Tuesday, 31 January 2012
Puas Hati Sangat!
Monday, 30 January 2012
Jelajah Malaysia 2011 : Sejarah lah, Muzium lah, Sebenarnya Cuti - Cuti Shopping!
Hari berikutnya kami ke kota bharu. Redah je ikut papan tanda. Rupa2nya lalu depan intura. Patut lah rasa dulu macam masa nak pergi pengkalan hulu ikut baling, macam ikut jalan depan intura tu je. Tengok ekonsave pun dah bungkus. Jauh sangat kot. Kenapa ek, ekonsave suka bukak kat pinggir bandar? Ok, takyah jawab.
So, lepas sarapan, kami meneruskan perjalanan ke sana. Kali pertama dan terakhir aku lalu jalan tu ialah pada tahun 2007. Dah tak ingat langsung camner rupa jalannya. Dah lalu ni baru lah ingat, ooo macam hiway karak.
Tiba sini encik suami cakap, cepat ambik gambar, nak lalu terowong!
Ok, tak banyak gambar kat kb. Sepanjang di sana, aku sempat pergi ke pengkalan kubor, wakaf che'yeh, tesko dan semestinya psk. Borong lah jugak beberapa helai batik kat sana. Sekarang ni psk dah macam pasar payang plak. Banyak kain dah berbatu bling blink. Jadi, susah lah sikit nak cari yang tak berbatu. Kalau ada pun, tak banyak pilihan macam yang berbatu. Pastu dah tak banyak kain sutera jacquard yang biasa tu. Derang dah banyak buat crepe. Harga crepe pun dah murah sikit, setanding harga jacquard jugak. Cumanya kain crepe ni kena pilih warna gelap, sebab kalau warna cerah/cair, dia nampak jarang. Sampai ke hari ni aku masih belum usik kain2 tu. Malas ler. Kang boleh buat baju raya tahun ni heheh.
Selepas dua malam di kb, kami pun menuju pulang pada hari jumahat. Singgah jumahat di masjid aritu, di jertih. Pastu singgah pula di pasar payang. Macam wajib pula, pergi pantai timur, waji singgah pasar ni. Dah tersinggah tu, apa lagi, rembat lah lagi sepasang huhuhu. Ok cukup2. Habis duit bonus aku.
Aku ingat kami akan balik bp terus. Rupanya encik suami nak singgah kuantan. Lagi pun yayu tengah pindah rumah. So, boleh lah tolong menyibuk. Kalau aku tu, memang tak kasi orang datang time2 cenggitu hikhikhik. So, kami bermalam di hotel fevret kami. Takde bilik biasa, tinggal tripple jek. Ok je lah.
Malam tu kami pergi ke tanjung lumpur. Tak makan nasi, makan lauk je. Kami order sotong goreng tepung dengan lala masa apatah dengan petai. Banyak gilers! Tapi puas ati lah. Aku rasa kat situ sotong goreng tepung dialah yang terbaik.
Maka berakhirlah jelajah malaysia kami sebagai penutup tahun 2011. Penat dan seronok serta gemuk. Banyak giler benda yang masuk dalam perut aku. Terimalah akibatnya.
Sunday, 29 January 2012
Hadiah Untuk Si Mata $$$
Birthday encik suami is just around the corner. Kedudukan kewangan adalah terhad. Terhad di sini bermaksud duit gaji bulan lepas dah abis jadi terpaksa bergantung sepenuhnya pada gaji bulan ini 'yang dah masuk tengah bulan aritu padahal sepatutnya kelmarin baru boleh diwithdraw sebaliknya minggu lepas lagi dah terpaksa withdraw. '
Seperti biasa, hadiah kepada pasangan tidak sesuai diberi secara surprise surprise surprise macam milaemilia nak kasi jam tapi tak jadi kat hariz tu. No no no. Walau pun boleh je aku beli sesuatu yang mengikut citarasa aku, tapi hati lagi puas kalau dapat beri apa yang dia nak. Bukan saja nak, tetapi teringin dan mengidam jua. So, mari kita tanya, apa hadiah yang diminta oleh encik suami? *chatting antara bilik dan ruang tamu...
e'eh? besdei abg dah dekat lah. nak adiah apa? tema besdei ialah maulidurrasul.
hadiah yg mahal!
mana ada duit lor...
ok. saham dalam kpf ke...
Woi! Tak agak2 tu, hadiah mata duitan. Mana aku nak cekau duit untuk beli hadiah itu, ya? Boleh tak bagi hadiah yang murah seperti,
... menonton telefilem lakonan remyishak, tizzaqyah, rahimrazali, azizsingah, azizahmahzan dan b.e.t.o. k.u.s.y.a.i.r.y. bertajuk Runtuhnya Sebuah Dosa arahan Erma Fatima di tivi3 sempena Maulidurasul...?
Sesuai dengan tema.
Happy becoming birthday!
Saturday, 28 January 2012
Cerita VCD
Friday, 27 January 2012
Elektron Valens
Terlupa Tapi Dah Ingat Balik
Thursday, 26 January 2012
Jelajah Malaysia 2011 : Sejarah kemana, Muzium ke mana...
Cop cop cop! Macam ada citer yang tertinggal lah. Aku takde citer pasal muzium perak kot, kan? Ekceli masa kat taiping tu, kami ada pergi ke muzium negeri perak. Hmmm kecewa. Sebenarnya aku selalu bayangkan, muzium ni ialah sumber sejarah. Kiranya expectation aku semasa pergi ke muzium perak tu ialah untuk mengenali sejarah perak lah kiranya. Tapi, apa yang ada dalam muzium tersebut hanya semata2 galeri. Galeri herba, galeri binatang (dah macam zoo pulak aku rasa) dan galeri orang asli. Keciwa, keciwa! Mana sejarahnya? Bijih timah? Kesultanan? Pasir Salak? Non-ado. Sebab tu aku terus tak pergi mana2 muzium dah. Merajuk. Salahkan muzium negeri perak.
Tapi maybe benda2 yang aku nak tu ada kat muzium koler kangsor tak. Ek? Lenkali la aku pergi. Itupun kalau ada yang dapat buat confirmation bahawa benda tu ada kat situ. Kalau takat pameran baju2 pengantin kaum2 di mesia, baik lah aku pergi muzium nelayan jek.
Ok, teruskan cerita. Dari muzium padi, kami terus lagi ke utara menuju ke perlis. Just nak pergi padang besar jek. Selain nak makan ikan bakar kat kedai yang pernah aku makan dulu.
Aku tak ingat kedai tu kat mana. Yang aku ingat, dia dekat empangan timah tasoh.
Dah sudah makan, kami terus ke padang besar.
Takde gambar kat padang besar. Satu tu je yang sempat aku snap masa baru sampai. Pastu dah penat.
Dari situ, kami turun balik ke kedah. Mula ingat nak stay kat kangar je. Tapi pikir2, besok nak cross ke timur, takut lambat pulak. Lagipun aku tak try ckt lagik. Apalah maknanya ke utara tanpa makan ckt kan... So, kami transit di sungai petani pulak. Kononnya aku nak makan ckt yang pernah aku makan masa induksi dulu (apasal semua berkaitan dengan induksi tah?). Tapi aku ingat2 lupa kat mana. Yang aku ingat, masuk jalan kat kilangsharp. Pastu terus ke haper tah, aku pun lupa. Tapi kedai tu tepi jalan bawah pokok je. Boleh jumpa kot.
So, malam tu kami pun cuba lah mencari tempat tu. Awal2 aku dah cakap, kalau tak jumpa ni, kita pergi sungai 2 je lah. Tak jauh pun. Dalam 20km kalo ikut hiway. Sebenarnya aku tak kompiden boleh jumpa hehe. At least dah ada plan B. Selepas pusing2 dan lalu kilangsharp tu 2 kali, kami pun give up. Ok, kiter gi sungai 2.
Pelanggan tersangat lah ramainya. Sampai aku terpaksa tutup telinga gara2 terlampau hingar bingar. Bising dan ramai giler! Order pun sampai lambat. Ada la dalam 45 minit kot. Memang patut lah dia kasik air manis, sebab by the time ckt sampai, ais pun dah cair dan air pun dah tawar. (berlapiknya kutukan hehe).
Sekian hari ke, entah, hari ke berapa pun aku dah lupa.
Kasut Ni Selesa Sangat!
Hari selasa lepas, sepupu2 encik suami datang dengan maklong. Nak tanya2 pasal umrah. Derang nak pergi bulan 5 nanti. Dalam bercerita tu, tiba2 aku terasa macam nak pergi lagi la pulak. Tapi teringat pulak, lepas balik aritu kami dah berazam, selepas ini, kita terus pergi haji je. Nak tunggu giliran memang la lagi 16 tahun. Ikutkan duit aku dah cukup untuk buat rayuan, tapi encik suami masih belum cukup. Tunggu jelah. Sambil2 tu aku kumpul lagi, kot2 cukup untuk ikut pakej ke kan. Berkobar2 rasa.
Lepas derang balik, kami pun terus ke stadium. Orang tak ramai, cuti cny, student dah habis exam, cuaca pun redup. Memang nyaman suasananya. Kali terakhir aku berjogging ialah selasa minggu lepas. Kiranya ada gap seminggu lah. Hari jumaat tu nak jogging, tapi gerimis pulak. So, aku main pukul2 bulu tangkis je lah. Merasalah sakit tangan 2-3 hari. Aku sebenarnya menunggu masa je nak exercise tangan ni. Kaki rasanya dah ok. Otot dah fleksibel. Lari ke, panjat tangga ke, dah tak sakit dah. Tapi tangan, aku risau sebab bila sakit tu nanti, nak mandi pun susah. Pakai baju pun sakit. Ngengada betul. Tapi, bila dah terpaksa main bulu tangkis hari jumaat tu, dah takde masalah lah nak bersenam tangan dan kaki pasnih. Asalkan tak berenti lama, insya Allah takkan sakit dah. Minggu ni rasa macam nak main boling lah pulak. Macam dah lama giler tak main. 2 tahun ada rasanya.
Berbalik kepada jogging hari selasa lepas. Rekod terbaik setakat hari tu ialah 8 pusingan; 7 non-stop jog, 1 jalan. Selepas tu, aku rasa tak mampu dah nak buat non-stop. Aku bukan apa, bila tengok orang lain berjalan, aku pun rasa macam nak jalan jugak huhu. Oleh kerana hari ni takde orang sangat, takde lah pengaruh negatif tersebut. Dan aku berjaya membuat 9 pusingan; 8 non-stop jog, 1 jalan. Yey! Apakah faktor kejayaan puan? Faktor utamanya ialah kasut yang saya gunakan. Sebelum ni aku pakai kasut badminton, saiz 3. Agak terseksa la jari tu sebab terkepit. So, aritu aku beli kasut jogging pulak, saiz 4. Kasut ni selesa sangat! Tu yang rasa takmo berenti tu hihihi.
Dan semalam, lepas pergi pasar malam, aku terus pergi stadium. Bersemangat pulak. Ingat, dapat 5 pusingan pun dah kira ok, sebab rasa macam penat semalam tak hilang lagi. Plus aku cuma makan roti telur je waktu sarapan tadi. Tengahari tak makan. Mana nak datang tenaga kan. Tapi bila aku dah lari 3 pusingan, eh macam kebas pulak kaki ni. Ringan je rasa. Lari punya lari, dari 5, pergi ke 6, terus ke 7, langsung ke 8. Dah macam rekod semalam. Tapi tak rasa penat pun? Nafas pun masih stabil, tak mengah. Tau2 je, dah 10 pusingan aku lari tanpa henti. Ko biar betul? Lagi pulak, bukan lane 1 tau. Lane 5 okeh... Lebih 4 km tu. Boleh sampai rumah. Pastu aku jalan lagi satu pusingan dan berenti. Itu pun sebab memikirkan moto sendiri, hari ni lebih baik dari semalam hehe. Kang buat lebih2, susah pulak nak mencapai moto tersebut. Tah pape. Saper nak bagi markah tah?
Jadi, kesimpulan yang dapat dibuat ialah, selain motivasi, pemilihan kasut yang baik juga turut membantu cita2 ku untuk tercapai (kot, berat tak turun pun lagi huhu). Cara aku ialah, sambil lari tu, aku tengok lah sekeliling sambil berangan2, tengok langit ke, tengok kete yang berenti kat trafiklite ke, tengok orang main bola kat tengah tu ke (aritu team encik suami lawan team husband kakyus hihi) dan jangan tengok depan sangat. Kira divert la fikiran tu dari memikirkan apa yang sedang dilakukan (berlari). Semoga anda lebih kaya dan berjaya. Tiba2. Babai!
Friday, 20 January 2012
Puri Cicah Sambal Sardin
Tengah kat opis semalam, tetiba teringin nak makan puri cicah dengan sambal sardin. Nak cicah roti, tapi nanti beli sebuku, separuh je makan. Lagi separuh terbuang begitu saja bila expired date menjelma. Rasanya dalam setahun, ada la dalam sekali kot aku beli roti huhuhu. Kalau biskut pulak, errr 5 tahun sekali kot. Rasa macam tak pernah beli kot. Tu yang aku tergezut tengok biskut sekarang dah mengecut saiznya.
Berbalik kepada puri, balik rumah semalam, dengan kegigihan tahap 8, aku terus menguli puri tersebut. Sibbaik masih ingat jalan ke dapur hihihi. Macam dah lama je dapur ku tak berasap. Bagus juga ada 'teringin'2 ni. Semangat nak memasak. Maka, inilah juadah kami berbuka semalam.
8 keping je aku buat. Tapi sedap sangat... rangup giler puri tu. Best best best. Isy, terbayang2 pulak kuah asam pedas. Pun sedap dimakan bersama puri. Dulu kalau ada lebih lauk asam pedas, selalu mak buat puri ni untuk sarapan.
Pasni teringin nak makan asam pedas ayam la pulak. Nom nom nom.
G0t0ng-R0y0ng Perdana 1Taman 2012
Hari minggu yang lepas, j/k tamanwirajayayangbest telah mengadakan aktiviti gotong royong beriya2 siap panggil pak polisi bomba majlis saj swm lagi. Hari jumaat balik keje, aku tengok derang tengah pasang khemah depan rumah aku. Aiyak? Ni dah macam kenduri kawen.
Jadi pagi tu aktiviti bermula jam 9 pagi. Ada pemeriksaan tekanan darah, kira bmi, pameran nyamuk aedes, motor air bomba, lori air dan sebagainya, selain gotong royong tu lah. Akhirnya, tercantas lah jua pokok heliconia aku yang dah serabut giler aku tengok tu.
Abesss.