Friday, 7 August 2009

Pengurusan Kewangan Kuh


Rasanya cukup lah cerita pasal virus benci tu ek. Tah pape la aku ni. Dah tengah2 jalan baru nak kecoh2. Awal2 dulu selamba badak jek gi jalan sana sini tanpa memikirkan masa depan. Ala... awal2 dulu jangkitan import je. Kiter tak gi luar negara nak risau apa kan.

Tapi kan, aku rasa macam kagum dengan prestasi kewanganku pada bulan ini. Dengan kempen kuarantin yang kami kuatkuasakan, takde resa langsung nak menyopping. Online shopping pon takde perasaan. Aku suker la sikap nih. Sejuk perut biler bukak maybank2u hihi. Ye la kan... gaji ciput, biler tak dikeluarkan, 'rasa' macam banyak ar. Cuba kalo gaji banyak, takde la nak heran de, takyah rasa pon memang dah banyak.

Sekarang ni, aku nak wat strategi kewangan yang baru lah. Sebelum ni aku bayo ptptpu tu double trouble, so biler aku kira2 balik, lagi 2-3 tahun dah boleh abis bayo. Tapi, setelah difikirkan balik, hutang tu ada insurans. Kalo meninggal, kira halal la. Aku beriya2 nak abis bayar cecepat, sementara orang lain plak fikir, alah, bayar je la pelan2. Kalo mati pon bukan mak bapak kena sambung bayar. Persoalannya sekarang, patut kah aku bayar cecepat dan lagi 3 tahun nanti aku akan bebas hutang, atau aku bayar je seperti dalam perjanjian, di mana lagi 7 tahun baru abis bayar? Kata bayar double, kenapa bukan lagi 6 tahun? Jangan lupa, setiap bulan ada kos pentadbiran. Lagi lambat bayar, lagi bertambah la setiap bulan.


Pro and con nyer. Kalau aku bayar cecepat, dah terang2 la aku akan lebih cepat bebas hutang, tetapi, duit aku setiap bulan akan berkurangan dengan cepat la. Dan itu adalah tidak best oh... Tapi, selepas 3 tahun, aku akan mendapat lebihan berganda. Nak berakit2 kehulu berenang2 ke tepian kerrrr sebaliknya?


Kalau aku bayar pelan2 pulak, mesti aku akan dihantui oleh kos pentadbiran tu, tetapi, setiap bulan aku akan memperoleh lebihan dalam akaun bank. Keburukannya lagi, kalo pon ada lebihan duit, macamana aku nak pastikan lebihan itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk simpanan atau pelaburan? Boleh ker aku mendisiplinkan diri? Lagi pon, tahun depan kan aku dah boleh kuarkan kwsp. Boleh la kalo nak bayar lum sum ker kan. Alamak, macam dah dapat jawapan atas persoalan ini jek? Tak suka la... Takpe2, fikir lagi.


Itu pasal ptptpu. Satu lagi pasal tabung haji. Aku belum mendaftar lagi. Rasanya dah boleh kot, kan? Janji lebih rm1300. Biler nak pergi ek? Kalau ikut trend, untuk umur baya aku, biasanya tahun 2020 nanti baru dapat pergi haji kot. Memang aku harap dapat pergi pada umur 40 gitu la. Takut belum bersedia kalo awal2. Tapi bukan itu persoalannya. Persoalannya sama seperti ptptpu, pon aku masukkan sekali banyak supaya cepat ler cukup nyer nanti. Ye lah, mentara takde mende nak buat ngan duit kan (huhuhu ayat tak boleh blah). Aku ingat kalo cukup cepat pastu dah boleh tunggu masa je. Takpon, pastu leh kumpul untuk gi umrah ke haper. Kalo aku masukkan sikit2, agak lambat la nak cukup. Tapi, bukan dapat pergi pon kalau cecepat cukup, kan? Lain la kalo tak guna tabung haji. Entah, aku pon tak tau nak wat cemana.

Kalau ikut suamiku, kedua-dua perkara ni dia maintain bayar sikit2. Pelan2 kayuh gitu. Tapi memang patut la sebab dia banyak tanggungan kan... Aku ni bawak diri sendiri je. Dia nak kena kumpul untuk parent lagi. Dah ler adik beradiknya baru berapa orang yang bekerja. Eh, kalo nak kira, 6 orang bekerja, sama je cam adik beradik aku. Tapi adik beradik aku dah takde yang di bawah2. Ada la adik tu sorang, tapi tak tinggi ar maintenance dia hikhik. Lagi pon, abah aku mana ada hutang kereta, hutang bank rakyat whatsoever. Bagus kan femli aku? Low maintenance. Sebab tu aku dengki sikit ngan femli in law kot hiks. Maintenance tinggi nau.

Eh, bercakap pasal femli in law ni kan, aku sebenarnya nampak kelebihan derang dalam 10 tahun lagi. Yelah, adik beradik ramai, memang la berat tanggungan nak membesarkan, tapi biler sumer dah berjaya, bekerjaya, uisyyy boleh kayo pak asim tuh kutip elaun bulanan anak2 hikhik. Tapi kesian gak kat derang. Umur dah 60+, anak masih tak abis sekolah lagi. Woi asia... tu lah gunanya abang2 tu. Oh ye ker? Buat2 tak paham bleh? kuikuikui.

Apa la aku ni ek? Dua benda simple macam ni pon boleh dilema ker? Ateee... kata mata duitan. Eh, ini pengurusan kewangan tau. Tak mo la nanti sampai kena dapatkan khidmat nasihat dari akpk baru nak pikir. Time tu, sudah terlambat dah. Eh, aku ni bercakap macam la hutang keliling pinggang hikhik. Tak sampai keliling pon. Kat zip je.

Teringat aku masa kursus induksi tajuk pengurusan belanjawan. Satu point yang aku ingat ialah, kenapa perlunya pengurusan kewangan? Sebabnya, duit tu tak cukup. Kalau duit tu banyak, tanpa had, takyah lah urus. Belannnnnnnnnnnnnja je lah. Oh, aku sangat mengambil berat point itu.



Rindu lak duit singgit nih ek? Duit zaman sekolah nih. Dua hari sekali, pepagi, mak akan letak duit ni kat atas tivi. Ambik la sorang satu. 50 sen je belanja sekolah menengah dulu. Sibbaik mi 20 sen sepiring, air seposen secawan.


p/s Eh, korang bleh tak bukak maybank2u guna mozila? Akunyer takleh lorrr.

1 komen:

Ct said...

Asia, skang saya dah bertukar pd Flock..ntah kenapa semenjak 2 menjak ni mozzila saya tu cam hampeh jek...