Ingat lagi tak zaman membuat kajian sejarah dan geografi tempatan semasa di sekolah menengah dulu? Sekarang ada lagi tak? Dulu kena buat dari form 1 kan? Tapi masa form 1 ngan form 2 aku tak de buat pon? Musykil di situ. Tapi masa form 2 aku ada buat kajian geografi tempatan. Konon nak ambik gambar ladang getah ler ngan kawan aku, thidziana. Sekali, boleh pulak adik dia ker saper tah gi bukak casing kemre aku tu. Langsung tak jadi gambar. Kan kemre manual gitu akan gulung filem kalo kiter bukak, kan? Boleh kalau nak cuci apa yang ada, tapi tah, kenapa tah kitorang tak cuci. Lagi pon time tu susah nak jumpa kedai cuci gambar kat kampung. Nak tak nak, kena gi kota. Mana ada duit nak pegi. Tapi, kat kampung aku ada servis cuci gambar ni. Sebenarnya orang tu pergi cuci kat kota jugak, cuma dia ada bisnes, so salu la gi kota. Jenuh la jugak menunggu berhari2 nak dapat gambar yang siap dicuci. Mahal la sket dia caj.
Masa form 3 pulak, wajib buat kajian nih sebab masuk dalam kerja kursus pmr kan. Untuk kajian sejarah, aku buat kajian kat kampung kelantan. Terletak betul2 di tepi sungai johor. Entah, kami jumpa siapa tah masa tuh. Kisahnya, kat kampung tu ada kubur megat seri rama. Alaaa yang bini dia dang anum kot yang bunting, perut kena belah, tengok anak dia tengah makan buah nangka tuhhh. Dia la yang dikatakan membunuh sultan mahmud tu semasa baginda sedang dijulang nak pergi ke balik solat jumaat tuh. Wahhh macam ahli sejarah lak citer aku nih. Tak sia2 aku buat kajian sejarah tempatan hikhik.
So, masa kajian tu, kami gi la tengok kubur megat seri rama nih. Tapi kubur dia takde la dok dalam kawasan perkuburan. Kat belakang rumah orang jek. Dulu2 kan kubur bersepah2. Tapi ada pagar la kubur dia tuh. Kalau tak salah, ada 2 kubur dalam pagar tu. Tah, bini dia kot. Entah, ada lagi ke tak kubur tu selepas banjir besar tu. Berapa banyak tu daaa.
Kenapa aku buat kajian kat kampung kelantan, bukan kampung makam? Sebab dah selalu sangat orang buat kajian kampung makam tuh. Sampai dah boleh copy paste je citer nyer. Tapi dulu takde la copy paste nih. Sekolah aku mana ada komputer time tuh. Tengok kertas A4 pon jakun. Ada type writer pon dah kira hebat. Macam aku, kak onnie dulu ada type writer. So, kami lenjan ler type writer dia. Hahaha nama band baru kepada vokalist meet uncle hussin pun type writer ek.
Teringat pulak time nak buat kajian geografi. Awal2 lagi cikgu aziz dah pesan, dia takmo kitorang wat bakar2 tepi kertas tu guna ubat nyamuk. Dia cakap, kalo nak buat gitu, bior bakar semua sekali kertas tu, takyah buat folio kehkehkeh.
Kampung ni dinamakan kampung kelantan sebab ramai orang kelantan yang berhijrah ke sini, tinggal di sini. Kampung ni la yang tenggelam time banjir besar tahun 2006 tuh. Kalau nak tau, tema bandar kota tinggi ni ialah bandar perlancongan bersejarah. Eh, jap jap. Ke aku keliru ngan mersing ek? Mersing pon ada perlancongan gak dalam tema dia. Tema ke tu ha? Lantak la. Apa yang nak dilancongkan kat bandar tu, aku pon tak tau. Ada laaa air terjun tak jauh dari bandar kota tu. Selain itu? Tah, macam takde jek. Kalau bersejarah tu aku percaya la sebab seperti yang aku katakan tadi, kat situ ada peristiwa sultan mahmud mangkat dijulang. Sejarah la tu kan. Kendian ada kota johor lama kat teluk sengat. Sebelum jb, johor lama adalah ibu negeri johor nih tau. Kalau pegi teluk sengat tu, ada la tinggalan2 kota lama tu. Aku pon tak pernah pegi hikhik. Biasa arrr, kampung sendiri, jarang orang nak melancong sangat kan.
Ok, dah. Itu je nak citer. Kalau ada sambungannya, ada lah. Kalau tak, pergi lah ke khutub khannah untuk membaca sejarah sultan mahmud mangkat dijulang. Okeh?
Thursday, 27 August 2009
Kajian Sejarah Tempatan
Hasil karya AyunasiA pada 10:00 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 komen:
a'ah mmg ada yg buat bakar2 guna ubat nyamuk tu...nak bagi cantik...kitorg yg wat biasa2 ni sampai risau takut cikgu bagi markah lebih kat yg buat cantik2 camtu..pdhl sama je...tp yg cantik2 ni satu kelebihan, dpt la dijadikan bahan pameran masa hari kantin...tu saja..
Bajet antik la kunun kalo bakar2 tuh...
wei makcik, tersedak cikgu aziz ko sebut nama dia kat sini...hehe bukan ke cikgu kesayangan ko tu...haha
kesayangan aku? kalo kesayangan mestilah kajian geog aku dapat 'baik' cam ko. elehhh ko tu siap jadi adik angkat cikgu fun lagi hihi. siap dapat buku latihan lak tuh huhu. buku teks pun dapat yang baru jek hikhik.
Alamak...kantoi la plak...hehe sbb aku suka BM...adik angkat apa...aku pun penah kena ketuk dgn dia...apa punya abang la
a'ah,saper x bawak buku teks kena hempuk ngan buku teks bm ek. aku pun kena weiii. eh, rasanya aku pon adik angkat dia jugak wakakakakak
tp, betul ke aku dengar citer dia masuk islam???
Post a Comment