Satu sebab, kenapa aku suka pergi perhimpunan bulanan ialah kerana dapat dengar tazkirah daripada ustaz. Hari ni, ustaz bagi tajuk seperti di atas. Meh, aku forwardkan kat korang. Aku kalo dapat email yang diforward2 nih, malas tul nak baca. Bukan sebab isi kandungan email tu yang panjang, tapi nak menyampaikan ke isi kandungan tu yang panjang. Macam la aku nak tau sangat saper yang mulakan email tuh. Sebab tu, aku, kalau forward (amat jarang sekali) email, mesti aku delete sumer alamat2 email tuh sumer. Yang penting isinya, kan? Ok, lain orang, lain pendapat. Ni pendapat aku.
Gini, tajuk di atas adalah formula untuk mendapat ketenangan. Apakah 2+2 perkara itu? Untuk mendapat jiwa yang tenang, kiter perlu ingat 2 perkara iaitu:
1. Ingat kebaikan orang lain (Mengenang budi)
2. Ingat kesilapan diri sendiri (Insaf laaa)
Dan 2 perkara yang perlu dilupakan ialah:
1. Lupakan kebaikan diri sendiri (Takyah ungkit kebaikan diri sendiri)
2. Lupakan kesilapan orang lain (Memaafkan adalah perkara mulia. Dan memaafkan sebelum diminta maaf adalah terlebih mulia. Alamak, Terlebih sudah!)
Ada satu kisah di zaman nabi Musa a.s. Kalau saper perasan, ustaz aku ni memang banyak cerita zaman nabi Musa a.s. Tak tau kenapa. Ada seorang lelaki bernama Abdulllah Al Syakiri (tak ingat sangat al apa, rasanya betul lah ni kot). Beliau nak pergi berjumpa nabi untuk menuntut ilmu. Lalu beliau pon berjalan la masuk hutan keluar hutan, masuk padang keluar padang, memang jauh rumah beliau ni tau.
Di pertengahan jalan, beliau terjumpa seorang lelaki yang cedera parah. Dah nyawa2 ikan kekdahnya. Lalu beliau pon bertanya, ante nih saper? Lelaki tu pon menjawab (cemana leh jawab lagi dalam keadaan cedera parah ek?), aku ni seorang pedagang, bawak banyak barang dagangan. Habis, sumer kena rompak ngan tukang masak. Apa ke hey tukang masak nak rompak pulak kan? Hehehe saje je aku nak tarik perhatian korang. Sebenonya dia dirompak oleh perompak la hihi. Dah la dirompak, ditikamnya aku bertubi2. Kendian, dia lak tanya ngan Abdullah ni, ante ni saper pulak? Ana ni nak pergi berjumpa nabi Musa, nak menuntut ilmu. Lalu lelaki itu pon kirim kat Abdullah ni soalan kepada nabi Musa, kalau aku mati, aku dapat masuk syurga tingkat berapa ek? Lalu lelaki itu pon mati.
Selesai menguruskan jenazah, Abdullah meneruskan perjalanan, sehinggalah tiba waktu senja. Abdullah pon masuk ke dalam gua untuk berehat. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati ada seorang wanita di dalam gua itu. Lalu beliau pun bertanya, ante ni saper? Pompuan tu jawab, ana seorang isteri dan ibu yang keluar dari rumah untuk bermunajat kepada Tuhan na (singkatan bagi ana hehe). Selepas tahu tujuan Abdullah untuk bertemu nabi, pompuan tu pon kirim soalan gak. Sama cam pedagang tadi, soalannya pon sama. Kununnya besar lah pengorbanan dia yang sanggup meninggalkan anak2 dan suami demi bermunajat tuh.
Dipendekkan cerita, Abdullah meneruskan perjalanan lagi, sehingga lah beliau terjumpa perompak2 yang merompak pedagang itu tadi. Biler dapat je Abdullah ni, perompak pertama berkata, dia ni takde mende pon nak dirompak. Baik kiter lepaskan jek. Sorang lagi pulak kata, ala, kiter bunuh je la dia. Lalu Abdullah pun berkata, elok ler kome lepas kan aku kerana aku ni nak pergi menuntut ilmu dengan nabi Musa. Mendengar je nama nabi, perompak ni terus mengambil keputusan untuk melepaskan beliau. Tetapi, sama seperti 2 orang yang ditemui tadi, perompak ni pon kirim soalan jugak. Cuma soalan dia lain. Kalau yang tadi tanya derang akan masuk syurga tingkat berapa, perompak ni pulak tanya, dengan kejahatan kami yang merompak dan membunuh ni, kami akan dicampak ke neraka tingkat berapa ek?
Lalu Abdullah pon meneruskan perjalanan dan bertemulah dia dengan nabi. Maka, beliau pon menyampaikan soalan2 yang ditanya oleh mereka2 itu tadi. Kemudian, nabi pon menjawab
Lelaki dan perempuan yang mula2 tu bukan ahli syurga, sebaliknya, mereka lah ahli neraka. Sementara perompak2 itu lah yang akan masuk syurga.
Why? oh Why?
Pedagang tadi tu cuma ingat kejahatan perompak itu sahaja. Dia tak ingat bahawa sebelum Abdullah sampai, ada burung yang datang memberinya air sehingga dia masih hidup dan sempat bertemu Abdullah.
Wanita itu pula hanya ingat kebaikannya, bermunajat dan beribadat, tetapi dia lupa kezalimannya meninggalkan suami dan anak2 yang memerlukannya.
Perompak itu pula, ingat kejahatannya sebab itu mereka bertanya neraka mana yang akan mereka masuk. Mereka juga melupakan kebaikan yang mereka lakukan iaitu melepaskan Abdullah.
Gitu lah lebih kurang. Moral of the story, sila fikir sendiri. Malas aku nak tulis.
p/s Keselesaan tubuh, dengan sedikit makan
Keselesaan jiwa, dengan sedikit dosa
Keselesaan hati, dengan sedikit ......(lupa hihi)
Keselesaan lisan, dengan sedikit bicara
Tuesday, 18 August 2009
Ingat 2 Perkara, Lupa 2 Perkara
Hasil karya AyunasiA pada 4:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
ok..akan cuba praktiskan 2+2
yg plg susah..nk maafkan org huhhuuhuu
dulu2 masa sekolah aku selalu kembang bila cerita pasal nabi Musa..sbb ayah ku nama Musa..hihii
memang, ustaz pon cakap tu yang paling susah...
haaa mesti citer nabi musa ngan firaun kan? nama isteri firaun tu asiah okey? hehe
Post a Comment