Friday, 27 January 2012

Elektron Valens

Masa berjogging (ngengada je, kan? asik citer pasal jogging je, takde lain) di lane 1, aku tak pikir apa2 pun. Tapi bila semakin hari aku semakin ke lane luar, boleh pulak sambil2 jogging tu aku terpikir pasal elektron valens hahaha.

Langsung aku terbayang muka cikgu kimia yang ajar pasal ikatan kimia. Pastu terbayang muka muka lecturer electronics aku. Dan bila aku berjalan di lane ke 8, aku pun terpikir yang ketika itu aku berada di the outermost electron valence. Seterusnya aku terbayangkan elektron valens pada silikon dan germanium yang sedang teruja. Eceh... electronics terus.

Okeh, itu je yang aku nak karutkan. Itu lah salah satu diversion yang berlaku semasa aku berjogging hehe.

0 komen: