Raya tahun lepas (lom poser dah sebut raya tuh), kat tv ada tayang filem AAC nih. Time tu aku takde perasaan nak tengok. Tapi, sejak membaca novel tu, aku tertunggu2 gak filem tu kat tv. Dan penungguan ku berakhir hari sabtu lepas.
Selalu, kalau baca novel, mesti aku rasa, alangkah best nya kalau cerita ni difilemkan. Nak sangat tengok betapa hensemnya hero dan betapa cantiknya heroin yang digambarkan dalam novel sebagai cantik dan hensem ya amat tu. Tapi, kiter kena la realistik, mana nak carik pelakon yang sebegitu sempurna kan.
Bila filem tu start je, yang aku nak tengok sangat ialah fahri dan aisyah tu. Yang aku bayangkan, fahri tu seorang anak muda yang warak giler dan aisyah tu pula seorang isteri yang teramat la lemah lembut. Dari segi cantik tu, kira lulus la aisyah tuh. Cantik.
Tapi, sangkaan ku jauh dari meleset. Fahri tu bukan la sewarak mana (nampak brutal je) dan tak berbeza daripada orang biasa. Aisyah tu pulak, bukan lah selemah lembut mana, tapi boleh pulak marah2. Ok, orang cemburu, mana ada yang lemah lembut. Tapi, dalam novel, dia sangat la tenang. Sementara hubungan mereka juga tidak seperti yang aku harapkan. Bukan la nak suh derang tunjuk mereka bermesra2an sangat, tapi memang tak nampak langsung keromantikan seperti yang terdapat di dalam novel.
Dipendekkan cerita, aku sangat frust dengan filem itu. Yang menambahkan lagi frust ialah, terlalu banyak lompat2 dan banyak jugak yang lain dari dalam novel. Contohnya, kekdah maria tu sakit. Dalam novel, katanya dia jatuh sakit kerana terlampau frust biler mengetahui fahri sudah berkahwin dengan aisyah. Tetapi, di dalam filem, maria telah dilanggar oleh konco2 bahadur.
Kesimpulannya, filem layar perak bukan lah medium yang sesuai untuk menterjemahkan kisah cinta ini. Aku rasa, sinetron lebih sesuai kot. Buat la panjang mana pon, asalkan setiap scene boleh dimasukkan ke dalam bentuk audio visual. Tapi, make sure, pilih pelakon yang pandai berlakon arrr. Fahri mesti lah warak dan lemah lembut juga. Tak kena langsung karakter fahri dalam filem tu ngan dalam novel. Eeee tak puas ati betul laaa.
Thursday, 20 August 2009
Ayat - Ayat Cinta
Hasil karya AyunasiA pada 8:00 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Mungkin sebab cerita itu telah banyak di potong untuk siaran tv. Kata orang cerita sebenar lebih kurang 3 jam lebih. Apapun, novel AAC tu memang lagi best.
ye ke kak yus? tapi, kalau pon tak potong, tetap tak best sebab karakter nya tak sama. frust!!!
Post a Comment