Hari kedua. Pagi sarapan di p0l0 cafe. Masuk2 je, semerbak bau waffle. Sedapnya.
Tengahari check out dan terus ke jualan gudang nih. Tak lunch pun. Masih kenyang sarapan tadi.
Settle dengan se set cadar dan bantal lavendar dan bamboo. Kendian terus ke tepeng.
Aritu kata dah puas dah makan mi udang? Aritu. Dulu lain sekarang lain.
Oh, aku dah tau punca aku mengalami gatal2 setiap kali makan udang. Selepas beberapa eksperimen, aku telah berjaya mengatasinya. Yeay!
Lepas makan, kami terus ke tepeng. Singgah solat di masjid india di tengah2 bandar dia.
Dan terus check in. Hahaha tak tau nak citer apa.
Dah petang sikit, kami berjalan2 sekitar tepeng. Pergi ke kaki bukit larut.
Pastu jenguk ke tapak perkuburan tentera british. Errr tak sesuai lak nak bergambar bagai. Kendian pusing tasik tepeng. Ramaiii sangat orang dan kereta. Dan ada kira2 6 pasang perantin sedang ber outdoor photoshoot hihi. Macam2 kaler baju. Ada hijau, pepel cair, pepel pekat, biru, putih dll.
Tengok gambar2 je lah ek.
Dah puas melepak kat tepi tasik, kami pergi ke @tec tepeng. Sajer nak tau jalan. Besok kot2 kena pergi sensorang ke, senang lah kan.
Belah malam, lepas makan, encik suami nak pergi zoo. Aku malas nak pergi. Tido lagi best.
Aku suh dia ambik gambo binatang banyak2, tapi bayang binatang pun tak nampak. Papan tanda binatang je yang banyak. Tak payah lah ditepek di sini.
Selesai hari kedua.

1 komen:
kat taman tasik taiping smua cantik2 kan......
Post a Comment