Sambung balik citer balik kampung.
Hari ahad pulak, pepagi kami gi papan timur. Nak jumpa 'nenek' lagi. Betul, makcik tu bahasa kan diri dia nenek. Lama gak menunggu. Ramai patient. Yang datang dari kulai pon ada. Tiba giliran aku, aku pon menyatakan hasrat di hati. Abang tak ikut masuk. Dia takut nenek tau apa di dalam hati lah tuh hihi. Kendian dia check2 perut kuh. Senggugut kuat katanya. So, dia suh ubat senggugut dulu ngan habbatussauda. Aku ye kan je lah. Katanya lagi, telur dua-dua takde masaelah, tapi, oleh kerana senggugut kuat, benih tidak dapat menempel di situh. Dia suh datang lagi bulan depan, baru dia kasik 'tangkal benih'. Wohooo bertambah vocab aku setiap kali jumpa nenek nih hihi. Kalau ikut saintifik pon memang betul jugak kata2 nenek nih. Tapi kan, aku dah macam was2 la pulak biler baca kat internet pasal pendamping nih. Takut jadi khurafat/syirik ke haper. Ada yang kata ada dua jenis pendamping; kalau orang tu baik, pendamping nya pon baik dan begitu juga sebaliknya. Siapa boleh membantu? Help!!!
Lepas zuhur, kami pon balik. Bawak nana, kena hantar ke pontian. Aritu sorang, sekarang, sorang lagi dah duk pontian. Heee nyampah tul. Memula aku cakap kat suami, kalau kena hantar nana, abang hantar ayang balik dulu ek. Lantak arrr. Dah, dia rasa bp-pontian tu dekat, apa salahnya balik bp dulu. Pastu, kalau nak balik kota, masing2 datang bp sebab nak balik ngan abang2nya. Sibbaik sekarang dah ada 2 abang kat bp. Boleh transfer ke sana.
Pegi jb, singgah angsana. Nak tambah bunga. Macam la ayer hitam tu kehabisan bunga ek? Bunga kat ayer itam tu mahal lorrr. Lagi pon aku nak top up bunga yang ada tuh. Tak sama ar nanti. Dari angsana, terus balik lalu hiway sebab nana dah ditransfer ke kete in. Dah, dia yang tak suka naik AH. Lantak pi lah. Kat angsana, aku beli char kuey tiow yang memang sedappp. Memang betul rasa ckt penang. Suka! Suka!
Eh, sebelum tu, kat kota, kami singgah kedai alat jahitan. Aku beli butang ngan zip. Try cari motor, rm150. Mahal gilak. Oh, kat kota dah ada econsave pulak. Tapi jauh arrr kat kota besar sana. Dekat ngan taman daiman jaya tuh. Punya la banyak signboard dia. Ye lah kan, duk jejauh cenggitu, kena la promote lebih sikit. Sampai rumah, terus aku goreng keropok lekor ngan nugget. Mil dah bekalkan nasik ngan lauk. Sonang koje aku hihih.
Belah malam, sempat iron baju. Lega, dah iron semua baju.
Semalam tengahari, aku pegi kedai tarmah lagi. Konon nak beli je motor yang rm88 tuh. Sekali, tokey tu tunjuk yang lain sket, rege rm58. Woho! Beza banyak tu. Dia kata pully tu takleh ganti sebab motor aku tu ala2 zaman jepun punya kot. Yang sekarang punya guna pully yang lain. Motor yang aku beli ni, pullynya besi. Hah! Senang lagi keje aku. Komfem tak haus dah. Belting je la kot yang mungkin haus. Belting banyak jual.
Memula tokei tu suh aku bawak mesin tu, dia nak pasangkan. Tapi... kena caj rm15. Aku kata, saya yang bukak, mestilah pandai pasang. Tapi dia kata kena adjust2. Ah, lantak ler. Aku cakap, kalau tak boleh, esok aku datang balik suh dia pasang. Ok.
Sampai rumah semalam, terus aku paksa abang pasang. Sebelum buka dah siap. Tak sia2 aku kawin ngan orang yang near the engine hikhik. Tq abang! Malam tadi, aku pon pulun ar jahit tepi. Tapi tak siap lagi sebab aku takut nak paksa motor tu. Murah kannn... Kata tak suka barang murah. Erk...
Tuesday, 25 August 2009
Pully Ok, Pully
Hasil karya AyunasiA pada 4:45 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment