Friday, 28 August 2009

Tempah Baju Kurung atau Beli Siap?

Semalam, time aku membelek leher baju, opismate aku ada tanya, kat mana nak carik baju raya budak. Aku cakap ler, kat prima moda ada, kat nagoya ada, kedai kat k4 pon ada. Tapi katanya, baju2 budak banyak, tapi kebanyakannya kain pesen dulu2. Alaaa kain lama2 yang tak abis tu kan derang akan buat baju siap kan. Kain2 baru derang jual ela. Aku suh gi kedai kat bus stand yang jual baju siap tu. Dia kata tahun lepas dah pegi, pon sama gak.

Kendian, baru aku terpikir, patut ler orang lagi suka beli kain dan tempah sebab boleh dapat kain yang baru dengan corak terkini. Ada, memang ada baju siap dengan corak terkini, tapi untuk baju budak selalunya susah nak dapat. Baju orang dewasa pon kena tengok masa. Kalau cepat, dapat la saiz sendiri. Kalo tak, seperti biasa, kiter dah berkenan tapi takde saiz.

Satu lagi, kalau tempah boleh ikut saiz sebenar kita. Manusia kan ada pelbagai saiz. Bukan setakat xs-xxxxl aje. In between pon ada. Kalo yang siap tu kan standard kan. Ada orang pendek dan kurus boleh guna saiz s. Tapi kalau pendek dan besar? Ada jugak kurus tinggi, kalo pakai xxxl, bahunya jatuh, tak cantik plak. Jadi, jalan mudah tapi susah (?) tempah aje. Tapi pulak, kalau jam ni nak tempah memang ler tak dapat dek. Aku pon dah tutup tempahan hikhik. Sendiri tempah, sendiri tutup tempahan.

Mengambil iktibar dari itu, aku berazam untuk mula mengambil tempahan jahit baju kurung selepas hari raya ini. Chaiyok asia! Eh, tapi saper yang nak menempah dengan aku? Alaaa aku kan ada customer tetap dulu. Bleh la contact balik. Kalo derang lum ada tukang jahit tetap baru la kan. Kat opis aku ni pon ramai pompuan. Bukannya nak bukak kedai jahit pon. Jahit sikit2 je kan. Bukan banyak masa pon nak buat bebanyak. Saje suka2.

So, orang2 parit raja, nantikan kemunculan kedai jahit mini aku tidak lama lagi yah!

0 komen: