Thursday 20 August 2009

Persediaan Seorang Wanita

Kenapa kiter, pempuan2 ni kena bekerja? Bukan sekadar untuk meringankan beban suami. Yes, ada dan ramai yang bekerja bukan kerana nak meringankan beban suami sangat pon. Kalau tak kerja pon takpe. Yang penting dapat melihat anak membesar di depan mata. Ye tak? Duduk rumah kan senang. Tak payah beli baju keje. Tak payah gosok baju keje. Tak payah isi minyak kereta. Tak payah memandu ke tempat keje. Kan best tuh? Siapa yang tak nak duduk rumah je kan? Ramai yang nak duduk rumah tapi duit masuk macam bekerja, kan? Tipu la sangat kalau tak teringin nak shopping2 macam orang lain. Cuma, yang ada tu, redha dan bersyukur saja apa yang ada. Tak mahu meminta2.

Kenapa aku tulis pasal ni? Sebab aku pernah merasai keadaan tidak bekerja. Bagi aku yang kuat tido ni, memang sorga sangat la kan. Tapi, sorga part tido je la. Part lain, banyak yang tak best. Ye lah, selain tido, mata ku juga sensitif terhadap uwang yea. Dua2 berkaitan dengan mata. Kalau dulu dapat banyak tido tapi sikit duit. Kini, sikit tido, banyak duit. Banyak ker??? Kehkehkeh. Banyak la banding ngan masa tak keje, kan. Nak dapat kedua2nya memang tak dapat la kan...

Okeh, apa sebenarnya yang nak aku cite ni hah? Gini, pernah tak korang, gegirl2 sekelian memikirkan atau membayangkan, apa yang akan berlaku jika suami korang pergi buat selamanya, ketika korang sedang muda belia begini. Maksudnya anak kecik2 gini la. Atau paling dahsyat, pemergiannya itu adalah secara tiba2. Tak pernah terfikir?

Aku bersyukur sangat sebab nampak contoh yang jelas di depan mata. Boleh diambil iktibar dan peringatan. Dua kes yang aku temui, menguatkan semangat aku untuk bekerja. Aku akan ceritakan 2 contoh yang serupa tapi tak sama. Satu, sakit dulu baru meninggal. Dua, meninggal tiba2. Aku tak nyatakan nama di sini, so, please stop speculating. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

Kes Pertama

Mereka mempunyai seorang anak lelaki. Satu hari, si suami disahkan menghidap brain cancer. Tidak lama kemudian, suami tu pon meninggal dunia. Dalam kes ni, yang baik nya, dia dah tau dari awal. So, mungkin si isteri boleh bersedia apa yang patut la kan. Dan si isteri juga bekerja. Jadi, dari segi kehidupan selepas itu, tiada masalah besar. Tidak lama kemudian, si isteri telah berkahwin dengan seorang duda anak 6. Dan semua anaknya dibesarkan oleh mereka. Bukan masalah perkahwinan kedua tu, tapi, sebagai wanita bekerjaya, tanggungjawab membesarkan anak tiri yang 6 orang turut tergalas di bahu wanita itu.

Kes Kedua

Mereka bekerja di satu tempat kerja. Si isteri berpangkat lebih tinggi dari si suami. Dengan 3 orang anak yang ketika itu berusia 5, 4 dan 3 tahun, sudah tentu saat itu bahagia sedang melimpahi hidup mereka, kan? Mereka juga mempunyai maid. Tiba2, pada suatu hari, sebaik sahaja masuk keje, si suami diserang heart attack. Tapi masih survive. Mereka pun balik ke rumah. Tiba2, sedang si suami berehat, baru lah si isteri menyedari bahawa si suami sudah tiada lagi.

Bayangkan kalau isteri itu tidak bekerja. Cukup kah pencen si suami untuk menanggung anak yang sedang membesar. Yang lebih mengharukan, si isteri adalah isteri kedua! Isteri pertama mempunyai 5 orang anak lagi. Ok, lupakan bab poly di situ. Kalau takde yang pertama tu pon, macamana keadaannya?

Dalam kes ini, kedua2 isteri memang baik dan bekerja sama. Sekarang, kalau sorang kena gi outstation, yang sorang lagi leh tolong jagakan anak. Tu pon kalau yang satu lagi tu cuti. Ada maid, tapi dah balik indo sebab kena kawin. Nak ambik maid baru, tiada suami, pon takleh ambik jugak. Pelik ek undang2 nih? Ok, tu masalah lain sebab dia bekerja. Taska/babysitter banyak, boleh jaga. Isunya di sini, kalau dia tak bekerja. Isy isy isy...

Kes tambahan, jiran ku di kampung. Anak 5 kot. Suami meninggal tiba2. Kesian sangat. Sekarang tinggal dengan parent semula. Sekarang dengarnya terpaksa kerja pembantu rumah partime. Kat mana tah. Tapi, biler suaminya sudah tiada, barulah nampak hikmahnya, kenapa mereka cuma dikurniakan anak2 lelaki sahaja. Anak2 ini lah yang akan menjaga ibunya suatu hari nanti. Kot.

Aku tak tau nak wat kesimpulan hehehe. Lu pikir la sindiri!

0 komen: