urusan bank atau klinik, terutamanya xray, adalah tidak digalakkan.
Selepas seminggu yang dia tak kasi datang tu berlalu, surat kepada aku tak sampai2 lagi. Malas ar nak pegi terus ke bank. Karang dia mintak surat bukti ke hape, menyusahkan plak. Dah lah nak kuar ke bank tu satu pekerjaan yang melecehkan. Kalau tak salah, sebulan selepas dia pos tu, baru lah surat kepada aku sampai. Baru lah aku boleh ke bank dengan aman.
Sampai2 je ke bank, terus dia gi ambik kad aku. Ada la up sikit credit limit tu. Sikit jek. Rupanya kena sign akad yang baru untuk kad baru. Kali ni dia wat proper sikit la banding yang dulu. Kali ni dia tunjuk sijil tanah ke haper tah, aku pun tak paham sangat pasal akad dia tuh. Anggap je lah peguam syari'e derang dah buat kerja yang betul. Berdosa, ko tanggung la sendiri okeh?
Sebelum aku balik, dia hulurkan satu dokumen beserta satu keratan akhbar. Katanya, semua pemegang kad bank islam ditawarkan untuk membuat wasiat terakhir oleh amanah raya dengan charge rm200 sahaja. Kalau biasa rm350 ke gitu la lebih kurang. Actually sebelum aku tu ada sorang lagi mamat yang ambik kad jugak. Dan dia terus sign je wasiat terkhir tersebut. Katanya, pasni derang akan contact balik untuk masukkan butir2 rete yang nak diwasiatkan itu. Yang dia sign cecepat tanpa berfikir panjang tu untuk dapatkan offer rm200 je.
Oleh kerana itu, aku dah bersedia la bila dia hulur wasiat tuh. Dia pon terang kan la lebih kurang pung pang pung pang beserta testimoni pelanggan bagai. Eh, lupa, dia cakap rm200 tu akan dikreditkan ke akaun bank kad kita dalam masa 2-3 bulan nih. Masa dia tengok credit limit aku, terus dia cakap, alaaa 200 ni berapa la sangat. Ewah... sesuka ati ko je ek.
Ok ok, aku tau wasiat tu penting. Tapi sempat gak la aku berfikir sejenak, apa rete yang aku ada? Kete? Rumah? Saham? KWSP? Tak leh la tiba2 je sign. Kena la fikir2 dulu, bincang2 dulu. Tak pe lah, lain kali kot. Lagi pon belum banyak rete. Nanti aku dah faham sumer, baru aku register, kot. Ok ker?
Monday, 3 August 2009
Gold Card dan Wasiat Terakhir
Hasil karya AyunasiA pada 9:38 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment