Balik kampung kali ini, kami dikejutkan dengan berita perceraian seorang kawan classmate kami. Macam tak percaya. Rasa macam baru lagi kami pergi ke kenduri kawen mereka. Dah, jodoh tak panjang.
Masa derang kawen tu ari, aku terjumpa ngan kawan uitm aku. Biler ek? Rasanya time aku tak keje lagi kot, 2006. Dulu kawan aku ni pernah cite, kawan kami nih classmate dia kat sekolah teknik. Rupanya, kawan ni kawen ngan adik kawan uitm ku ituh. Aku pun tanya la balik, aik? Kenapa tak kawen ngan ko? Dia kata, aku yang reject hihi. Abis di situ. Selepas itu, aku dah tak ambik port. Tau, derang dah ada anak. Baru ni, anak kedua pulak. Gitu je lah.
Macamana terjadinya perpisahan itu? Ceritanya, kawan ni dulu kalau tak silap keje kat uia. Tah tak tau hujung pangkal, tetiba dengar cite, dia dah tukar keje kat kota pulak. So, derang duduk kat rumah mak kawan ni lah. Tah, pempuan, tak selesa kot duk umah mil, so dia rasa tak bebas la kot. Duk kat rumah jek. Kat ceruk kampung plak tu. Ehhh kampung bukan sebarang kampung ok. Pemenang anugerah felda terceria 2008 tau! Hihi.
Oleh kerana berasa tidak bebas (ni mil aku yang tekankan perkataan nih), mereka pun berpisah jua. Suh keje kat kota, takmo. La ni dengar nya keje kat pasaraya di melaka, kampung halamannya. Anak yang sulung dapat kat kawan ni, yang kecik, masih nyusu, dapat kat mak nyer.
Itu bahagian mereka. Asam garam kehidupan. Bahagian kita, belum tahu. Tapi, aku sentiasa berharap agar jodoh kami dipanjangkan dan dilimpahi kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Mengambil nasihat kak sya, nak doa tu bior spesifik. Kot jodoh panjang tapi tak bahagia, tak ke naya?
Wednesday, 26 August 2009
Jodoh Tak Panjang
Hasil karya AyunasiA pada 10:00 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 komen:
sejak dengar org cerai berai cam pi soping ni kan, akak pon naik takut. seram. kalau jadik kat kite, sape nak bangun wat susu anak tengah malam. oh tidaaaaak. mintak jodoh akak pon kekal bahagia dan berpanjangan. amin.
sama sama la kite berdoa.
tu lah... banyak pancaroba sekarang nih. manusia pulak macam2 pe'el. yang nak rebut laki orang pon ramaiii... takottt!!! tapi memang tak sangka, sebab nak bebas pon leh bercerai...
Emm....aku kenal ke?
kenal amat sangat. melampau ler kalo tak kenal. classmate kiter ler...
Ohhh ye ..betul la gitu...emmm
Post a Comment