Ekceli aku yang memberi tema percutian ni; cuti2 sejarah. Kengkunun nak singgah semua muzium negeri2 yang kami singgah. Tapi sudahnya, sejarah ke mana, muzium ke mana. Ini semua salah muzium negeri perak hahaha.
Kami memulakan perjalanan pada hari sabtu, 24 dis. Tapi malam sebelum tu, kami pergi tengok wayang dulu. Takut balik dari cuti kang dah abis tayangan pulak. Aku tengok mi4 - gh0st protocol. Masa mula2 tengok trailer dia kat tivi, aku ingat tajuk citer tu gh0st protocol jek. Tengok pelakonnya tomkrus, terus rasa nak tengok. Bila nak tengok barulah aku tau yang ianya cerita mi4 ropanya. Secara keseluruhannya, aku suka citer tu. Memang impossible la. Kelakar pun ada. Tapi aku tengok tomkrus tu dah menggelebeh la. Nampak sangat time dia tak pakai baju. Sibbaik henskem hihi.
Hari sabtu tu baru kemas2 beg. So, lambat lah jugak kami keluar. Tapi aku rasa percutian kali ni kira yang paling teratur lah sebab kami mulakan perjalanan pada waktu siang. Jadi memang takde masalah mengantuk ke haper, berbanding kalo selalunya kami bergerak memalam. Kelam kabut tido dibuatnya. Sebelum bertolak dah dengar info trafik, katanya ada jem teruk kat bangi-seremban arah selatan. 30km katanya. Tapi nak buat macamana? Redah je lah. Arah utara tak teruk kot. Just melayan orang yang concern nak menengok eksiden jek.
Jadi, kami memulakan perjalanan dengan makan tengahari di restoran baru kat purakencana. Selalu lalu situ, nampak macam menarik jek set buffet dia hihi. Tapi memang sedap pun masakan dia. Cuma tak banyak pilihan je. Tapi yang sikit tu pun semuanya sedap2. Kira ok lah tu kan. Lepas makan, kami pun meneruskan perjalanan.
Sampai senawang, perjalanan mula menjadi perlahan. Alahai... dah mula ke? Layankan je lah. Tapi memang biasa pun jem dari senawang ni kot. Tak la pelik. Sampai rnr seremban kot jem tu, lupa lak. Tempat eksiden pun aku lupa nak tengok. Tapi tengok arah selatan memang teruk lah. Sampai aku masuk elite pun masih berderet kereta. Masa tu aku jerit kat derang, i dah lepas, babai! Keji je. Tapi derang tak dengar lah kot, sebab aku jerit dalam kete jek hehe.
Suasana jem kat area mana tah. Sekitar seremban la tapi.
Nak kata ramai orang kuar masuk tol seremban, tak jugak. Eksiden pun takde. Maknanya memang jem sebab orang nak tengok jelah kot. Dan orang yang potong di lorong kecemasan. Benci!
Seterusnya, kami terus pergi ke teluk intan. Ya, teluk intan. Macam tak perlu je, kan? Tapi aku memang tak pernah tengok menara condong tu. So, nak lah tengok jugak. Kata cuti2 sejarah. Harus lah pergi ke tempat2 bersejarah.
Menurut ceritanya, ekceli menara ni menempatkan tangki air jek. Dibina oleh kontraktor ciner, sebab tu rupanya macam pag0da sket.
Dan menara ni macam mati jek. Aku ingat ada lampu2 ke. At least taruk lah spot light ke arah menara ni ke kan. Ni malam2 gelap gempita gitu je.
Oh, dan menara ni condong kerana tanah mendap dan faktor tekanan tidak seimbang pada tangki air di atasnya.
Selepas solat di masjid berhampiran (siap ada mesin rest n rilex gintelll lagi kat masjid tuh), kami makan di medan selera kat sebelah menara tu. Ada pasar malam jugak kat situ. Aku beli keropok lekor jek. Sedap, banyak ikan. Eh, dan rambutan juga.
2 komen:
menara condong katanya ;)
mmg condong. aku penah naik atas tu.. mmg x de mende pun..keciwa la jugak aku sbg org perak sbb x de sapa pk nk happeningkan lagi menara tu dgn lampu2 atau hiasan dlmn yg lebih menarik.
Post a Comment