Selepas hampir 4 bulan, tora kini kembali dengan mainan kipas terbang! Dah, cukup2. Semalam, dekat2 tengahari, ada orang call opis. Kak ita yang angkat. Nak cakap ngan aku. Hehehe sebagai akak yang sporting, kak ita tanya dulu, saper nih? Boleh orang tu cakap, "saya isteri hairul." Kendian, putus.
Pastu, kak ita tanya la aku. Saper, hairul tu? Husband saya la tu kak itaaaaaaaaa... Kehkehkeh mati2 kak ita ingat hairul tu abang aku dan yang call tu kakak ipar ku. Apa ke hey??? Yang takleh tahan tu, aritu dia mengaku gelfren abang. Now, dah upgrade ke isteri pulak. Biler abang kawen lagi nih hah???
Dalam pada gelak2 tu, aku berpikir la jugak. Ada ke masa2 di mana suami ku keluar rumah sensorang? Jap jap, nak pikir. Tak de kottt. Isy, tak suka la perasaan nih.
Tuesday, 25 August 2009
Tora Datang Lagi!!!
Hasil karya AyunasiA pada 11:30 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment