Banyaaak nak cerita, tapi, biler on laptop je, terus rasa bersalah berganda2 sebab membiarkan mesin jahit tak ber... asap. Eh, apa ke istilah nak guna untuk mesin jahit? Kalo dapor tak berasap, kalau mesin jahit? Nak ngadap tv pun rasa bersalah sebab sepatutnya, masa santai begitu digunakan untuk menjahit mata lalat. Adoiyaiii... patut la nama nya mata lalat. Memang nak terjojol mata aku macam mata lalat mengadap dia hari2.
Nak diringkas cerita, hari jumaat lepas, aku balik semenchu, menyambut puasa di sana. Tapi sempat tarawikh dulu kat sini. Seperti yang aku jangka, smooth sailing je kekdahnya. Pak imam tu pon kemain lagi speeding tanpa memikirkan had laju. Boleh 2 kali dia hantam langgar fatihah tuh. Dia baca style 2 kali berenti tu, tapi, dia baca bismillah...rahimi...maliki yaumiddin. Langsung skip alhamdulillah... Alaaa mesti orang biasa terbuat cenggitu sebab ayat ke 2 tu pon arrahmanirrahim kan. Ok ok, tak yah terangkan pon dah faham hiks. Saja wat orang kompius. I like.
Lepas tarawikh, perut dah lapar, terus kemas baju laju2 dan terus kuar. Macam biasa arrr, encik hairul tu. Kalo nak balik semenchu, belum disuruh, dah elok siap baju dia duk dalam beg. Cuba kiter tengok minggu ni pulak, time nak balik at5 plak. Ada dia kemas baju sendiri?
Tengok kedai, banyak yang tutup. Last2, makan kat kedai yang tak pernah masuk. Eh, sebelum tu, masa nak maghrib, tetiba sil dan bil datang. Aku baru nak basuh bilik air. Dan2 aku sound, takleh mandi ek, akak dah basuh ni. Padahal derang singgah sekejap je ambik barang. Tapi tak kisah la. Yang penting aku bagitau sesiap, sebelum hatiku luka berdarah kan hihi over nau sampai berdarah. Tapi memang biasa derang datang time aku baru lepas basuh toilet. Geram tau. Toilet tu memang jarang guna. Aku guna pon seminggu sekali untuk melepaskan hajat yang ganal. Kalau hajat dah terlepas di opis, maka, memang bersih suci je la toilet kedua itu. I like jugak. Apa punya busuk da statement nih...
Selesai makan, kami terus chow, lalu jalan kluang. Memang la agak ngeri jalan tuh, tapi, cam kompiden jek redah. Alah, kalau ikut hiway pon, kuar hiway kena lalu kulai tuh pon ngeri jugak jalannya. Sama jek. Jangan pikir takut ok?
Sampai semenchu lebih kurang jam 1 pagi kot. Aku, cam biasa arrr. Tanpa berfikir panjang, terus tido. Time sahur, aku kejut abang, tapi sendiri tak bangun. Tapi sempat ler minum air kosong seteguk. Janji sahur ek? Boleh kira sahur ke gitu? Boleh la kot. Sayang beno ngan mata.
Esok pagi tu, mil gi tadarus peringkat dun pengerang. Buat kat layau. Tak pernah aku jejak ke layau. Layau ni tanah rancangan felcra. Ingat lagi, time sekolah dulu, anak2 felcra ni sumer dapat barang free. Dari yuran buku, pakaian, semua lah. Derang sumer anak orang asli. Eh, sumer ke orang felcra ni orang asli ek? Ina naim tu orang asli gak ker ek? hihi.
Sepanjang hari, aku menjahit mata lalat jer. Jari2 ku sakit semua kerna bekerja hari2. Siap la 4 pasang leher tuh. Ada lagi 6 wooo. Petang tu kami buka mee goreng jek. Simple mimple. Jiran ada kasik puding jagung. Masa derang kasik tu, mak aiii sikit je? Tapi bila dah berbuka, suku je yang berusik. Bukan setakat selera, mata pon tamak jugak di bulan mulia nih ek. Oh, jiran abang yang dubai tuh dah balik mesia dah. Tinggal laki dia je kat sana. Selama ni pon anak2 tinggal sini. Duit banyak pon tak guna kalau tak dapat bersama keluarga, kan? Kesian anak2.
Alamak, sambung lagi esok la. Sayang masa. Nak sambung jahit tepi. Eh, mesin jahit tepi???
Monday, 24 August 2009
Pulang
Hasil karya AyunasiA pada 9:03 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 komen:
selamat berpuasa..selamat menjahit...selamat berjalan jalan...
tq
Kak yus pun tgh jahit mata lalat nih..baru dua pasang baju, mata dah berpinar2. Pakai spec, rasa power ni perlu di tambah..huhuhu
hihi sibbaik tak buat tulang belut ek. wat mata lalat pon dah pening lalat. tulang belut, maunya terbelit urat mata. chaiyok! chaiyok!
Post a Comment