Cuba korang sebut nama di atas? Yu Ti Hec/Hej Em. Sakit rahang tak? Wah! Exxagerate lebih. Takde lah... maksud aku, catchy tak? Senang di sebut? Menangkap mata? Atau, apa tuh? Tak pernah dengar pon? Kilang buat sabun? Hahaha nak kutuk tempat keje sendiri, kambing hitam kan tempat keje orang lain.
UTHM mula membuat rebranding pada akhir tahun 2006 atau awal tahun 2007. Ia terjadi apabila ia dinaik taraf kepada universiti. Aku masih ingat lagi, sebab masa tu aku berniaga di sana. Derang sibuk suh member2 beli kain yang aku jual sebab dapat naik gaji. Bukan kenaikan tahunan, tetapi apabila dinaiktaraf, beberapa gred perjawatan juga diubah serba sedikit. Masa tu aku seronok ler sangat. Dalam pada seronok tu, ada yang tak berapa seronok. Sebabnya, suami ku belum diserap ke jawatan tetap, so, tak merasa la lompat gred uhuks. Ah, rezeki masing2 kan...
Berbalik kepada tajuk di atas. Entah, silap haribulan ke haper, masa tu lah juga, kejadian banjir besar berlaku di negeri johor nih. Jadi, dalam mereka nak buat rebranding, fokus orang dah teralih kepada kes banjir pulak. Bila banjir tamat, sibuk pulak nak buat baik pulih bangunan dan sebagainya. Maka, jadi begitu saja lah.
Sehinggalah nc baru masuk, kira2 setahun yang lalu. Aku ingat, time raya2 gitu. Sebabnya, masa nc tu nak cari rumah sewa, dia ada bertanya pada seorang staf ni. Staf ni pulak tak tau yang dia tu nc baru, so, agak kemalu-maluan la dia biler dah tau tu. Dan dia citer kan kejadian tersebut di rumah terbuka yang aku hadiri hihi. Suka pasang telinga yea...
Sebagai nc baru, dah tentu dia nak mencorak universiti tu mengikut acuannya. Tidak lah namanya nc kalau tak membuat apa2 perubahan kan. Hmmm bila nc uitm nak tukar ek? Teringin nak tengok benda baru di sana.
Sebagai orang luar, benda pertama yang aku nampak ialah satu papan tanda besar di pintu masuk universiti itu. Dulu kuittho lambang kegigihan, kini uthm lambang kecemerlangan. Besar sungguh. Kalau berenti kat trafik lite tu tak baca gak, tak tau lah nak cakap kan... Selain tu, kat atas jejambat di bandar u pon di letak papan tanda selamat datang kot, tak ingat lak. Kenapa tak letak papan tanda dari arah ayer hitam ek? Ermmm...
Bagi aku, perkara pertama yang lebih penting ialah nama. Ok, nama tu dah registered sebelum banjir lagi. Kalau nama tak boleh tukar, singkatan dan sebutan macamana? Kalau boleh, biar lah ada 'mad asli' dalam sebutan tu. Tidak ler tergeliat nak menyebutnya.
Aku pun pernah melalui situasi ni masa uitm dinaiktaraf. Lama juga lah aku dapat biasakan diri menyebut uitm tuh. Kalo itm je kan senang. Tapi dalam kes tu aku rasa fasa rebranding dia agak cepat la. Orang dah kenal uitm dulu sebelum aku membiasa kan diri menyebutnya. Berbanding dengan uthm ni, orang masih sebut kuittho atau kalau aku, ito je. Tambahan pulak sejak2 ada iklan yakult tu kan. Wah! Hebat nya... Professor dari fakulti mana kat kuito tu yang jumpa shirota tu eh? Eh, boleh kena saman ke kalo tulis cenggini ek? Takut la pulak.
Hah! Aku rasa aku dah lari jauh dari objektif asal aku menulis entry nih. Sebenarnya aku nak respon kepada cadangan untuk memberi nama/sebutan baru kepada uthm. Encik, ada hadiah tak kalau nama yang saya kasik ni terpilih? So, aku nak kasik la beberapa cadangan. hihihi orang uthm jangan gelak ek.
1. UTHOM, bunyinyer Yuthom. Kalau tak silap aku, masa mula2 nak kasik nama baru dulu lagi derang dah cadang nama ni. Tapi, takut plak orang mempermainkan nama ni pulak, tom! tom! bak!
2. UTHO, bunyinyer, tak kisah la, utho atau yutho. Rasanya, ni pon nama yang awal2 dicadangkan sebelum ni. Tapi, takut pulak kalau berlaku vandalisme atau budak2 nakal tambah huruf B di depan tu ke, isy! Buruk bebeno bunyinya.
So, nombor 1 dan 2 adalah bukan cadangan aku.
3. USEIN, bunyinyer yuseyn. Hahahaha aku rasa kalau dia ambik nama ni, komfem pasni kontrak lampu sumer dapat kat elektrik yussein (kompeni yang abang keje sebelum masuk uthm nih). Relevannya, nama yang kiter nak tu kan tun hussein tu kan? Onn tu nama bapak dia je. Nama sekarang pon memang takde O kan... So, kiter ringkaskan, jadi USEIN. Kelemahannya, takut orang terkeliru ngan USIM yang kat nilai tu pulak. Ulang lagi sekali encik?
4. UTUN, bunyi nyer yutun. Comel! Aku paling suka nama ni. Cute! Sesuai untuk sekolah tadika hihihi. Relevannya, nama uni lain yang guna nama tokoh2 yang ada tun seperti tun razak dan tunku abdul rahman dah guna nama utar dan unitar kan? So, kiter rembat siap2 nama tun tu untuk uthm nih. Pasni kalau ada uni paklah ke, mahathir ke, dah lock dah nama tun nih. Carik la nama lain. Kelemahannya pulak, macam yang aku cakap, macam comel jek? Macam sutun pun yer jugak hikhik.
5. UNITUN, bunyinyer yunitun. Ni pon comel gak, tapi ada ciri2 universiti sket sebab ada uni di depan tuh. Kalau orang tanya, ko belajar kat mana? Unitun. Hah? Uniten ke Unitun? Kira kiter boleh tumpang populariti uniten tu sekali ar. Orait what? Kelemahannya, macam nama eton je, agak kedesaan di situ. Tapi takpe jugak, sesuai dengan suasana desa di sekitar kampus berkenaan. Student pon takde la kejutan budaya dah sosial terlebih sangat biler sedar diri tu kedesaan.
6. UNISSEIN, bunyinyer yunisseynnn. Haaa yang ni bunyi macam slang omputih sket, Kena tekan part seynnn tu. Sekali dengar macam international universiti kot hihihi. Tapi kelemahannya, boleh keliru dengan unisel. Tapi takpe, boleh menang kot sebab slang tu tadi cukup jelas kot.
7. Okeh, ni last, aku dah ngantuk. UTHIN, bunyiknya yutin. Yang ni ala2 sopan pulak aku rasa. Mulut pon takyah bukak besar2. Relevannya, nak jugak guna nama hussein tu. Selain itu, nama ni juga boleh memberi semangat dan motivasi kepada staf dan student untuk keepslim. Kalau orang tanya, ko keje mana? Uthin. You thin? Mesti dia pandang atas bawah kalau orang tu tak thin kan. Jadi, dia akan bersemangat untuk thin selepas itu. Tak pon, kalau orang yang tanya tu pulak yang berbadan besar. Bila kiter jawab, uthin. Mesti dia akan terasa, ini sudah lebih... ko sindir aku ke haper? Best2, aku suka gak nama nih.
Kesimpulannya, aku suka semua dari ni 3-7, tapi paling suka no 4&5 hihihi. Korang plak? Kalau ada nak tambah, sila kan...
Okeh, dato', okeh tak presentation saya hari nih? Takyah bayar consultant arrr takat nak kasik nama nih. Kalau ok, dato' kasik up gred suami saya, kasik jusa C pun jadik la kan...
p/s sekarang dah faham apa yang aku maksudkan mad asli tu kan?
Wednesday, 5 August 2009
UTHM ?
Hasil karya AyunasiA pada 10:02 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 komen:
Assalam kak... ni org uthm nk jawab sket... cancelor nk ada JOHOR nyer la dalam nama tuh.. kihikihi....
tengku yem la yang request ek? ok ok pasni akak wat entry lain lak.
p/s name plizzz...
aku suka
UNITHO
sbb tak larik jauh bunyikya ngn kuitho
ok gak na. sedap bunyik nyer. ala2 pertubuhan antarabangasa unesco, who, pulak dah. tapi sprti anon di atas tu ckp, dia nak ada johor dalam.
Well done la my x-classmate...
Bagus la entry ni suka...nnt aku suruh Dato NC baca hehe
keh keh keh akan ada sambungan. nantikan episod 2 pulak.
Post a Comment