Hari selasa lepas, sepupu2 encik suami datang dengan maklong. Nak tanya2 pasal umrah. Derang nak pergi bulan 5 nanti. Dalam bercerita tu, tiba2 aku terasa macam nak pergi lagi la pulak. Tapi teringat pulak, lepas balik aritu kami dah berazam, selepas ini, kita terus pergi haji je. Nak tunggu giliran memang la lagi 16 tahun. Ikutkan duit aku dah cukup untuk buat rayuan, tapi encik suami masih belum cukup. Tunggu jelah. Sambil2 tu aku kumpul lagi, kot2 cukup untuk ikut pakej ke kan. Berkobar2 rasa.
Lepas derang balik, kami pun terus ke stadium. Orang tak ramai, cuti cny, student dah habis exam, cuaca pun redup. Memang nyaman suasananya. Kali terakhir aku berjogging ialah selasa minggu lepas. Kiranya ada gap seminggu lah. Hari jumaat tu nak jogging, tapi gerimis pulak. So, aku main pukul2 bulu tangkis je lah. Merasalah sakit tangan 2-3 hari. Aku sebenarnya menunggu masa je nak exercise tangan ni. Kaki rasanya dah ok. Otot dah fleksibel. Lari ke, panjat tangga ke, dah tak sakit dah. Tapi tangan, aku risau sebab bila sakit tu nanti, nak mandi pun susah. Pakai baju pun sakit. Ngengada betul. Tapi, bila dah terpaksa main bulu tangkis hari jumaat tu, dah takde masalah lah nak bersenam tangan dan kaki pasnih. Asalkan tak berenti lama, insya Allah takkan sakit dah. Minggu ni rasa macam nak main boling lah pulak. Macam dah lama giler tak main. 2 tahun ada rasanya.
Berbalik kepada jogging hari selasa lepas. Rekod terbaik setakat hari tu ialah 8 pusingan; 7 non-stop jog, 1 jalan. Selepas tu, aku rasa tak mampu dah nak buat non-stop. Aku bukan apa, bila tengok orang lain berjalan, aku pun rasa macam nak jalan jugak huhu. Oleh kerana hari ni takde orang sangat, takde lah pengaruh negatif tersebut. Dan aku berjaya membuat 9 pusingan; 8 non-stop jog, 1 jalan. Yey! Apakah faktor kejayaan puan? Faktor utamanya ialah kasut yang saya gunakan. Sebelum ni aku pakai kasut badminton, saiz 3. Agak terseksa la jari tu sebab terkepit. So, aritu aku beli kasut jogging pulak, saiz 4. Kasut ni selesa sangat! Tu yang rasa takmo berenti tu hihihi.
Dan semalam, lepas pergi pasar malam, aku terus pergi stadium. Bersemangat pulak. Ingat, dapat 5 pusingan pun dah kira ok, sebab rasa macam penat semalam tak hilang lagi. Plus aku cuma makan roti telur je waktu sarapan tadi. Tengahari tak makan. Mana nak datang tenaga kan. Tapi bila aku dah lari 3 pusingan, eh macam kebas pulak kaki ni. Ringan je rasa. Lari punya lari, dari 5, pergi ke 6, terus ke 7, langsung ke 8. Dah macam rekod semalam. Tapi tak rasa penat pun? Nafas pun masih stabil, tak mengah. Tau2 je, dah 10 pusingan aku lari tanpa henti. Ko biar betul? Lagi pulak, bukan lane 1 tau. Lane 5 okeh... Lebih 4 km tu. Boleh sampai rumah. Pastu aku jalan lagi satu pusingan dan berenti. Itu pun sebab memikirkan moto sendiri, hari ni lebih baik dari semalam hehe. Kang buat lebih2, susah pulak nak mencapai moto tersebut. Tah pape. Saper nak bagi markah tah?
Jadi, kesimpulan yang dapat dibuat ialah, selain motivasi, pemilihan kasut yang baik juga turut membantu cita2 ku untuk tercapai (kot, berat tak turun pun lagi huhu). Cara aku ialah, sambil lari tu, aku tengok lah sekeliling sambil berangan2, tengok langit ke, tengok kete yang berenti kat trafiklite ke, tengok orang main bola kat tengah tu ke (aritu team encik suami lawan team husband kakyus hihi) dan jangan tengok depan sangat. Kira divert la fikiran tu dari memikirkan apa yang sedang dilakukan (berlari). Semoga anda lebih kaya dan berjaya. Tiba2. Babai!
Thursday, 26 January 2012
Kasut Ni Selesa Sangat!
Hasil karya AyunasiA pada 2:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
wah~ tips yang agak berguna..nice! :)
Pemilihan kasut jogging adalah sangat penting dalam jogging, lebih-lebih lagi jika anda telah mampu berjogging lama. Kesilapan memilih kasut boleh mendatangkan ketidakselesaan, dan kecederaan.
Di JomKitaJogging.com, saya membincang dengan lengkap panduan memilih kasut jogging, dari penentuan jenis bentuk tapak kaki, sehinggalah senarai semak penentuan kesesuaian kasut dengan kaki. Dengan panduan ini, anda boleh membeli kasut jogging dengan yakin.
berminat? layari JomKitaJogging.com
Post a Comment