... ku hilang dan aku begitu tenang.
Petang itu,
"Ayang, kemre ilang!?"
"He? (Bukan Ha? tonasi terkejut, tetapi tonasi mendatar sahaja) Terjatuh ke? Tertinggal kot."
"Tak, abang dah pergi rumah tu semula dah. Kan tadi abang dah sampai, kendian kuar balik. Memang takde.
"Abang masuk dalam kocek ke? Ermmm orang dah ambik la tuh..."
Sebenarnya, petang tu suami ku pergi ke rumah kawan beliau di taman wira untuk melihat hasil kerja jiran kami yang membuat loteng aka mezanine floor di rumahnya. Konon aku tak ikut, dia ambik gambar je lah. Pergi naik motor, pakai suar senam, kocek tak berzip, lalu jalan dalam yang berlubang2. Memburukkan keadaan, kawan yang pergi sekali tu jalan dulu. Kalau dia kat belakang, mesti dia nampak benda tu jatuh kot. Tapi, aturan Allah, tiada siapa dapat meminda walau sesaat. Kalau ikut kan selang masa dari taman wira ke rumah kami tu, tak sampai 5 minit. Tapi, jalan dalam tu memang sibuk, tu yang ada yang prihatin tolong ambikkan tuh. Dapat ler orang tu kemre sebijik dengan pakej gambar2 kami, abang di dubai dan konvo ulin minggu lepas hehe. Sesungguhnya, aku pasrah, oh! Kat akhirat nanti, tangan ko yang tolong jawabkan eh...
Sila kagum okey. Aku sungguh cool menghadapi cobaan ini. Mungkin kerana
1. Takde gambar2 penting yang belum ditransfer ke pc
2. Buleh beli kemre baru 100Mpixel! Ada ke? Skang punyer berapa pixel eh? Nak dslr buleh?
Oleh kerana itu, kalau selepas ini aku hangin puting beliung secara besar-besaran, maka ketahuilah oleh mu wahai suami, bahawa itu adalah hasil tambah amarah yang terpendam hari ini dengan kemarahan pada ketika itu.
Kemaafan dendam yang terindah...
p/s 1 sememangnya amat susah nak jumpa orang yang jujur dan amanah sekarang nih, ek?
p/s 2 encik, takmo charger ngan cable usb sekali ker?
Monday, 17 August 2009
Kamera Sony T10
Hasil karya AyunasiA pada 10:39 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment