Sebelum aku memanjang2kan cerita tentang ketiadaan aku selama seminggu di alam siber ni, baik lah aku up kan dulu cerita tentang cuti2sakitkaki aku ke kl seminggu sebelumnya. Sepanjang separuh masa kedua tahun ni, aku tak dapat mengikut encik suami pergi ke mana2 kerana kekangan cuti. Satu, hari free takde kelas aku ialah pada hari khamis. Tak sesuai untuk ambil cuti hari khamis tetapi hari jumaat kena pergi kerja semula. So, aku cuma boleh cuti hanya jika hari jumaat tu kebetulan cuti umum. Baru lah sesuai. Dua, cuti aku tinggal 15 hari je. So, aku terpaksa simpan cuti tu sampailah ke bulan 12 supaya tidak menyesal kemudian hari. Kot lah ada emergency case ke kan.
Jadi, sempena bebudak pun dah nak exam dan kelas pun dah habis, yang bermakna kalau nak cuti dah tak perlu cari pengganti kelas, maka aku pun mintak cuti pada hari jumaat 2hb dan isnin 5hb. Ekceli sepatutnya aku cuti 2hb je, tapi biasalah. Aku mesti nak cuti sehari selepas balik dari mana2. Tapi, dalam kes ni, aku tak dapat berehat2 pun hari isnin tu. Kang aku citer kenapa.
Kami bergerak dari rumah pada hari jumaat. Dalam pukul 9 ke gitu lah. Singgah sarap dulu kat depan it0. Sampai di kl, macam dah tak sempat nak ke tempat yang dituju. Kot2 tutup solat jumaat ke kan. So, kami pergi makan dulu di jalan bellamy. Aku pun tak tau kat mana tempat tu. Tapi baru2 ni encik hairul ada pergi kursus kat situ, tu yang jadi tau tu. Bab makan ni memang aku banyak terpengaruh dengan media massa, ecewah. Selain blog/internet, program tv pasal makan2 pun turut mempengaruhi aku. Jadi, aku nak lah jugak menerai ikan bakar yang katanya famos amos kat situ. Tapi aku lupa la pulak nama kedainya. Aku assume dia ada satu kedai je. Rupa2nya ada beberapa kedai. Dah duduk makan baru nampak orang ramai pergi ke satu kedai kat tengah tu. Aku makan kat kedai yang hujung sekali. Apa2 lah. Lenkali aku try kedai tengah tu lah pulak.
Habis makan, ingat nak jumaat kat situ je. Ada surau belakang istana. Tapi lambat lagi masuk waktu. So, kami terus blah ke jalan maktab. Betul2 tengah azan kami sampai. Jumaat di masjid utm. Nostalgia lah tuh. Mentara menunggu tu, aku round la gerai2 kat tepi jalan tu. Ada tudung2, makan2, air2. Tapi tak beli apa pon. Dah penat, aku masuk dalam opis derang. Laaa derang tak tutup pun. Ada budak pompuan jaga kaunter. Derang dah rehat dulu kot. Atau pun memang derang tak rehat. Atau pun memang derang pekerja berdedikasi yang bukak jugak kaunter walau pun waktu rehat. Tahniah dik!
Tapi masalahnya dokumen2 yang diperlukan takde pada aku atau dalam kete. Kena tunggu encik suami jugak. Tapi takpe lah. At least ada ekon dalam tu. Dan ada tv, walau pun dia pasang estro ria yang tengah tayang sejutahenggetduitjatuh. Layan je lah.
Dah siap jumaat, pung pang pung, tak sampai 15 minit dah settle. Kami pun terus ke jalan kenanga. Tak, aku bukan nak berniaga henbeg atas talian. Saja. Tengok kat tepi jalan ada bunting, ada satu kompleks baru dibuka kat situ. Katanya pengalaman membeli belah seperti di mangga2 dan china? Tak pernah pergi tu. Mari kita cuba pengalaman itu.
Masuk2 je, parking free. Banyak tingkat lah jugak parking lot dia. Banyak kedai takde penyewa lagi. Dan yang dibuka pun tak boleh masuk semua sebab kat depan tu derang ada tampal stiker, samada retail n wholesale atau pun wholesale only. Sudahnya malas nak masuk, tengok dari luar je lah. Keluar lah dengan tangan kosong.
Keluar tu pulak tengah waktu puncak. Jammed teruk lah. Biasa je sebenarnya bagi orang kl, kan. Bagi aku ia adalah teruk sebab aku pening. Kalau jammed biasa2 aku tak pening kot. Sudahlah jammed, sesat pula tu. Bukan lah sesat, cuma tersilap membuat keputusan heheh. Kami nak pergi ke jalan tar. Tapi, setiap kali di persimpangan dilema, asik lah tersilap membuat keputusan dengan memilih jalan yang sesak. Sudahnya, dekat nak maghrib baru sampai. Terbantut rancangan nak pergi ceramah ustaz kaziim kat au5 selepas maghrib. Kang pukul berapa pulak sampai ke sana.
Siap mandi solat sumer, misi mencekik diteruskan lagi di au5. Eh, kata ada ceramah kat situ? Memang lah, tapi ceramah tu lepas maghrib. Kami kuar tu dah lambat. So, terus tuju ke tempat makan yang dijanjikan. Saper yang berjanji? Diri sendiri. Tak boleh ke, berjanji pada diri sendiri untuk makan?
Selesai makan dengan kekenyangan, kami terus balik bilik. Tido duduk la jawabnya kalau dah tegang perut cenggini.
Hari sabtu, pepagi tu makan sarapan yang disediakan. Pastu pergi sogo sebelum check out dan berjalan lagi. Pergi h0usdep0t dan sekitar jalan tar dan masjid india. Tengahari tu gerai2 pasar malam dah buka. Entah berapa juta kedai tah yang aku masuk. Tapi memang penat sampai kaki aku sakit lah. Tengahari tu makan nasi kerabu kat pasar malam yang tengahari pun dah ada tu. Sedap! Sebenarnya aku masih bereksperimen yang bertajuk, adakah semua nasi kerabu adalah sedap tak kira siapa yang buat? Sebab macam nasi ayam, ada yang sedap, ada yang memang macam nasi nak bagi ayam makan. Tapi setakat ni keputusan eksperimen tu masih positif.
Lebih kurang pukul 6 kot, baru lah kami beredar dari situ. Dengan kata lain, dari mula operasi bayaran letak kereta, sampai tamat lah. 3 kali terpaksa patah balik ke mesin parking tu sebab dia limitkan 3 jam je untuk sekali transaction. Kengkonon pastu nak calling2 abang kakak untuk
Eh, cop! Sebelum balik nilai, kami makan dulu. Ini atas pengaruh abang tp. Kami pergi ke tasik t1t1wangsa untuk menerai ckt errr saper ke nama dia, dah lupa.
So, malam tu kami tak makan lagi dah. Terus je berehat sebelum meneruskan misi mencekik dan sakit kaki lagi besoknya.
Hari ahad, kami pergi ke shah alam. Dah lama teringin makan laksa bunga kantan terpacak kat pasar tani tuh. Sampai di sana, umak ai! Ramai giler orang. Pasar pun giler besar sekarang. Mula2 terus cari gerai laksa tu. Dah 5 tahun kiter tak pergi ni bang. Ada lagi ke gerai tu? Camne nak kenal? kataku. Kita tengok je lah kalau ada bunga kantan terpacak kat atas laksa hehe. Sekali tengok, bukan sahaja gerai tu masih ada, di lokasi yang sama, 'landmark' bunga kantan terpacak pun masih sama. Oh, tapi sekarang dia tak pacak atas laksa, tapi dalam pasu. Fuh! Masih sama rasa laksa tu macam dulu.
Lepas makan, kami pun pusing lah pasar tu sampai basah keti. Beli popiah ssali gak sket. Dah pusing area kain baju, tekak pun kering. Tapi, gerai makanan dah jauh. Patut kena letak gerai air kat tengah2 gerai kain baju tu, kan?
Selesai meronda, kami terus ke ik3a. Tu, dulang pink tu aku baru beli lah tu. Kat situ beli karipap. Popiah tadi pun tak habis, lagi tambah karipap pulak. Macam bela hanturaya jek. Kendian kami ke 1utama pulak. Kengkonon nak cari cadar jaskoselection, sekali rupanya derang dah tak jual brand tu lagi dah. Lorrr... kenapa? Kat situ kami tak lama. Aku dah penat gilos. Sempat pusing satu level jek.
Ada satu peristiwa berlaku kat tengah2 1utama. Masa tu wats0n ada buat promosi. Aku pun pergi lah, konon nak tanya2 lah pasal kolagen. Lalu aku pun bertanya pada promoter tu tentang satu brand nih. Lantas dia cakap, "U muda lagi, tak sesuai beli yang ni. U kena beli yang ini, untuk bawah 30 tahun (dan dia tunjukkan aku yang sesuai untuk usia 30 tahun ke bawah huhuhu). Apa maknanya? Jawab lah sendiri. Pastu encik suami pun saje lah tanya kat dia, u teka berapa umur dia? Dia kata dalam 25-30 tahun la. Wow! Tahu kah dia bahawa jawapan itu telah mengakibatkan kerugian kepadanya? Ye lah, dia sendiri nampak aku masih muda, so, buat apa aku nak beli kolagen tu pulak, kan? hehehe sker sker!
Tiba2, tengah meronda, ada orang call encik suami, kata ada meeting kat putrajaya besok. Apa maknanya? Tak boleh balik lah? Nak balik!!! Maka aku pun mula la muncung. Siap nak beli baju lagi sebab beliau memang tak bawak baju kerja. Tapi tak jadi bila muncungku semakin panjang huhuhu. Ye lah ye lah, kita balik. Abang pergi kl semula pepagi besok. Yeay? Takdenya nak yeay bergumbira ke apa. Sampai ke ati aku?
Sebelum balik, aku beli tak0ta0 pulak. Ya, aku tau, aku ada banyak makanan lagi.
Budak kat jasko 1utama tadi cakap, jasko situ je yang takde jaskoselection tu. Jasko lain mungkin ada lagi. So, kendian kami ke jaskobalak0ng pula. Yeay! Dapat pun cadar yang menarik. Agaknya memang derang nak abiskan kot barang2 jaskoselection sebab yang kami beli ni pun stok2 penghabisan stok. Murah banyak!
Kendian kami singgah di rumah adik ipar, ambil kunci rumah inapdesa. Tadi pakai kunci yang jiran pegang. Lama lah pulak kat sana. Kata nak singgah solat jek. Dah tau dah, taktik encik suami tu. Bila dah lambat, takkan nak balik bp pulak, kan? Maka, kami pun tak jadi balik. Pinjam baju adik ipar tu je. Tapi tido nilai. Sebelum sampai nilai, singgah beli poktek pulak. Banyak giler. Makan pulak tengah2 malam tu. Terima lah natijahnya.
Besok tu aku lepak je kat rumah, kemas2 rumah lagi. Petang lebih kurang pukul 3 barulah kami balik bp. Makan kat nilai3. Sampai rumah entah, dah lupa pukul berapa.
Demikian lah berakhirnya cuti2sakitkaki ku ke kuala lumpur.
0 komen:
Post a Comment