Alaaahai, tetiba rasa bersalah pulak sebab kasik tajuk tips mencegah h1n1 kat entry semalam. Sebabnya, bila dibaca berulang kali, macam tak sesuai je tajuk tu. Lebih sesuai kalau dikasik tajuk gugu gaga h1n1 ke, corat coret h1n1 ke, yang aku tau tentang h1n1 ke. Sebab rasa bersalah, kerana menyebabkan orang ramai kecewa apabila mendapati, isi entry tersebut tidak seperti yang diharapkan. Hek eleh... ni pon dinamakan tips. Sumer orang pon tau la. Sengal punyer blogger. Hah! Aku ni mengalami krisis identiti ker?
Tapi, dalam nada kesal, aku masih nak sambung lagi cerita pasal tu, boleh. Ado ko kesah?
Kali ni dah takmo kasik tips dah. Meh aku cite pulak pasal progress nyer kes ni setakat ini. Tapi takde statistik arrr. Ko suka ke statistik? Tak kan? Aku memang memahami jiwa pembaca sekalian hikhik. Lagi pun aku nak jadikan sebagai rekod. Kang lagi 10 tahun baca balik, tentu aku akan rasa bangga terhadap diri sendiri. Apa2 la.
Menurut doktor arituh (lagi sekali disclaimer hehe, tak berani menanggung akibat atas mulut sendiri), sekarang ini kiter berada di fasa mitigation (eh, ke migration hah? mitigation kot huhu cepat lupa). Untuk makluman, terdapat 2 fasa yang kiter lalui setakat ini. Pertama, fasa containment. Saper ada kamus, sila bukak sekarang. Aku tak tau apa maknanya dalam bm, tapi aku paham, kira fasa mencegah daripada ia masuk ke dalam negara dan kalau ada kiter kurung dia ar, lebih kurang. Atau kalo kita tangkap kunang2 kendian kiter masukkan dalam balang dan tutup. Tu kira containment la kot. Ikut pemahaman aku. Ia bermula sejak kes pertama di kesan di mehiko pada bulan april, sehinggalah kes jangkitan tempatan dikesan, kira2 bulan jun gitu kot. Dah 2 hari, lupa sudah. Hah, bulan jun la kan sebab time cuti sekolah bulan jun tu masih lagi kes import. Whatever.
Dalam fasa containment ini, pihak kementerian kesihatan (selepas ini akan disebut kkm) akan menumpukan kawalan mereka di pintu2 masuk negara. Tentu sumer masih ingat, di mana mereka menggunakan thermal scanner yang berharga rm350k untuk mengesan suhu badan maknusia. Saper yang dikesan bertanda merah di dahi 'diarah' kuarantin. Aku highlight kan diarah kerana kuarantin yang dikatakan setakat ini adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Waktu ini, yang kiter dengar dalam berita, semuanya kes jangkitan import. Kira biler dengar tu, masih boleh salahkan orang tu la sebab membawa masuk penyakit ke negara ini. Tapi memang betul apa? Kalau takde yang import, takde la yang tempatan.
Iklan.
Semalam, dalam kelas aku ada budak bersin. Cecepat aku suh dia gi toilet cuci tangan. Time dia nak kuar tu dia pegang tombol pintu. Kawan2 derang sumer bising huhahuha sarung tangan ngan plastik la woi, nanti puan pegang tombol tu, jangkit kat puan lerrr. Sayang jugak derang ngan aku ek. Pastu budak tu pon, cakap la... ala puannn, takyah la tutup2 hidung, macam la saya jahat sangat. Haih! Aku pon mula bebel, awak ingat orang jahat je ke yang kena sakit nih? Dia tak pilih orang la. Kalau hiv tu boleh gak kiter kata orang tu hisap dadah, memang la jahat. Ini tak kira baik ke jahat, sumer leh kena tau.
Abis iklan.
Apabila kes pertama jangkitan tempatan dikesan, kiter mula masuk ke fasa mitigation. Nak terangkan memang susah. Tapi nak diringkaskan, kira fasa dia dah ada kat mana2, apa yang boleh kami laku kan ialah melambatkan ia menular. Kira kalau baru dapat kunci rumah tu, ko pasang grill cecepat untuk melambatkan pencuri masuk. Gitu lah.
Doktor juga ada menunjukkan satu bell shape graf kekerapan. Alaaa yang kiter belajar dulu, area under the curve tuh. Tak kisah la kalo tak paham. Yang faham, aku nak terang kan kat sini, area under the curve tu sama, cuma dia nak kasik bell tu landai sket. Dia takmo bell tu tinggi puncaknya atau dalam bahasa lain, takmo kes mula2 takde, tapi meningkat tiba2. Biar dia ada sentiasa, tapi sikit2. Sebab bukan senang nak handle tau. Kiter kena faham, doktor2 tu sumer manusia juga. Derang pun takut terkena juga, tapi derang dah dapat vaksin la.
Ada satu soalan dari staf kami ni tanya. Kalo skala 1 hingga 10, berapa tahap seriusnya di negeri johor, daerah bp ni umumnya dan edtec ni khususnya?
Aku tak ingat apa yang dia jawab, tapi dia tak cakap la berapa. Cuma yang aku ingat, lepas tu staf tu tanya lagi, so, berapa? Seploh? Awak fikir la sendiri. Jadi, dari jawapan dia, boleh la kiter katakan, ia serius dan amat serius tahap 10. Senang citer. Sebab kiter dah sedia maklum di sini, anyone, anybody, makan babi ke tak makan babi, sumer berisiko.
Akhir kata, tips hari ini kurang kan pergi ke tempat awam; konsert r&r sinar, shopping mall, perhimpunan halal dan haram, perhimpunan sekolah pon kalo boleh jangan dibuat wat masa ni dll. Beras abis, beli je kat kedai runcit. Tengok kiri kanan, agak2 takde orang, masuk, ambik beras, bayar, balik, basuh tangan. Tak salah kot menjadi paranoid dalam waktu terdekat nih.
Adios, a migos, chiow!
p/s amacam, ada tokoh jadi doktor tak aku? syukur aku tak jadi doktor sebab aku adalah sengal lutut biler melihat kecederaan.
p/s2 (Klik) this is quite good. macam baru pagi tadi dia update.
Thursday, 6 August 2009
Fasa Containment dan Fasa Mitigation
Hasil karya AyunasiA pada 8:34 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment